Monday, July 31, 2017

Berdebar

Assalamualaikum,

Lamanya tak update blog sebab demam, malas dan sedikit busy. 3 Ogos 2017 nanti result Upu untuk pelajar STPM akan keluar. Ya Allah , berdebar sangat sebab nanti kalau dapat jauh2 macam mana?

Aku sebenarnya tak reti bawa motor ka kereta ka. Sebab tu mak ayah aku risau kalau dapat jauh. Tapi kena pergi juga la. Takkan taknak sambung belajaq sebab u jauh kot? Nak kena smackdown dengan mak aku :') Tapi teringin juga nak belajar jauh sebab nak timba pengalaman. Bila lagi nak berdikari kan.

Jadi, pilihan pertama aku mesti USM guys. Tapi dengar cerita USM susah dapat asrama. Dah la rumah belah pulau mahal. haih. Kalau UUM pula, mesti aku kena study business. Walaupun aku skor A business masa STPM, tapi sebenarnya aku bukannya minat pun hahaha. Next choice ialah UTHM dan UTM. Yang ni dedua dekat Johor. Walaupun Johor ni kampung halaman aku, tapi kalau boleh nak elakkan sebab jauhh 😭😭 Semua u ada pro dan contra. InsyaAllah perancangan Allah itu hebat. Just follow the flow ja la kan.

Disebabkan aku duduk rumah ja sepanjang 9 bulan ni, perasaan nak keluar jejauh dari rumah jadi tebal. Balik kampung kejap ja dah rindu rumah. Tengok wayang Spiderman pun rindu mak. Hohoho inilah akibatnya manja sangat. Tapi InsyaAllah boleh handle ;)

Semoga hari 3 Ogos 2017 nanti dipermudahkan.

Amin.

No comments: