Tuesday, July 31, 2018

Common Sense

Assalamualaikum

Fuh Fuh. Tiup habuk dulu sebelum berbicara.

Lama betul tak update blog dek kerana kebusyan yang melampau. Dicampur pula dengan kemalasan yang berpanjangan. Maka, tergantung sepilah blog ni. But I'm back! =)

Apa tu 'Common Sense'? Bahasa mudah aku lah kan, common sense ni benda basic. Benda asas yang semua orang tahu dan memang kena buat. Dan bagi aku, kalau tak buat, maksudnya orang tu takda manner. Tapi itu bahasa mudah aku lah.

Search dekat google, google kata macam ni.


Kadang-kadang tak boleh brain dengan orang yang takda common sense ni. Contoh benda basic la kan, macam lepas guna tandas kenalah flush. Jangan tinggal khazanah anda dekat tandas. Lagi-lagi tandas awam. Ya Allah, bukalah pintu hati depa Ya Allah.

Pinjam barang orang, katalah thank you.
Tumpang motor orang, bagi duit minyak.
Lepas makan minum, basuhlah pinggan sendiri.
Makan aiskrim, buanglah plastik dalam tong sampah.
Hisap rokok, janganlah hembus asap rokok dekat kanak2 :(

Eh, orang yang sekolah pandai2 pun kadang takda common sense (tak semua) Aku pernah jumpa dia makan aiskrim cornetto pastu buang macam tu ja penutup aiskrim tu. Rasa macam "Eeeee straight A boleh dapat tapi nak buang sampah tak reti pula. Pukul satgi!"

Basically orang yang takda common sense ni kenapa ya? Takda didikan ka? Ataupun selfish? Ataupun jenis tak kisah orang kata dekat dia? I don't know. Tapi harap sangat dapat berubah sebab benda2 macam ni yang menjadi ukuran kita ni macam mana.

Jumpa lagi!

No comments:

Featured Post

Common Sense

Assalamualaikum Fuh Fuh. Tiup habuk dulu sebelum berbicara. Lama betul tak update blog dek kerana kebusyan yang melampau. Dicampur pula ...