Sunday, February 4, 2018

Review : It's Skin Serum ( VC EFFECTOR)

Assalamualaikum

Harini aku nak buat review pasal serum dari brand It's Skin. Brand ni dari Korea. Serum dari It's Skin ni ada banyak jenis. So, aku pilih yang VC Effector sebab ada green tea! Green Tea ni macam satu ketagihan haha apa2 ja benda yang berkaitan Green Tea mesti nak try.

Product Info :
Product Name : It's Skin Power 10 Formula
Capacity : 30 ml
Price : RM 31.70
Where to get : Hermo Malaysia

Ingredients :
Water, Butylene Glycol, Glycerin, Polyglutamic acid, Ascorbyl Tetraisopalmitate, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, Dipropylene Glycol, Ethyl Hexanediol, Carbomer, Ethylhexylglycerin, Triethanolamine, Acrylates/ C10-30 alkyl acrylate crosspolymer, Camellia Sinensis Leaf Extract, Fragrance, Disodium EDTA.

Effect on skin :
VC Effect: Brightening serum containing vitamin C and green tea components suppresses the formation of freckles that can make skin look dull and dark, and tightens pores to leave skin fair and luminous.



 
Texture dia light gila. Sesuai dengan oily skin!

My review :
Aku rasa produk ni bagus untuk moisturize kan kulit. Sebab rasa lembap sangat muka lepas pakai. Selalunya aku pakai waktu malam. Siang ikutlah kalau rajin sebab taknak membazir hehe. Produk ni claim brightening effect. So far so good la. Takdala cerah gila lepas pakai. No no no no. Untuk parut jerawat boleh la. Tak la sebagus aloe vera. I think aloe vera did a good job than this serum. Tapi serum ni boleh moisturize kan kulit dengan jayanya. Texture dia best, sesuai dengan oily skin.

Rateness :
7.5/10 (Boleh la untuk student bajet2 macam aku ni hahaha)



Ambik kau, banyak jenis serum boleh dapat, setiap serum ada effect tersendiri. Ada yang untuk whitening, pore, collagen and banyak lagi. Go check it out dekat hermo! P/s : belilah masa promo, dapat murah sikit hahahahahaha.


This is my honest review. This is not a paid/sponsored review.

Friday, February 2, 2018

Review : Planner 2018 Viral!

Assalamualaikum,

Haritu dalam group whatsapp mana entah (banyak sangat group, lupa pula yang mana haha) , ada sorang saudari ni dia tanya, "Ada sesapa nak share order tak planner ni? Jimat postage sikit." Aku macam weh ni planner yang dah lama aku usha tapi tak terbeli2. Pantas aku PM dia kata nak order hehe. Dia ada banyak design, rambang mata nak pilih. Last sekali aku ambik design kapal terbang ni. Nampak style sangat dengan map lagi. Dah la warna pink haha.



Harga : RM20 ( tidak termasuk postage)
Mana nak beli : Instagram : @mysyabab

 Content dalam buku ni full page warna warni. Takda hitam putih. And setiap page ada kata2 motivasi =)




Review : Aku suka planner ni sebab
  • First sebab design dia. Lawa dan comel. Memang semangat lah nak plan macam2 kalau planner dah lawa macam ni. 
  • Kedua, aku suka sebab dari first page sampai last page berwarna-warni. Takdalah murung hidup asyik planner yang design depan cantik2 tapi bila selak ke dalam warna hitam putih saja. 
  • Ketiga, sebab ada motivation quotes hampir setiap pages. Rasa motivated selalu tu penting guys. 
  • Keempat, ada ruang khas untuk kita kira perbelanjaan bulanan kita. Senang la nak budget. Sesuai untuk student. 
  • Kelima, sangat sangat sangat sesuai untuk orang Islam sebab ada checklist untuk bacaan Al-Quran, Solat. Even waktu solat setiap bulan pun ada tercatat dalam planner ni. Fuh, hampa kena dapatkan planner ni! *promote haha.

Kalau hampa nak juga, hampa boleh direct dekat @mysyabab terus. Tapi dekat instagram , banyak agent planner ni. Banyak juga instafamous yang review planner ni. Agent pun banyak. Jadi, ikut kesesuaian hampa nak beli dekat sapa.Yang penting dapat planner tu haha. Tak tergugat ka tengok design-design planner niiiiii.

This is my honest review. This is not a paid/sponsored review.




Featured Post

Common Sense

Assalamualaikum Fuh Fuh. Tiup habuk dulu sebelum berbicara. Lama betul tak update blog dek kerana kebusyan yang melampau. Dicampur pula ...