Sunday, January 14, 2018

Dulu aku kpoper

Assalamualaikum,

Fuh, rilek ja aku memandang atas bawah orang yang minat Kpop sekarang padahal dulu aku pun sama. Siap tunggu ayah habis baca suratkhabar Pancaindera pastu terus selak bahagian kpop sebab nak cut gambar kpop and lekatkkan dalam buku :') Tapi sekarang dah hilang dari radar keminatan aku terhadap dunia Kpop ni. Sejak form 4 , masatu duduk asrama. Ada la update sikit lagu2 baru. Time tu yang paling hot Exo la guys. Aku paling minat dengan dak Sehun tu. Ingat lagi time tu MAMA Awards kot, rambut dia putih, dia perform lagu Wolf dan Growl. Menjerit kegeriangan aku time tu dek kerana kehenseman dia.

Image result for sehun exo mama awards 2013
Nilah Sehun incase hampa tak kenal 

Bila habis SPM, dah tak dengar lagu Kpop. Asyik dengar lagu English ja. Avenged Sevenfold la, Muse, Linkin Park, Simple Plan la. Lagu Kpop ni tertanam dalamnya. Dah lama2 tu banyak pula group2 kpop yang lain yang muncul. Macam BTS. Haaa sebenarnya aku tahu BTS ja, yang lain nama macam nak ajak gaduh ja, nak pronounce pun rasa nak gaduh dengan google translate haha.

Oh ya, pada waktu begini aku saja throwback lagu kpop lama2. Macam group Beast, 2PM, MBLAQ, SS501, Super Junior, U-Kiss, Infinite, FT-Island, Cn-Blue. Haa ni la zaman kegemilangan aku hahaha. Mana layan BTS semua ni. Zaman ni la zaman di mana bermula semangat crush sana sini dekat artis kekepop ni. Orang panggil 'bias' kot. Entahlah, aku tak mahir bab benda macam ni.

Now playing : Ukiss/0330

SAPA JA YANG TAK KENAL UKISS GUYS? LAGU NI HOT KOT WALAUPUN TAK PAHAM LANGSUNG MV DIA CERITA BENDA APA?!?!

3 comments:

sviors said...

Haha minat kpop sekarang dah best macam zaman dulu. Minat time ukiss shinee semua tu best weh. Sekarang bnyk fanwars saja.

Flavnesz said...

The old k-poppers paling relaks, minat semua band.. Anyways, kita sama.. Once habis spm mmg goodbye kpop.. hahaha

Anis Farhana said...

Saya pun start minat zaman shinee/2pm/beast dulu haha pastu lepas habis sekolah terus tak minat. Lepas habis matrik tetiba minat balik haha sebab boring sangat...

Featured Post

Review : Althea's Bare Essentials

Assalamualaikum, Beberapa minggu lepas aku ada terima satu parcel dari Althea.Kr. Disebabkan busy dengan study, terlupa pula nak check ema...