Sunday, January 21, 2018

Well-Monday #1

Assalamualaikum,


When you're comfortable in your own skin... you're Beautiful. Confidence is the best makeup you could ever wear.

Saturday, January 20, 2018

Review : Nature Republic Best Soothing Duo (Aloevera and Face Mist)

Assalamualaikum. Hari ni nak review produk from Nature Republic. Rasanya semua orang dah tahu akan kewujudan produk ni kan kan kan kan?


Product Info
Product name : Nature Republic Soothing Duo
What you get : 1) AloeVera 2) Face Mist
Price : RM 27.80 (Price might be changed due to promotion)

Nature Republic Soothing & Moisture ALOE VERA 92% Soothing Gel 300ml


Aloevera ni bagus untuk soothingkan muka aku. Sebab aku ada dry patches disebabkan jerawat yang dah kering. Rasa meh sangat bila muka oily pastu tetiba ada satu bahagian tu kering. Pakai bedak Pixy pun rasa bersisik apatah lagi pakai bb cream ke apa. Haih, even pakai moisturizer pun bersisik macam kulit ikan -_- However, this aloe vera bagi muka aku lembut and moisturisekan balik muka aku yang bersisik tu. Tekstur dia gel dan sesuai untuk kulit oily and semua type of skin lah. Selalunya aku pakai time malam. Pakai aloevera ni tebal2 pastu buat sleep mask. Dengan syarat muka takleh kena bantal. Kalau tak bergel la bantak kalian :') Bila bangun pagi, Ya Allah, lembutnya muka. And cara ni boleh digunakan untuk menghilangkan small bump dekat muka. 

Watch this video to get know more about gel mask from Aloevera ;) *also read the comments. Most of the viewer give positive feedback!



Ni tekstur aloevera. Besar and macam tak pernah habis ja hahaha. Dah pakai 3 minggu dengan rakusnya tapi masih banyak dalam bekas tu hahaha. 



Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera 92% Soothing Gel Mist 150ml


*excuse sambal yang melekat dekat baju iouls hahaha

So, this is my first ever face mist. Tapi face mist ni aku buat sebagai toner. Macam biasa , dia soothing and moiskan muka aku. Tapi yang ni macam cepat habis ja. Baru guna 3 minggu. Maybe sebab ketagih kot. Dok saja dok sembur dekat muka. Rasa macam minah korea sangat bila dab dab dekat muka haha. 

Oh ya, aku beli set ni dekat Hermo ya. Tapi taktahu la Althea.Kr ada jual ke tidak yang set macam ni. Sebab hampa juga boleh beli asing2. Tapi nak jimat beli ja set ni. Kenapa harus membazir beli satu-satu guys? Sayangi lah duit anda :')

Hermo Malaysia : 

Nature Republic Best Soothing Duo

Place your order nowwww!!!!

Ehem ehem, what works for me, might not work for you ya :)

Sunday, January 14, 2018

Dulu aku kpoper

Assalamualaikum,

Fuh, rilek ja aku memandang atas bawah orang yang minat Kpop sekarang padahal dulu aku pun sama. Siap tunggu ayah habis baca suratkhabar Pancaindera pastu terus selak bahagian kpop sebab nak cut gambar kpop and lekatkkan dalam buku :') Tapi sekarang dah hilang dari radar keminatan aku terhadap dunia Kpop ni. Sejak form 4 , masatu duduk asrama. Ada la update sikit lagu2 baru. Time tu yang paling hot Exo la guys. Aku paling minat dengan dak Sehun tu. Ingat lagi time tu MAMA Awards kot, rambut dia putih, dia perform lagu Wolf dan Growl. Menjerit kegeriangan aku time tu dek kerana kehenseman dia.

Image result for sehun exo mama awards 2013
Nilah Sehun incase hampa tak kenal 

Bila habis SPM, dah tak dengar lagu Kpop. Asyik dengar lagu English ja. Avenged Sevenfold la, Muse, Linkin Park, Simple Plan la. Lagu Kpop ni tertanam dalamnya. Dah lama2 tu banyak pula group2 kpop yang lain yang muncul. Macam BTS. Haaa sebenarnya aku tahu BTS ja, yang lain nama macam nak ajak gaduh ja, nak pronounce pun rasa nak gaduh dengan google translate haha.

Oh ya, pada waktu begini aku saja throwback lagu kpop lama2. Macam group Beast, 2PM, MBLAQ, SS501, Super Junior, U-Kiss, Infinite, FT-Island, Cn-Blue. Haa ni la zaman kegemilangan aku hahaha. Mana layan BTS semua ni. Zaman ni la zaman di mana bermula semangat crush sana sini dekat artis kekepop ni. Orang panggil 'bias' kot. Entahlah, aku tak mahir bab benda macam ni.

Now playing : Ukiss/0330

SAPA JA YANG TAK KENAL UKISS GUYS? LAGU NI HOT KOT WALAUPUN TAK PAHAM LANGSUNG MV DIA CERITA BENDA APA?!?!

Featured Post

Common Sense

Assalamualaikum Fuh Fuh. Tiup habuk dulu sebelum berbicara. Lama betul tak update blog dek kerana kebusyan yang melampau. Dicampur pula ...