Tuesday, December 26, 2017

Masalah masa

Assalamualaikum

Masa ni tak pernah cukup kan? Mesti korang pernah alami benda macam ni jugak kan?



Ahhh, intro dah acah Nabila Razali haha. As a student, kita sentiasa diberi masa 24 jam dalam masa sehai untuk belajar. Tapi apa yang kita buat guys? Di mana masa untuk diluangkan? Katil? Main phone? Allahu apa nak jadi ni. Final is next week and you still did'nt study anything yet.

Kenapa masa sentiasa tak cukup walhal ada ja masa untuk study dalam sehari? Hm, aku rasa sebab phone. sebab phone yang ada internet plus wifi free plus baring atas katil adalah punca kenapa perkara sebegini selalu terjadi. Dia punya berat tulang nak bangun study tu Ya Allah, macam ada besi melekat dekat badan. Bukannya buat apa pun, selalunya scroll instagram, tengok gegadis cantik sini sana. Pastu insecure. Rasa diri ni hodoh sangat padahal ok ja. Takda la hodoh sangat hahaha.

Bila dah tak buat apa, on the next day badan lesu sebab pemalas nak mampus. Asyik menjadikan tidur sebagai hobby tetap. Selalu sangat dalam hati dok kata "Takpa, penat sekarang. Bila dah habis, penat akan hilang. Kejayaan takkan hilang". Haaaa konon la hang dok kata dalam hati. Acah macam mudah termotivasi padahal hati kering. Semuanya redha. Kalau benda buruk berlaku, redha. Redha redha redha. Apa benda ah aku ni.

Related image

Ni sebenarnya nak study, note dah bawa keluar. Slide dah buka. Tapi time macam ni la tetiba perasaan rindu nak blogging tu muncul. Macam ada benda yang memaksa suruh update blog. Selama ni free taknak update punnnnn. Nampak sangat kan tak boleh tahan nafsu? :')))


2 comments:

faten.banana said...

Selagi takrasa pressure selagi tu takmahu bergerak, lets just say kita hidup dengan moto 'Ah, hasil lagi bernas bila didesak dalam kekangan.' Centu.

Btw, goodluck!

Tiya said...

ya allah part scroll insta pastu rasa diri hodoh tu kita pun rasa yang sama hahahaha. Dahla berjam jam kalau ngadaap phone huhu btw good luck final !

Featured Post

Review : Althea's Bare Essentials

Assalamualaikum, Beberapa minggu lepas aku ada terima satu parcel dari Althea.Kr. Disebabkan busy dengan study, terlupa pula nak check ema...