Sunday, August 13, 2017

Bakal Mahasiswa USM!

Assalamualaikum

Related image

Sibuknya Ya Allah sebab nak kena settle macam-macam benda sebab aku bakal belajar di USM. Alhamdulillah. Pilihan pertama dalam UPU Online iaitu kos ukur bangunan. Jarak perjalanan dari USM ke rumah aku hanyalah 20 minit. Maka, nikmat mana lagi yang kau dustakan? :') Tahniah for those yang berjaya masuk universiti. Untuk yang tak, ingat, perancangan Allah lebih baik daripada perancangan kita.

Syukur sangat sebab dapat sambung belajar. Mak aku selalu pesan yang perempuan kena educated kalau tak kena tipu dengan orang senang. Boleh berdikari sendiri. Bukannya harapkan duit suami saja lepas kahwin. Walaupun aku masih muda hehe (20 tahun still young okay), mak selalu nasihat benda2 begini. Suruh buat kerja rumah, belajar memasak. Mak kata nanti kahwin pi rumah mak mertua nanti nganga ja. Taktau nak berkemas, taktau nak aprroach orang macam mana. Mak ajar benda macam ni sebab nanti mesti orang cakap macam ni, "Mak tak ajar ka?" Nama mak juga buruk guys. Jadi, ikut la cakap mak hahaha.

Tapi kadang2 rasa sambung belajar ni takda function juga. Sebab ada ja yang sambung belajar tapi takda kerja, pastu yang tak sambung belajar boleh ja dapat kerja elok2. Sepatutnya aku kena buang mindset macam ni. Typical melayu sangat. Semua usaha, rezeki, kerja, mati, even jodoh dah ditetapkan. So, just follow the flow and do the best la kan. Contohnya, aku ni tah dari mana tetiba sesat masuk STPM. Tak pernah jangka pun benda ni. Dah la batch aku, aku sorang ja masuk STPM. But im still proud kot sebab orang kata form 6 ni susah but how can I handle it untill the end? See. Semua ni telah ditetapkan. Allah takkan uji hambanya melebihi dari kemampuan hambanya =)

Macam2 persiapan dah buat macam buka buku bank, sspn, apply PTPTN, isi borang ini, isi borang tu. Penat sikit tapi at last mesti jadi senang. Sebab aku percaya dengan konsep bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Hee, falsafah sangat. Sekarang cuma nak apply barang untuk asrama nanti. Tapi rilek dulu, kabut-kabut nak pergi mana :')

Punyalah busy sampai tak sempat nak update blog. Kata nak jadi blogger pedoman ? :') Nak join giveaway pun rasa macam tergantung sepi ja hahaha. Kalau ada masa yang betul-betul lapang aku join la mana yang sempat. Komen2 hampa pun aku baru baca. Ada yang minta review Pencuci Muka Safi Manggis tu la. Im so sorry, I'll update as soon as I can.

Bye semua sebab nak makan roti marjerin gula. benda paling senang and sedap!!!!!!!