Tuesday, July 18, 2017

Mek Zumbie's July PREOWNED Giveaway!

Assalamualaikum,

 Klik banner kalau nak join sekali =)

Baiklah untuk hadiah yang aku berminat ialah

1) Shawl/Tudung


Sebenarnya aku sangat kurang ada shawl. Sebab aku lebih suka bertudung bawal. Banyak orang anti tudung bawal sebab tak jadi la lembik la. Tapi sekarang aku selalu pakai shawl especially colour maroon, blue black dan coklat sebab aku ada 3 shawl ja hahahhahaha. Pakai shawl sebab malas nak iron sebab warna shawl tu gelap maka kedutan apa lagi kau dustakan? Kalau ada rezeki boleh la tambah koleksi shawl seperti di atas. Aku tertarik dengan shawl blue black ada munge kecik tu. Comel sangat. Boleh la buat gaya Elfira Loy nanti :')

2) Tali skipping dan taktahu la apa benda


Benda yang aku boleh nampak ialah tali skipping, yang rakan2nya entahlah tak pasti apa benda haha. Sebab Mek Zumbie pun taktahu nak panggil hadiah ni apa benda. Alright, tali skipping ni sesuai lah dengan penyegan macam aku yang nak kurus macam papan sterika, kaki macam popero tapi nak keluar rumah malas. Dengan adanya tali skipping merah ni, aku boleh skipping dalam bilik pastu buka kipas kuat kuat. Mungkin selepas seminggu peha sudah tidak bergesel sesama sendiri. Seluar yang lama longgar kambali. *Pergh macam pantun!!

Jadi itu lah hadiah yang aku aim. Selain perkara di atas, aku juga aim kasut. Tapi bila zoom saiz kasut tu 42. Sedihlah macam ni. Kasut tu nice gila. Apa-apapun goodluck diri sendiri. Bye!