Tuesday, July 18, 2017

BEAUTILICIOUS GIVEAWAY

Assalamualaikum,

BEAUTILICIOUS GIVEAWAY 17-27 JULAI 2017



JOIN BEAUTILICIOUS GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk BEAUTILICIOUS GIVEAWAY
2. ikuti syarat lain seperti entry SINI.
3. Letakkan link entry korang di SINI.


mini stationery giveaway by mirzasyazwina

Assalamualaikum,

Klik banner kalau nak join sekali =)

Senarai hadiah :

 -tiga file comel lotee
-pemadam warna-warni
-tiga keping sticker
-wooden clip set
-tiga batang pen
-dua notebook
-stapler
-board


Eee comelnya hadiah dia. Aku ni suka kumpul alat-alat tulis comel dari dulu lagi. Kalau pegi Mr.Diy ja mesti beli benda pelik2 yang comel. Lepastu sedih duit habis.


Semua hadiah di atas untuk seorang pemenang yang bertuah sahaja. Kalau ada rezeki mungkin saya? awak? Awak di sana? Awak di situ? InysaAllah.

Tarikh tamat : 5 Ogos 2017

Mek Zumbie's July PREOWNED Giveaway!

Assalamualaikum,

 Klik banner kalau nak join sekali =)

Baiklah untuk hadiah yang aku berminat ialah

1) Shawl/Tudung


Sebenarnya aku sangat kurang ada shawl. Sebab aku lebih suka bertudung bawal. Banyak orang anti tudung bawal sebab tak jadi la lembik la. Tapi sekarang aku selalu pakai shawl especially colour maroon, blue black dan coklat sebab aku ada 3 shawl ja hahahhahaha. Pakai shawl sebab malas nak iron sebab warna shawl tu gelap maka kedutan apa lagi kau dustakan? Kalau ada rezeki boleh la tambah koleksi shawl seperti di atas. Aku tertarik dengan shawl blue black ada munge kecik tu. Comel sangat. Boleh la buat gaya Elfira Loy nanti :')

2) Tali skipping dan taktahu la apa benda


Benda yang aku boleh nampak ialah tali skipping, yang rakan2nya entahlah tak pasti apa benda haha. Sebab Mek Zumbie pun taktahu nak panggil hadiah ni apa benda. Alright, tali skipping ni sesuai lah dengan penyegan macam aku yang nak kurus macam papan sterika, kaki macam popero tapi nak keluar rumah malas. Dengan adanya tali skipping merah ni, aku boleh skipping dalam bilik pastu buka kipas kuat kuat. Mungkin selepas seminggu peha sudah tidak bergesel sesama sendiri. Seluar yang lama longgar kambali. *Pergh macam pantun!!

Jadi itu lah hadiah yang aku aim. Selain perkara di atas, aku juga aim kasut. Tapi bila zoom saiz kasut tu 42. Sedihlah macam ni. Kasut tu nice gila. Apa-apapun goodluck diri sendiri. Bye!

Monday, July 10, 2017

Unboxing SGShop parcel 2.0 !

Assalamualaikum,


Amboi mengadanya siap ada 2.0. Yala, kepada sesiapa yang belum tengok aku unboxing my very first parcel from SGShop, you can read at here. Tapi kali ni aku malas sikit nak bandingkan antara gambar sebenar dengan apa yang aku dapat. 17 items weh, mampoh aku nak taip pepanjang. This is my second parcel out of 4 parcels from SGShop. Another 2 parcels tengah di sending ke Malaysia. Tapi bukan barang aku pun zzzz. Barang kakak aku dan anak menakan aku zzzz. I'm a good sister and also a good 'acu' hehehe.



Cantik sangat. Macam tema warna blog aku iaitu pink dan baby blue. Rasa macam nak bercinta dengan laptop sendiri :')


Laptop Stand - RM 15.97

Sebenarnya aku nak beli yang lebih canggih lagi, tapi bajet tak cukup haih. Beli yang ni pun okey la. Dah la ringan, boleh lipat pula tu. Warna pink, hehehe sama dengan keyboard protective. Matching-matching gituw untuk menarik minat aku yang semakin malas update blog.


Planner Book - RM 6.18
Colourful Pen - RM 6.88

Aku juga borong alat2 tulis. Sebab nak masuk universiti kan nanti (Amin!). Yang buku tu macam planner la nanti. Nak catat kelas bila ka, nota ka, no telefon orang ka. Tebal buku tu. Cover dia pun tebal. 100 muka surat tak salah aku. Yang pen warna-warni shomel-shomel tu sebenarnya pen warna-warni. Ada 10 pen jadi ada 10 warnalah. Yang pen hitam tu aku beli 1 kotak terus hahaha ada 50 batang :') Pen tu macam tak sangka gila jumpa dalam SGShop sebab aku ingatkan available dekat Mr.Diy ja :') Pen favourite sebab tulisan jadi lawa. Rasa macam jumpa jodoh sebab happy sangat jumpa pen ni balik hahaha.


Cleansing Brush - RM6.88

Beauty product mestilah ada guys. Fitrah wanita nak cantik saja kerja. Okay, yang matte eyeshadow tu sebenarnya sebab nak eyeshadow MATTE warna coklat ja. Sebab lagi nampak natural kalau pakai. Ingatkan kecil ja, sekali mai atudia besaq sama dengan planner book di atas haha. Pigmented tak? Pigmented kalau pakai jari hehe. Yang eyelash curler tu pula sebab nak malas pakai mascara, so pakai yang ni jala zzzz. Cleansing brush tu acah ja beli, padahal selasa lagi cuci muka guna jari haha.


Tote bag - RM 10.97
Sling bag - RM 20.14
Makeup travel bag -  RM 6.88

Hampa nampak tak tote bag? Ya Allah warna hitam sama dengan prop( prop sangat padahal tudung crepe) Tote bag ni untuk pergilah kelas la nanti bila masuk u nanti. Sebab rasa style pakai totebag hahaha. Sling bag tu pula terpengaruh dengan Nisa Kay punya tapi dia punya gambar kucing. Aku punya gambar rusa ke kancil entah. Tapi cantik dan berkualiti. Yang makeup travel bag tu pula 50 50. Sebab zip dia nampak murah sangat tapi still cantik sebab dia punya ruang bapak besar. Aku tak banyak makeup sebenarnya, aku punya skincare hehehe so nak memuatkan skincare aku tu, this beg will be the best one!


Pink shirt - RM 6.84
White Legging - RM 6.81

Untuk anak menakan , Rania. Baju pink suit her very well but that white legging....  ASTAGFIRUALLAHALAZIM haih jarang yak amat. Dia pakai pampers pun boleh nampak corak pampers tu. Dalam gambaq nampak elok. Tapi tula adat istiadat bila beli online. Tapi Rania gumbira, jadi Acu pun gumbira :')


Shoes - RM 17.92

Disebabkan lighting, kasut ni nampak buruk. Tapi tak pun. Kasut ni lawa dan selesa sangat, tapi rasanya aku order material lain which is...
韩国厚底沙滩魔术贴平底罗马百搭凉鞋女新款2017平底夏季学生女鞋

dan apa yang aku dapat...

韩国厚底沙滩魔术贴平底罗马百搭凉鞋女新款2017平底夏季学生女鞋

Tapi takpa, nasib aku jenis tak kisah. Asal sedap pakai sudah. Kalau aku makcik kiah, haaa aku whatsapp group Joyah, aku viralkan semua, biar satu Malaysia tahu. Nasib aku Fatinunnnn.


Black sweater -  RM 18.75
Loose jeans - (link not available anymore)

Aku harap hampa nampak la sweater demikian haha. Sweater ni dah la murah tapi kualiti tiptop gila. Tebal kot. Selesa pula tu. Yang jeans ni agaknya aku disuruh jadi budak hipster kot. Jeans ni atas buku lali which is trend sekarang kan. Tapi tu la, aku dengan trend umpama air dengan minyak. Tapi try ja la, hipster muslimah :')


Wide lens - RM 20.48

Memang meletop ah wide lens. Macam budak-budak duit senang melayang macam aku ni, boleh la beli. Dia macam gopro, tapi bukan gopro. Memang cun habis. Seharian aku tangkap gambaq guna wide lens ni. Jakun.


Hasilnya. Cantik kan sebab view dia lagi luas. Highly recommend untuk mereka yang suka bergambar macam aku!

Selesai unboxing 17 itemsssssss ya ALLAH mengantuknya. Ada lagi 2 parcel bakan diunboxing kan hehehe. Tunggu jangan tak tunggu. Haih ngantuk dah ni besok kena bangun awal. (Padahal tetiap hari kena bangun awal zzzzzz) Bye !

Sunday, July 9, 2017

Review : Syahirah Korean Secrets white Glow Night Cream

Assalamualaikum


Hari ni nak review pasal produk Syahirah. Produk Syahirah ni available dekat drugstore, Guardian, Watsons dan pasaraya yang terpilih. Dulu, kakak aku muka jerawat teruk sebab hormon. Dia pakai krim jerawat Syahirah yang warna oren kecik tu. Sekarang taktahu la Syahirah bawa keluar tak lagi produk tu. Tapi sekarang Syahirah bawa keluar produk baru. Syahirah Korean Secrets. Sesiapa teringin nak jadi macam Bok Joo, ya dipersilakan guna hehe. Sebenarnya, aku terpengaruh beli night cream Syahirah ni sebab mak aku kata kalau pakai night cream atau serum, hilanglah parut dekat muka tu. Jadi setelah survey, ternyata Syahirah juga jadi pilihan eden. ( jangan guna krim malam jenis kilo, nanti muka jerawat habisla sebab kandungan bahan kimia banyak sangat )

Syahirah
 Ada dua range ; White Glow Range dan Hydra Soft Range

  Beli dekat Guardian masa tengah promosi. Harga sebenar RM 24.50

Apa yang best pasal night cream ni?
  • Teksture light gila. Memang sesuai untuk orang yang ada oily skin dan combination skin. Highly recommended!
  • Tak melekit. Ada setengah krim malam jenis melekit buat kita tak selesa nak guna bila tidur.
  • Rasa sejuk ja bila pakai. Rasa muka dingin gila bila pakai. 
  • Besar gila! InsyaAllah tahan lama.
  • Boleh guna untuk teknik layering. Maksudnya layer pertama aku pakai moisturizer Aiken. Layer kedua aku pakai Night Cream Syahirah. Tak berminyak dan tak melekit sebab both of them light gila. Muka pun tak breakout. Tapi kena ikut teknik layering yang betul la hehe.
  • Kotak dan bekas dia cantikkkkkkk
  • Bau dia wangi gila sebab ada extract bunga Cherry Blossom, Lotus dan Camelia. Nak apa lagi? 3 bunga dia letak. Tapi, kalau sesiapa yang alergik dengan any frangrance/extract tak digalakkan guna ya.
  • Parut pudar. Jadi fungsi utama dia ialah mencerahkan muka. Jadi, disebabkan muka aku banyak parut, boleh nampak yang parut pudar sikit2. 
  • Bila bangun pagi, MASYAALLAH muka aku macam glowing sikit la hehehe Mungkin sebab night cream ni kot.
Apa yang tak best?
  • Kesan macam lambat,tapi takpa sebab laju-laju nak pi mana hahaha.
Entahlah, keburukan produk ni macam takda ja. Memang best krim malam ni.

Krim malam ni warna putih. Letak dekat tangan pun dah boleh rasa sejuk dia. Bila sapu rata, dia akan hasilkan macam air (rujuk gambar) Kemudian dap saja dekat muka. Tepuk2 dekat muka bagi dia serap. Memang mudah serap sebab krim tu dia bertukar macam air. Muka kita akan rasa sangat ringan.


Okay, hampa kena try krim malam ni sebab serius best. Tapi tak recommend untuk mereka yang berjerawat parah sebab better hampa rawat jerawat dulu dari hampa duk pulun bagi hilang parut. Sebab nanti jerawat susah nak sembuh pula sebab hampa duk fokus kot tempat lain.

Image result for SYAHIRAH KOREAN SECRETS WHITE GLOW ANTI-ACNE CLEANSING GEL 100G
 I'm gonna try this one like really soon. 

p/s : Aku kena tukar semua perkataan 'Syahirah' sebab aku tertulis 'Shahirah'. Haih.

Ini adalah review jujur aku. Tak ditaja serta menaja kehkeh. Lain orang lain muka. Maka, lain lah kesannya =)