Thursday, June 15, 2017

Warna Coklat Pilihan Family Tahun Ni.

Assalamualaikum,

Selalunya kalau hari raya, aku dan family akan pilih satu warna tema pakaian untuk dipakai pada hari raya pertama. Kalau tahun lepas warna biru, jadi tahun ni warna COKLAT ! Yeah sebab aku takda lagi baju kurung warna coklat. Tapi baju kurung biasa saja sebab mak aku tak bagi baju peplum ka kain serong sikit ka. Sebab dia kata nanti pakai sekali masa hari raya tu ja lepastu buat pekasam dalam almari. Aku ikut ja sebab betul juga. Aku ada baju kebaya pakai sekali ja masa raya :') Kalau pergi kenduri pun bakai baju kurung juga haha paling nak berfesyen pun baju kurung moden. Tapi nak tunjuk gambar baju tak boleh la pula sebab baju raya masih dalam tempahan. Corak, design sebijik dengan kakak dan mak aku. Tiap2 tahun sama sebab taknak gaduh sapa punya lawa lagi haha.

Kalau hari raya pertama selalunya pakai simple-simple ja. Sebab raya dekat kampung kan, nak kain panjang berjela japgi kena lecah nanti merungut pula. Material kain pun sesuai dengan cuaca Malaysia. Kalau berfesyen sampai tahap serabut pun tak boleh juga. Nanti tak selesa nak makan samperit dan almond london. Jadi, ini perancangan apa yang aku nak pakai untuk hari raya pertama hingga ketiga.

Raya pertama
Baju : Baju kurung warna coklat
Tudung : Bawal chiffon warna coklat muda (belum beli T.T)
Kasut : Forever 21

Raya kedua
Baju : Jubah warna turqoise (Jubah ni kembang macam princess huhuhu)
Tudung : Bawal Aidijuma (yang ni pun belum beli lagi T.T)
Kasut : XES

Raya ketiga
Baju : Baju kurung (yang ni ada banyak warna sangat hahaha)
Tudung : Bawal kangaroo warna purple/turqoise/pink belacan
Kasut : XES

Fuh merancang dengan penuh wawasannya. Tapi ini baru rancang, tak tahulah macam mana jadinya nanti. Kita hanya mampu merancang selebihnya kita serah dekat Allah =)

Kalau ada kesempatan nak shopping barang raya dekat Lazada, aku nak shopping...


Siapa tak suka bawal Aidijuma guys? Dah la senang bentuk, kalau ada hari yang kelam-kabut, takyah iron pun takpa. Sebab dia jenis ironless. Bawal aidijuma ni favorite tau. Boleh beli ni pastu padankan dengan outfit raya kedua huhuhu.


Cantiknya jumpsuit ni sebab dia loose dan tak ketat langsung. Dah la lama teringin nak pakai jumpsuit tapi kebanyakan jumpsuit yang ada dekat pasaran semuanya ketat dan ikut body. Rasa tak selesa. Tapi kalau jumpsuit ni, InsyaAllah selesa. Jumpsuit ni boleh dipakai masa nak beraya dengan kawan2 nanti. Boleh ootd sakan hahaha.


Aku tengok feedback bag ni ramai yang kata besar. Memang sesuai digunakan masa hari raya sebab nak letak barang keperluan macam dompet, makeup pouch, cermin, tisu selain daripada nak letak duit raya :P Senang ja bawa beg besar macam ni, tapi selalu kaum lelaki akan tumpang barang macam kopiah depa la, kunci kereta la -_- Semua benda nak letak -_-

Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya Sale masih berlangsung! Dapat diskaun sehingga 90% ! Marhaban Ya Ramadhan sale diadakan dari 19 Mei sehingga 15 Jun. Manakala Riang Ria Raya Sale diadakan dari 16 Jun sehingga 30 Jun. Jom shopping ramai-ramai di Lazada Malaysia. Klik banner kalau nak tau lebih banyak produk awesome-awesome =)

4 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Wah..Coklat tu.. Akak baru plan warna nie utk next year.. hehehe..
All the best fatin..

C i k R e n e x said...

Good luck fa tin. Cr bru draft cntest ni.


Fa Tin said...

@Shahida Dzulkafli

huhuhu yeke, warna apa pun okay sebenarnya. thank you

Fa Tin said...

@C i k R e n e x

cepat update, kang terlupa pula