Saturday, June 17, 2017

Unboxing SGShop parcel! (Antara realiti dan fantasi)

Assalamualaikum,



Antara realiti dan fantasi? Maksudnya aku akan bandingkan apa yang aku beli dengan gambar yang ditunjukkan dalam laman web SGShop Malaysia. Adakah ia sama dengan apa yang ditunjukkan? Adakah kualitinya setanding dengan harga? Aku juga akan bagi rating, sebagai contoh, 3.5/5. Jadi, rating paling tinggi ialah 5. Dah macam juri. By the way, aku beli barang dari SGShop ni guna shopping credit sebanyak RM 200 yang aku dapat hasil join giveaway Kak Ayue Idris dan SGShop. Thank you so much! (i kennot la terharunya beli macam-macam tapi tak keluar duit kita pun T.T )

 Besar juga parcel ni =) Mari unboxing!

RM 39.58

Gambar dalam laman web SGShop


Apa yang aku dapat

Kasut ni ringan gila, sumpah cakap. Warna lawa dan takdalah nampak murah sangat. InsyaAllah tahan lama. Dapat free stokin lagi. Tapi stokin ni jenis yang pendek bawah buku lali. Maka aku bagi abang aku la :') Aku bagi 5/5 sebab best sangat.

RM 13.82

Gambar dalam laman web SGShop


Apa yang aku dapat

Weh kasut ni nice gila. Tapi tak boleh lawan dengan converse la kan. Tapi cutting dia, tapak dia semua nice. Tapak tebal jadi kalau pijak air insyaAllh tak masuk punya dalam kasut. Cantik sangat kalau pakai dengan seluar jean hehe. Aku bagi 4.8/5 sebab takda freegift hahahaha.

RM 13.75

Gambar dalam laman web SGShop

袜子男短袜夏季短筒低帮薄男船袜全棉男士纯棉袜春秋中筒运动棉袜

Apa yang aku dapat

Banyaknya stokin hahaha ni semua starter pack nak masuk universiti nanti guys. Beli siap2 tak kalut la sangat nanti. Dah la murah. Selesa pula tu. Ada 10 pasang dan setiap warna ada 2 pasang. Stokin ni macam aku dok pakai masa form 5 dulu. Memang best dan selesa sebab tak tebal sangat tak nipis sangat. Just nice. Panjang pun boleh tahan atas buku lali. Yang ni aku bagi 5/5 !

RM 20.76

Gambar dalam laman web SGShop

泊泉雅彩妆套装专业淡妆全套初学者持久防水化妆品学生新手正品女

Apa yang aku dapat

Mascara ja berjaya menarik perhatian aku. Yang lain biase-biase saja. Eyeliner warna tak mengacam ah. Celak kening warna tak berapa nak lekat. Contouring stick just okay la. BB cushion warna cerah gila hahahaha. Sebenarnya aku bukan nak beli pun makeup. aku cuma nak casing bb cushion tu ja sebab nak diy bb cushion sendiri. Barula sesuai dengan kulit muka. Tapi terbeli satu set ni pula haih. Nasib murah so takda sangat erti penyesalan di situ :'). Aku bagi 2.5/5 sebab mascara ja menarik dan kotak dia shomel sangat.

RM 10.97

Gambar dalam laman web SGShop

2016春新款韩版莫代尔开衫女外套针织衫长袖薄款防晒衣外套包邮

Apa yang aku dapat

Aku ingatkan cotton rupanya lycra jenis nipis tu. Tapi takdalah lekat badan. Tapi selesa gila walaupun kecewa dengan material dia. Serius selesa sebab kain dia sejuk. Yang ni muat2 ja dengan aku hahaha tak ketat tak besar sangat. Suka tapi benci sikit hahaha so aku bagi 3.9/5 je. Tapi sedap pakai walaupun nipis sikit.

RM 13.82

Gambar dalam laman web SGShop

春装纯色韩版开衫连帽卫衣宽松大码女士薄款学生简约棒球服外套潮

Apa yang aku dapat

Yang ni sebenarnya nak bagi dekat kakak aku tapi rasanya tak muat kot haha. Cutting semua okay cuma material kain ja macam keras sikit walaupun dia cotton. Maybe kena basuh dulu baru dia lembut sikit kot huhuhu. Aku bagi 4/5 untuk hoodie ni.

RM 19.44

Gambar dalam laman web SGShop

钱包女短款女士钱包日韩版可爱卡通猫咪三只拉链学生潮钱夹零钱包

Apa yang aku dapat

COMEL GILA HAIH KENAPALAH ADA KUCING 3 EKOR DEKAT SITU DAH LA WARNA PINK KAIN TEBAL ELOK HAIHHHHHHHHHHH YANG NI COMFIRM LA AKU BAGI 5/5 HAHAHAH HAMPA PI BELI LA YANG NI SEBAB COMEL DAN KUALITI TIPTOP GILA!!

btw, dia ada bagi card holder free. Boleh la letak sekeping kad hehehe. 

Short Chiffon Skirt in Black Colour (tak jumpa link la T.T)
RM 15.21

Gambar dalam laman web SGShop

短裙女2017夏季新款百搭A字裙防走光雪纺短裙大码高腰百褶半身裙

Apa yang aku dapat

Ehh kenapa beli skirt pendek? Sabar kalian. Yang ni ialah alternatif kalau pakai baju singkat pastu boleh pakai skirt ni dengan seluar jean ka apa ka. Nampak comel gitu hahaha. Ambik jenis chiffon sebab taknak material yang jenis lekat dekat badan so inilah pilihan. Tapi kain dia kasar sikit la. Tapi ok la. Nampak besar kan? Sebab aku ambik saiz XL huhuhu longgar la pulaaaaakkk ! Yang ni aku bagi 3.8/5

Ok yang tu ja la aku shopping. Semua total RM 147.35. Kira ok la sebab shipping kena RM 49.57. Nak dekat RM 200 tu. Hampa ada shopping tak lagi dari SGShop? Meh la kongsi sama-sama. Parcel ni nak sampai ke rumah aku ambik masa 23 hari saja. Kira sebulan ah. Itulah kena sabar sikit kalau guna sea shipping. 

Oh ya harga mungkin berbeza bila hampa dah submit order. Ala beza berapa sen saja. Tak jejas pun duit hampa. Kadang2 berat pun tak sama bila submit order dan bila arrived dekat china warehouse. Tapi takpa, small matter ja benda ni hahaha. By the way tengah tunggu lagi 2 parcel nak sampai ^_^ Tapi macam biasa ah sebulan juga nak kena tunggu pun. Tak sabarnya. Tapi kena sabar juga. Sabar ja la. Bye!

p/s : Hampa nak Perlashine percuma? Klik sini untuk join =)

11 comments:

Noor Najwa said...

Wah Najwa pun ad shopping dekat SGShop guna credit yg menang GA tpi dpt bila sikit je sbb baru RM100 yang masuk...yg lagi RM100 xmasuk lgi. Brg Najwa bru je smpai Malaysia, xsmpai rumah lgi.

Shahida Dzulkafli said...

Menarik betul bila tengok Fatin nya parcel dari SG SHop..

Mellya Musa said...

wa syok nyaaa jealous pulak dapat kasut sport pink tu hihihi

Eeiou _ said...

Aaaaaa cantiknya kasut!

Fa Tin said...

@Noor Najwa dapat lagi 100 boleh shopping lagi. happy unboxing najwa :D

Fa Tin said...

@Shahida Dzulkafli huhu tak menarik mana pun kak sha, beli benda pelik2 ja lagi2 makeup tu T,T

Fa Tin said...

@Mellya Musa beli la, murah ja. Selesa pula tu :D

Fa Tin said...

@Eeiou _ Alhamdulillah rezeki :D

amira syukrina said...

erghh fatinn. seronok pulak tengok parcel dah sampai. kredit sgshop syuk punya pun belum masuk account lagi. tak sabar haha

amira syukrina said...

btw fatin. kalau sgshop kreditkan rm100 ke acc kita. dia keluar dekat mana kredit tu?

Fa Tin said...

nanti yang duit rm100 tu akan keluar dekat account kita. takpa, manual shopping dia senang saja. mudah nak paham 😊