Thursday, June 15, 2017

SGShop Malaysia 10xRM100 shopping credit giveaway by Iman Abdul Rahim

Assalamualaikum,

klik banner kalau nak join =)

Yeah giveaway dari SGshop lagi. Tapi kali ni berkalobrasi dengan blogger Kak Iman pula. Bila masuk dalam web SGShop semua benda yang 'acah2 nak beli' ditekan lovenya. Sebab ye la kan takut kalau terlupa ke baik favorite siap-siap. Masalahnya, dah bajet nak beli benda tu, tapi at last beli benda lain. Hak hak! Barang-barang dekat SGShop murah ya amat. Kalau sesapa nak start business ka apa ka boleh la hampa beli borong dekat SGShop. Jual brushes pun boleh weh sebab brushes dia murah berbanding dengan harga Malaysia. Jual kasut pun boleh. Jual alat tulis pun boleh sebab muurahhh dan rare gila. Selalu tengok dekat Mr.Diy ja kalau alat2 tulis comel2 ni. SGShop pun ada dan harga lebih murah. Cuma hampa kena redha airlines ah dengan dia punya shipping payment and duration. Tapi takpa, sebab berbaloi.Kalau dapat credit RM100 (InsyaAllah) nak beli..

 Storage Box. Storage box ni aku rasa macam berguna pada era kepupusan pokok untuk hasilkan kertas. Kertas buat apa? Kotak! Jadi, kurangkan lah penggunaan kotak. Sebab next year nak pindah, jadi kena kemas la barang dalam keadaan tak teratur. Nanti pindah rumah baru, dah lupa kotak mana letak baju, buku semua. Storage box ni boleh nampak isi dekat dalam. Jadi senanglah nak gapai apa benda dalam tu. Takyah check satu-satu.

 Set backpack + sling bag + purse + keypouch (keypouch ka orang panggil? -_- ) ! Mana lagi nak dapat 4 barang dalam 1 harga? Boleh la pakai backpack hari isnin pastu tukar sling bag hari selasa. Dah boleh berjimat dekat situ :')

Tadi godek-godek dalam SgShop ternampak beg ni. Cute gila sebab ada telinga. Ingatkan untuk orang dewasa, rupa-rupanya untuk kanak-kanak. Kalau beli dekat anak menakan aku ni berguna ni sebab dengar cita dia nak pergi tadika nanti. Boleh bergaya dengan sakan dekat tadika nanti dengan beg ni. Haritu order kolam pastu duit kena refund balik sebab kolam takda stok. Ala, takda rezeki dia nak berenang di musim panas ini. Kalau ada rezeki nak beli beg ni la dekat dia.

Disebabkan nak pindah next year, maka bilik haruslah dihiaskan dengan seadilnya dan secantik yang mungkin. Aku tengok dekat instagram, depa duk hias bilik guna lampu ni macam lawa ja. Nak buat tema bilik warna pastel pink dan cream. Mesti cantik. Pastu beli tapestry satu fuhh boleh ganti mengacara deko bersama Eric.

Sebenarnya ada banyak benda aku nak beli sebab barang dia murah gila :( Kenapa murah sangat? Dah la comel-comel. Kalau ada rezeki dapatlah shopping. InsyaAllah. Jom join giveaway ni ;)

2 comments:

Mardhiyyah Rosli said...

assalamualaikum,
singgah blogwalking dari GA yang sama

https://lovelysunshine93.blogspot.my/2017/06/sgshop-malaysia-10xrm100-shopping.html

Shahida Dzulkafli said...

Semoga berjaya Fatin