Friday, June 2, 2017

Rezeki bulan Ramadhan dan SGshop.

Assalamualaikum,

Fuh, tak menang tangan aku join giveaway dan segmen yang dianjurkan oleh blogger lain. Banyak sungguh giveaway yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan ni. Jadi, tuah ayam ada dekat tapak kaki, tuah manusia siapa yang tau. Aku pun join ja la mana yang sempat aku tengok dekat reading list tu. Mana tahu rezeki. Minggu ni aku menang 3 giveaway. Alhamdulillah, rezeki datang time bulan Ramadhan yang mulia ni. Antaranya ialah,


1) SGSHOP - SYURGA BARANGAN ONLINE + GIVEAWAY RM1000


Huu nampak dak nama aku Fa Tin disitu? Yeah, Alhamdulillah rezeki menang credit RM 100 dari SGshop. Terkejut aku buka email kak Scha Nazri ada email aku bagi tau aku salah seorang pemenang giveaway ni. Dengan pantes aku bagitau mak aku menang. Hahaha kalau aku menang giveaway apa2 selalunya aku bagitau mak. Tak tahu kenapa. Ambik berkat kot.


Pemenang giveaway no 9. Nombor bertuah aku ialah 17! Alhamdulillah. Dapat lagi RM 100 shopping credit dari SGshop. Macam biasa, bagitau mak yang aku menang giveaway sekali lagi hehe.


Yeah no bertuah 21. Alhamdulillah sekali lagi. Dapat lagi shopping credit RM 100. Bagitau mak kali ni. Mak be like, "Banyak hang dapat." Alhamdulillah mak. Rezeki duk menghadap laptop. Huhuhu.

Jadi total credit yang aku dapat semua RM 300. Wau, banyak tu. Tapi rasanya aku beli barang keperluan masuk universiti nanti kot. Pastu beli dekat anak menakan aku sikit, Rezeki bulan Ramadhan, Alhamdulillah Syukur. 

By the way, aku nak habaq kat hampa. Shopping dekat SGshop sumpah best sebab barang murah nak mampus. Tapi kena pandai pilih la. Ada tips nak shopping SGshop.  Search ja dekat google. Jangan dah dapat shopping credit RM 100, hampa shopping kesemuanya sekali. Jangan gelojoh, sabar kejap. Hampa kena tinggal at least RM 40 sebab nak tanggung kos shipping. Shipping memang mahal sikit sebab dari China kan? Bukan dari Johor ke Penang rakan-rakan sekalian :') Lagi satu, SGshop ni ada dua kali pembayaran. Pembayaran pertama hampa kena bayar kos product dan yang kedua kos shipping. Jadi, hampa janganlah terkejut bila kena bayar untuk kali kedua. Rilek ja. Kalau duit beriban-riban hampa boleh guna shipping paling mahal sekali iaitu express air. Kalau nak yang paling murah guna sea shipping. Tapi barang sampai lambat sikit dalam sebulan macam tu baru sampai. 


Ceh cover dulu apa yang kita beli sebab nak unboxing dekat blog terchenta hahaha. Hampa tengok tu, kos semua barang(product) yang aku beli ialah RM 147.35. Manakala untuk shipping pula ialah RM 49.57. Jadi kos keseluruhan semuanya berharga RM 196.92 .Kos shipping bergantung kepada berat barang kita tau. Kalau berat berkilo-kilo maka mahal la shipping kalian. Tau tak bertapa cuaknya aku shopping secara sakan sampai terlupa perlu simpan sedikit duit untuk shipping? :') Nasib cukup guys. Lega aku rasanya ada extra lagi RM 52 something nak bayar kos shipping hahaha. Maka, berbelanja lah secara berhemah. 



Sekarang order aku sedang di-sending ke Malaysia. Yeahh tak sabar sangat. Oh ya, by the way, aku shopping ni guna shopping credit sebanyak RM 200 yang aku dapat masa join giveaway kak Ayue Idris dulu. Alhamdulillah rezeki time tu. Pastu bila tengok blogger lain buat juga giveaway dengan SGshop maka aku pun bersemangat untuk join la sebab memang best pun barang-barang dari SGshop ni. Semua rare dan jarang nak dapat kat Malaysia. Yang penting murah. Kak Ayue Idris ada buat giveaway SGshop "Jom Shopping! " Contest sekarang ni. Hampa pi la join sama sebab kali ni hampa semua berpeluang menang RM 500 shopping credit dari SGshop. Banyak tu. Pi la try nasib mana tau dapat kan hehehe.

Hampa semua boleh tengok post dari Elih Japahar. Dia ada share pasal 11 Perkara Anda Perlu Faham sebelum membeli di SGshop Malaysia. Sebelum hampa membeli secara sakan, baik hampa pi tengok dulu perkara 11 di atas. Dia dah terangkan dengan sebaik mungkin. Thanks to him later hehehe. Selamat bershopping semua dan Salam Ramadhan =)

16 comments:

amira syukrina said...

BESTNYAA FATIN! tahniah menang. baru tahu pasal SGshop. haha kalau tak mesti dah join

Shafyqah Azry said...

tahniah! murah rezeki awak :)

Raizah Halisah said...

congrats sis :)

Eyqa Zq said...

Tahniah Fatin! Its time to raya shopping yeah!

Eyqin Asyiqin said...

Congrats sis ! Murah rezeki bulan puasa ni :)

Fa Tin said...

@amira syukrina

terima kasih, hahaha pi la join mana2 giveaway sementara ada waktu ni, mana tau rezeki awak :D

Fa Tin said...

@Shafyqah Azry

Alhamdulillah, terima kasih :)

Fa Tin said...

@Raizah Halisah

thank you sis :) Alhamdulillah.

Fa Tin said...

@Eyqa Zq

hahaha, nak shopping raya tapi nak beli barang masuk universiti T.T

Fa Tin said...

@Eyqin Asyiqin

Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan. Terima kasih :)

Lina Shaza said...

bestnya...tahniah dikkk

Fa Tin said...

@Lina Shaza

terima kasih :) Alhamdulillah

Anis Farhana said...

Wei bestnyaaa haha tahniah awak :)

Fa Tin said...

@Anis Farhana

Alhamdulillah rezeki :)

Shaidatul Aireen said...

tahniah sis! yay shopping hikhik

Fa Tin said...

@Shaidatul Aireen

hehe, alhamdulillah. Barang dkt SGshop murah gila, macam2 boleh beli T.T