Sunday, June 4, 2017

Persiapan rumah menjelang hari raya + TIPS !

Theme : My Ramadhan House

Assalamualaikum

Bila raya, kaum ibu dan kaum perempuan paling busy sekali sebab kena kemas rumah, tukar langsir, tukar sarung kusyen, tukar karpet dan macam-macam lagi. Jarang ada lelaki nak kemas rumah masa nak raya, kalau ada, aku respect sama hampa. Kenapa kena kemas rumah? Sebab nanti bila orang beraya, pastu rumah bersepah, maka depa akan bersuara "Rumah ni takda anak dara ke?" Lalu semua memandang ke arah anak dara. Terus dicop anak dara pemalas. Ya Allah mudahnya kena cop pemalas di kala musim raya :')

1. How are you decorating your house to be Raya ready?

Selalunya bila nak raya, dekat luar rumah mestilah dipenuhi dengan lampu-lampu lip lap, serta pelita-pelita kehidupan untuk kanak-kanak bermain munge api. Bila malam raya lagilah meriah dengan kemerlapan lampu tersebut. Meriah bukan? Untuk ruang tamu, tiada apa yang berubah. Mungkin cuma susun perabot dengan cermat supaya ruang nampak lebih luas sebab nanti segala sepupu sepapat akan bertandang di rumah. Jadi, ruang yang besar dan luas adalah satu kemestian. Langsir akan ditukar dengan langsir baru kalau bajet tahun itu boek punya. Kalau takda bajet, basuhlah langsir lama dan gantung semula. Kemudian karpet yang berbulus bulus akan dibawa keluar untuk didamparkan dekat ruang tamu supaya nampak lebih lawa. Selalunya bila Raya, mesti ada tetamu yang nak tumpang solat, maka satu bilik yang kemas serta sedap mata memandang haruslah disediakan.

2. Share your house decorating tips for this Raya.

1. Sediakan satu meja untuk meletak kuih raya
Kenapa kena ada satu meja? Sebab ia akan memudahkan tuan rumah dan tetamu untuk melahap kuih raya yang disediakan. Bayangkan kalau balang kuih raya tersebut diletakkan di atas lantai, kemudian ada seorang anak kecil berlari-lari lalu melanggar balang tersebut? Jadi kejadian tersebut harus dielakkan. Penggunaan meja yang khas untuk kuih raya juga boleh menjimatkan ruang meja makan yang seharusnya diletakkan ketupat lemang sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi.

2. Gantung kad raya/ sampul duit raya di dinding yang kosong
Dinding yang kosong jangan dibiar suram ketika di hari raya. Hal ini kerana, kita boleh hiaskan dinding tersebut dengan menggantungkan kad raya/sampul duit raya mengikut kreativiti sendiri. Tapi janganlah gantung sampai melampau-lampau sampai nampak macam bercelaru dinding tu. Apakah hasilnya? Hasilnya bila datang tetamu nanti mesti depa memuji hasil seni kreativiti hampa bila tengok dekorasi hampa menggantung kad-kad raya di dinding. Maka time tu hampa boleh berpura-pura ke dapur dek kerana malu dipuji hahaha.

Image result for kad raya gantung
credit here

3. Pastikan rumah terang benderang!
Perlu ke rumah terang ni? Perlulah supaya nanti bila tetamu datang, tetamu akan terpegun dengan keindahan rumah kita walaupun simple sahaja. Kalau ada bajet lebih belilah stand chandelier lepastu letak dekat sudut rumah. Mesti cantik! Letak lilin pun cantik. Tapi pastikan selamat dari budak-budak yang nakal kerana tindak tanduk mereka tidak dapat dijangka. Pemilihan warna cat juga memainkan peranan. Warna soft dan pastel sangat sesuai semasa hari raya. Janganlah pula kedekut elektrik masa raya. Tak pasal-pasal free sahaja hampa dikutuk selepas balik raya, dek kerana beraya dalam kegelapan :') Sudahlah kedekut elektrik, langsir pula ditutup maka bergelaplah hampa semua. Kalau rumah terang dan cerah, tetamu pun akan selesa nanti dan boleh la depa selfie sebab #lightingbaik 

4. Penggunaan perabot yang bersesuai dengan saiz ruang tamu
Penggunaan perabot yang sesuai sangat penting untuk menjamin keselesaan tetamu masa raya nanti. Kalau rumah hampa besar macam padang golf, maka tidak mengapalah kalau hampa nak letak 10 set sofa sekalipun sebab ruang yang besar kan. Namun, kalau rumah hampa bersaiz agak kecil dan sederhana, maka pemilihan perabot yang sesuai sangatlah penting. Susun perabot seperti sofa, meja makan, coffee table, dan sebagainya dalam keadaan yang teratur. Yang penting, rumah kena nampak luas. Janganlah rumah sempit dengan perabot sahaja guys sebab nanti takkan tetamu nak duduk atas meja guys :')

3. What kind of products (e.g., furniture) can you get on Lazada’s platform to help you decorate your house for this Raya? 



Lampu ni sangat sesuai digunakan masa hari raya. Tapi jangan lah pasang lampu ni saja guys. Nanti gelaplah haha ni hanyalah penambahan supaya suasana nampak lebih menarik dan santai. Boleh dapatkannya di sini 


Yang ni orang panggil kerusi malas. Dah moden kerusi malas zaman sekarang, dulu kerusi malas yang besi tu. Hampa boleh gantikan sofa hampa yang besar gedabak tu dengan perfect bean beg ni. Belilah dalam 3 biji pastu letak dekat ruang tamu. Mesti ruang tamu nampak lebih luas dan lapang. Boleh dapatkkanya di sini.


Selain daripada menyusun buku, rak ni juga berfungsi untuk meletakkan set cawan serta pinggan mangkok mak hampa semua. Cawan dah lawa, jadi mengapa di simpan di dalam almari? Bolehlah hias dekat rak ni. Bagi mereka yang ada koleksi hotwheel pun boleh hias dekat rak ni. Taklah nampak kosong sangat dinding rumah. Dapatkannya di sini


Jangan lupa! Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale akan diadakan sepanjang 19 May 2017 sehingga 30 June 2017. Hampa semua akan mendapat special diskaun sehingga 90%! Mana lagi nak carik diskaun banyak2 macam ni? Dekat Lazada la. Click banner kalau nak shopping secara sakan menyakan. Haaa time ni la hampa boleh beli barang untuk dekorasikan rumah hampa semua. 

2 comments:

Mrs Hazeera said...

berpinar mata tengok web lazada..hahahahaha

Fa Tin said...

@Mrs Hazeera

banyak sangat barang best2 huhuhu