Thursday, June 15, 2017

Hadiah dari blogger #1

Assalamualaikum,

Bulan 5 haritu aku banyak juga join giveaway. Bagitau giveaway apa ja yang aku tak join hahaha. Ada yang menang dan ada yang tak menang. Sesungguhnya rezeki kita rahsia Allah ;)


 Hadiah giveaway ni hasil join Ramadhan/Syawal 2017 Giveaway by KasihkuAmani. Alhamdulillah, dapat kadraya dan sampul duit raya dari Kak Sha. Kak Sha ni selalu komen blog orang. Rajin sungguh blogwalking, kalau aku? T.T Tapi yang best pasal Kak Sha ni dia peminat buku. Kira minat membaca ah. Bagus betul sebab aku tak minat membaca. Bila entah nak membaca dengan ikhlas hati.

Jom terjah blog Kak Sha!


Yang ni pula hadiah giveaway hasil join Bandung Souvenirs Giveaway by Nafas Baru.Yeay! Dapat beg dan keychain special dari Bandung, Indonesia tau. Dapat la juga merasa ole-ole dari negara luar walaupun tak pernah pergi lagi. By the way, beg tu muat2 letak telekung. Senang la nak guna untuk travel nanti sebab beg tu kalis air. Terima kasih Kak Nurina Izzati =)

Jom jengguk blog Nafas Baru!

Kadang-kadang hadiah kecil pun boleh buat orang happy misalnya aku haha. Rasa macam happy gila tengok abang pos laju pegang parcel kita. Taktahu la kenapa. Aku juga ada hobi pelik iaitu kumpul plastik pos laju ka, gdex ka apa ka. Haih, pelik.

Terima kasih yang anjurkan giveaway.

Rasa macam nak buat segmen untuk bloglist la.

Sebab takda bloglist lagi. Tak tahu nak pilih sapa.

Bye!