Thursday, June 8, 2017

Bila nak jimat duit beli data..

Assalamualaikum,

dulu masa aku duduk asrama, akulah manusia yang paling berjimat cermat sekali sebab nak kumpul duit beli data. Time tu kalau boleh tiap-tiap hari nak upload gambaq dalam instagram. Gambar awan mendung pun nak letak dalam instagram. Instagram kan kena guna data banyak, maka topup RM 10 seminggu adalah keperluan. Padahal pergi tiap minggu mak bagi RM 15 sahaja :') RM 3 untuk sehari.

Dekat asrama aku selalu mengantuk tahap bekerja seperti buruh binaan padahal duduk dalam kelas ja. Kelas aku start pukul 8 pagi sampai 5 petang. Makanan pula DM asrama sediakan. Maka nikmat apa lagi yang kau dustakan? Hekhek. Dekat sekolah aku ada koperasi yang jual beriban jenis coklat (gula-gula, orang utara panggil gula-gula coklat hehe). Jadi, aku selalu perabis sisa duit aku dekat situ. Asyik beli coklat sahaja, lepastu gaduh sakit gigi haih. Selalunya bila weekend ada sesi outing, maka semua orang bergembira lah. Namun bagi golongan yang ada duit cukup2 makan aku ni akan menjadi murung sebab ada duit sikit saja nak belanja. Selalunya aku beli kopi atau nescafe. Refer dekat atas yang aku selalu mengantukkk. Pastu beli sushi 2 ketoi RM 2 :') Dehnya kehidupan ketika itu.

Nak habaq kesedihan aku dekat asrama ialah nescafe tu aku guna separuh untuk hari pertama kemudian lagi separuh untuk hari kedua :') Sanggup guys tawar nescafe takpe asalkan tak mengantuk. Nescafe ciput tu boleh digunakan sebanyak 2 kali :')

Cerita pasal sahur pula. Masa nak dekat puasa, maka berpusu-pusu lah warga aspuri ganti puasa. Samalah dengan aku juga pun. Aku ni jenis kena sahur juga walaupun segelas air. Kalau tak sahur aku boleh jadi patkinson dekat sekolah sepanjang hari. Pernah aku sorang ja puasa ganti dalam dorm, pastu nak sahur takda benda nak makan. Jadi, aku akan ambil biskut kering pastu rendam dengan air panas. Acah makan oat padahal makan biskut yang direndam ja pun. Jadilah biskut rendam :') Sebenarnya boleh ja sebelum tidur tu beli Maggi dekat Mira Edora dorm sebelah sana. Tapi bila fikir pasal duit, jadi hasrat dibatalkan.

Bila fikir balik duit yang aku beli topup dahulu kala boleh ja aku beli stok makanan dalam locker. Maggi, bihun pama, nescafe, oat, biskut boleh ja ada dalam locker. Duit beli data main instagram buat apa T.T

No comments: