Wednesday, June 28, 2017

Aidilfitri 2017

Assalamualaikum,

Dah raya ke 4, adil tak nak wish "Selamat Hari Raya" kat hampa semua? Ya Allah sibuknya time raya sebab beraya dekat rumah baru, jadi tetamu datang tak henti-henti. Sebagai anak perempuan, takkan la aku hanya menjamu mata melihat mak bersilat di dapur? Jadi, kena tolonglah sampai terlupa dekat blog ni huhu.

Raya Pertama


Ootd Raya hahaha. Ingatkan nak pakai bawal chiffon tapi tak sempat nak beli. Jadi pakai je la apa yang ada. Yang kereta tu sebenarnya kereta abang. Alkisahnya, dah tempah baju ni lama dah sebelum abang aku bawa keluar kereta ni. Tengok2 sama dengan tema tahun ni. Alahai, kereta pun nak sama tema.


Ini pula geng sepupu sepapat. Cari saya!


Sebenarnya gambar ni kena ambik dengan DSLR tapi terlupa bawa sdcard T.T Guna camera phone, gambaq jadi gelap gelita. Lighting tak elok T.T


Rumah aku dekat tengah tengah sawah padi. Jadi takda jiran tetangga. Maka perangai gila2 adalah perlu sebab takda mata yang memerhati hahaha. Belakang rumah aku ada sawah padi terbentang luas. Jadi kami semua turun la bendang duk buat syok tangkap gambar hahaha.

Raya Kedua


Pakai baju kurung lama sebab baju raya untuk raya kedua tak siap ya ampunnnn dugaan raya betul. Nasib bawa spare baju kurung cotton dekat rumah baru. Pakai yang tu ja la. Raya kedua mak aku masak soto. Tak sempat nak tangkap gambar sebab terlalu sibuk.  Ni pun sempat tangkap gambar sebab kawan aku datang. huhuhu.


Suraya teruja jumpa sawah padi hahaha.

Raya ketiga takda gambar sebab cuma family ja datang makan nasi jadi tak sibuk sangat. Tetamu pun tak datang sangat raya ketiga. Malam hari raya ketiga kami dah balik ke Penang. Sayonara Kedah. Ceh, padahal setengah jam ja dah boleh sampai Penang. Dekat sangat hahaha.

Kesimpulannya, raya tahun ni agak berlainan sebab raya rumah baru. Tak sabar nak pindah. Sebab dah bosan duduk Penang. Dan raya ni agak penat sikit sebab tetamu macam banyak sikit tapi takpa sebab raya kan. Bila lagi orang nak datang. 

Dekat sini aku nak ambik kesempatan nak minta maaf dekat sesiapa saja yang mungkin ada tersilap kata terguris hati. Aku minta maaf. Dan Selamat Hari Raya semuaaaaaaaa.

4 comments:

Naseha Aika said...

bestnyaaa.. tak pernah jumpa sawah padi uhuhuhu

mamapp said...

Selamat hariraya

Eeiou _ said...

Meriah. Selamat hari raya!

Fatin Liyana said...

Selamat Hari Raya ! Fatin duk Kedah :D Yan. Huhu. Kedah dengan Penang tu memang dekat sangat-sangat lah. Hehe