Saturday, May 13, 2017

Zaman kanak-kanak dan Barbie.

Assalamualaikum

Image result for barbie doll wallpaper

Bila teringan zaman childhood ni, mesti teringat Barbie. Budak perempuan mana yang tak minat Barbie time tu? Legend kot. Walaupun Barbie ni semua muka sama saja dari kecik sampai besar, namun kemasyhuran pada waktu itu memang best! Barbie ni macam satu fenomena yang melanda secara berleluasa dekat dak-dak perempuan yang berumur sekitar 4 tahun - 15 tahun? Kot? Masing-masing tunjuk skill tersembunyi misalnya menjadikan kotak tisu sebagai almari dan kotak kasuk sebagai katil. Belum lagi incident memaksa kaum ibu untuk mengambil kain perca yang lebih dan jahit jadi baju si Barbie. Best betul zaman dulu. Budak-budak zaman sekarang asyik Didi and Friends saja. :')

Kenangan dengan Barbie.

Cakap pasal kenangan, mestilah banyak. Aku dulu terjebak juga dengan fenomena Barbie ni. Masa sekolah rendah, kalau ada duit lebih saja mesti aku pergi koperasi. Sanggup bersesak semata-mata nak beli alat tulis logo Barbie. Noobnya aku time tu tak boleh disangkal lagi. Pantang nampak ada gambar Barbie mesti beli. Tak cukup dengan alat tulis, dvd Barbie juga harulah dijadikan sebagai koleksi Fatin time tu. Masa tu masih buta IT kerana tidak tahu mendowload sebarang movie ataupun apa-apa sahaja berkisar pasal Barbie. Aku selalu ajak ayah pegi kedai cd sebab nak beli cd Barbie. Boleh termenung aku duduk dalam tu sebab ada satu bahagian tu, semua cd Barbie. Tapi sekarang semua cd hilang dek faktor usia kah kah

Image result for barbie doll wallpaper
Ceritalah nilah cd yang first sekali aku beli. Yang dia tukar jadi swan tu hehe.

Barbie doll yang first sekali.

Hampa tau kan Barbie ni ada yang fake punya. Yang fake punya hampa boleh bagi bawa keluar tangan, kaki, kepala dia. Rambut warna perang serta botak tengah. Selalunya yang ni dekat pasar malam banyak. Bukan saja pasar malam banyak, aku pun ada banyak. Ayah aku beli yang murah-murah saja sebab taknak membazir serta mahukan anaknya fokus belajar. Time tu rasa jeles lahai tengok kawan-kawan punya Barbie original. Rambut dah la warna hitam. Ketiak boleh pusing-pusing lagi. Kaki boleh bengkokkan. Namun kesedihan hanyalah sementara apabila ayah aku telah membeli barbie original. Maka bergembiralah aku masa tu kerana boleh bersaing dengan sahabat handal yang lain.

Image result for barbie twist hair
Macam nilah Barbie doll aku yang first sekali. Boleh dandan rambut dia. Time tu, aku rasa macam aku sorang saja ada alat dandan rambut tu maka bermegah-megah dengan rakan adalah perlu. Padahal tak reti guna pun. Daser Fatin.

Image result for barbie doll house

Sampai sekarang rasa terkilan sebab tak pernah ada rumah Barbie sendiri :( Bila pi Jusco mesti tunjuk kat ayah rumah Barbie. Ayah pula berpura-pura busy dan berjalan jauh dan jauh lagi. Maka, terbatal la hasrat aku nak ada rumah Barbie. Tapi kanak-kanak macam aku time tu kreatif melampau-lampau. Misalnya menjadikan sapu tangan sebagai tilam dan selimut Barbie. Hahaha masa kecik mengada-ngada sungguh :') Rasa nak lempang diri sendiri.

Walau bagaimana pun setelah meningkat usia dan menjadi sedikit matang dari sebelumnya, maka minat aku terhadap Barbie sudah menjadi pudar. Macam tu ja dia pudar tau dak! Tapi aku masih excited la bila nampak Barbie bersusun dekat kedai hehe. Barbie aku pun entah hilang ke mana. Yang tinggal hanyalah kenangan dengan Barbie doll semasa zaman kanak-kanak. 


7 comments:

Myra Azraff said...

Moi pun dulu minat gila barbie ! Ayah pun belikan sekali untuk adik. Dulu selalu berangan2 nak rumah barbie sekali tapi takkan dapatlah kan ahahaha

Fa Tin said...

@Myra Azraff

Hahaha rumah barbie mahal kot. Time tu sapa yang ada mesti anggap depa kaya raya hahaha.

Nurul Rasya said...

I have a bff who loves watching barbie movies walaupun tengok muka macam gangster lol

Mardhiyyah Rosli said...

I have a collection of barbie movies. I will be rewatching it again with my little cousins. It not too bored anyway.

Fa Tin said...

@Nurul Rasya

maksudnya muka yang gangster tak semestinya tak minat barbie kan? hahaha :P

Fa Tin said...

@Mardhiyyah Rosli

barbie tak pernah mengecewakan kan?

Mardhiyyah Rosli said...

@Fa Tin

memang tak pernah mengecewakan. lagipun dress collection mmg terbaik