Saturday, May 20, 2017

Review : Aiken Tea Tree Oil Skincare

Assalamualaikum

Aku tau banyak gadis-gadis di luar sana yang mempunyai masalah kulit misalnya jerawat yang melampau-lampau serta parut. Ada yang disebabkan produk yang ada merkuri. Say no to merkuri! Ada yang dah breakout sebab produk yang ada merkuri tapi nak bagi sembuh balik guna produk bermerkuri juga. Habis la muka hampa semua. 

Aku pun ada jerawat macam hampa semua. Tak pakai produk bermerkuri pun naik jerawat sebab hormon, alergik dan lifestyle yang tak sihat. Maka, bercananglah jerawat datang singgah dekat muka aku. Dengan langkah bijak, aku pun survey macam-macam produk yang betul-betul sesuai dengan aku untuk kurangkan jerawat aku. Setelah mencuba itu dan ini, terjumpalah satu produk yang baik punya untuk jerawat iaitu Aiken Tea Tree Oil. 

 Aiken Tea Tree Oil ialah skincare yang neutral kerana berasaskan dari tea tree oil di mana memang bagus untuk mereka yang berjerawat.


Aiken Tea Tree Oil Facial Cleanser

Apa yang best pasal cleanser ni dia bau ubat haha. Bau tea tree oil dia sumpah boleh rasa. Dia ada buih tapi tak banyak macam cleanser-cleanser lain. Lepas cuci muka, muka fresh sangat. Tahan lama pula tu sebab aku cuci muka 2 kali sehari. Aku tengok youtube haritu jangan cuci muka secara berlebihan sebab nanti muka kering maka tumbuhlah jerawat kalian sekalian. Dan fakta itu benar gaiss. Ini adalah botol yang kedua. Dah nak habis dah sebab tu nampak slim sikit huhuhu.


Aiken Tea Tree Oil Daily Moisturising Lotion

Sumpah the best moisturizer yang aku pernah try! Light gila teksture dia. Sesuai sangat dengan oily skin. Dah la light, senang serap lepas tu bau tea tree oil dia tu huuuu best gila. Teksture dia light lebih kurang macam Simple Moisturizer warna hijau tu. Memang takkan tukar dah sebab best gila sebab kebanyakan moisturizer aku try kan, teksture dia heavy gila dan lepas pakai mesti berminyak. Tapi yang ni tak! Dah la prevent jerawat dengan adilnya :')


Aiken Tea Tree Oil Pimple Cream

Yang ni kecik gila tapi dia punya effect tu bapak besar untuk jerawat-jerawat kalian sekalian. Yang ni guna masa jerawat tu baru nak "Assalamualaikum, nak keluar ni." Haa, time hampa rasa macam dah berbenjol dah muka tu, maka letak la pimple cream ni. Jangan kedekut sebab letak tebal sikit baru efiksyen serta berhasil. Banyak orang kata pakai ni keluar jerawat. Aku pun rasa nak buang pimple cream ni memula dulu :') Namun kerana bercakap besar, aku telah salah tafsir akan kebaikan pimple cream ni. Pimple cream ni bila hampa pakai kat jerawat yang baru nak bagi salam nak keluar tu, pada keesokan harinya, akan keluar satu jerawat yang ada mata pastu ada putih tu. Time tu hampa get ready ja sebab dia akan kering dan tertanggal secara sendirinya tanpa meninggalkan parut yang berlobang-lobang. Sebab pimple cream ni dia bagi masak jerawat tu supaya jerawat senang surut dan hilang tanpa diduga, Yang penting hampa jangan picit dan bermain touch and go seperti rakan-rakan dengan jerawat hampa.


Kebaikan Tea Tree Oil untuk acne (jerawat) memang sudah tidak dapat disangkal lagi.

Ekstra!


Haritu aku pergi Guardian nak beli toner Aiken namun kehabisan stok. Maka berhuhuhu la aku dekat situ sebentar memikirkan apa yang harus aku gantikan dengan toner Aiken yang super duberb tu. Sudahlah murah toner Aiken tu. RM 5 sahaja, pastu bagus untuk jerawat. Jadi dengan pantasnya aku mengambil toner Safi yang hijau ni untuk mengganti toner Aiken. Huhuhu alhamdulillah tak breakout dan sesuai dengan kulit aku yang berjerawat serta berminyak. Tapi toner Aiken la paling best.

Result dia agak lambat sebab mungkin neutral produk namun keberkesanannya tak dapat disangkal lagi. Tapi Aiken Tea Tree Oil ni tujuannya hanyalah untuk jerawat hampa sekalian alam. Bukan untuk hilang parut dan cerahkan muka. Maka hampa hendaklah memakai serum ataupun whitening cream yang bersesuain untuk cerahkan dan pudarkan parut hampa. Aku pun duk cari lagi produk yang boleh hilangkan parut sebab jerawat dah kurang kan maka hilangkan parut adalah step seterusnya. Hampa kena ingat kalau hampa breakout, perkara pertama hampa kena rawat ialah jerawat hampa. Hampa kena rawat satu-satu masalah. Contohnya, jerawat->parut->cerahkan muka. Mana ada produk yang boleh buat semua tu dalam satu produk. Rawat satu satu dulu.

p/s : Sekarang aku tengah try pencuci Safi Manggis. Tapi aku masih lagi gunakan moisturizer Aiken dan Pimple Cream Aiken. Sebab jerawat dah kurang, maka proses hilangkan parut harus dilakukan segera. Dengar cerita Safi Manggis bagus untuk cerahkan parut. Nanti aku review dalam blog bila dah setengah botol guna.

p/s/s : Oh ya lupa nak bagitau, ada orang yang alergik dengan tea tree oil. Maka patch test harus dilakukan. Buat patchtest antara leher dan dagu. Buat lah beberapa hari, pastu tengok ada perubahan ke tidak. Jangan jadik macam aku, tak tahu ada alergik madu dan kunyit namun terus menggunakannya di seluruh muka dengan rakusnya. Setelah seminggu guna, jerawat naik dengan jayanya :')

8 comments:

Vanilla Maple said...

a very good review. should try yg moisturizer tu. My face pon oily gak and berjerawat. huhuhuh. stress taw :(

Fa Tin said...

@Vanilla Maple

takpa, insyaAllah jerawat akan hilang nanti :)

M. said...

hello nak tanya. you pakai pimple cream mcmana ye? dot kat jerawat or spread all over yr jerawat? and bila pakai does it makes yr jerawat gatal semcm? hope to get yr reply!

Sri Mulyati Yuhibu Ridho' illahi said...

Assalamu Alaikum.. aku baru baru ni pakai Aiken tree oil pimple cream,pasalnya aku dah cuba banyak cream untuk hilangkan jerawat tapi semua tak dapat tak ada perbezaannya. so muka aku sekarang banyak jerawat,macam aku dah stres nih pikirkan jerawat yg susah hilang.

Fatin said...

@M. hai! a bit gatal tapi lama2 hilang la. saya letak dekat jerawat sapu tebal2. letak sekeliling jerawat tu. sorry for late reply.

Fatin said...

@Sri Mulyati Yuhibu Ridho' illahi waalaikumussalam, yaya, i know that feeling. jaga permakanan, kebersihan, try and error some skincare yg untuk jerawat, and kalau dah jumpa yang sesuai stick on it. okay? =)

nieza Abdul Gafor said...

hai klau saya pakai pencuci cetaphil dgn cleanser aiken ni bole ke?

Mas askiral said...

klu pakai pimple cream dekat parut,parut blh hilang x?