Thursday, May 4, 2017

Resepi : Ayam Masak Bali (Simple gila!)

Assalamualaikum

Hambui melampau, sehari update dua entry. Kekeke. Semenjak cuti yang sangat panjang ni, aku tak sia-siakan cuti aku dengan begitu saja. Aku takkan biarkan hari, bulan, tahun berlalu begitu saja. Aku akan selitkan dengan benda-benda yang berfaedah macam memasak, tolong mak, dan sebagainya. Wife material sangat gais. Boleh pm kot tepi kalau berkenan :P

Baru-baru ni aku ada try satu resepi simple ja. Semua golongan boleh buat. Lepas ni hampa takyah dah berjalan dengan gigihnya pegi mamak sebab perut berkeroncong. Masak nasi pastu masa ayam masak bali. Sedap dia sampai berhari-hari rasa bali dia bakhang! (teruja)

Ya Allah, kualiti phone agak teruk. Macam tu la rupa dia. 

Image result for ayam masak bali
Maka, terpaksa la google untuk gambar yang lebih clear :') Kredit blog Ms Nurain.

Bahan-bahan :

  • Ayam bahagian yang banyak isi. (potong kecik lepastu goreng bagi garing sikit-sikit ja. Nak lagi sedap goreng dengan kunyit dan garam)
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia seinci

(Bahan di atas semua blend halus ya, kasar2 kita taknak)

  • Kicap manis (jenama apa pun takpa, aku guna Mudim ja)
  • Serai 6 batang (blendkan)
  • Daun kari 4 pelepah
  • Cili kisar 4 sudu
  • Asam keping (aku letak 3 keping)
  • Garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara :

  • Tumis serai sampai garing sikit, masukkan daun kari.
  • Masukkan bahan yang dikisar hehalus tadi. Tunggu sampai pecah minyak.
  • Masukkan cili kisar dan asam keping. Tunggu sekali lagi sampai pecah minyak.
  • Masukkan kicap pula diikuti dengan ayam yang sudah digoreng.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa ya.
  • Siap!
Ya Allah senangnya. Dah la senang, sedap hingga menjilat pinggan pula tu. Yang ni resepi cikai-cikai la sebab senang sangat hahaha. (takkaburnya :P) Haa, rasa dia pedas manis tau. Boleh adjust kalau ada yang tak suka pedas nakmati. Boleh letak kicap lebih dan cili kisar kurangkan =)

*Semua puji sedap kecuali mak aku. Egonya mak sebab masakan mak tiada tandingannya ;'))))


No comments: