Thursday, May 11, 2017

Kenapa saya ada jerawat?

Assalamualaikum

Semenjak ada jerawat akhir bulan 2014 dulu, iaitu masa nak dekat SPM, aku asyik nak try ja skincare ni skincare tu. Aku tak pernah ada jerawat banyak macam ni. Dulu aku selalu kata kat kawan aku yang jerawat ni nampak dia lebih lawa sebab pipi dia akan jadi pink sebab jerawat kat pipi. Ya Allah noob betul aku time tu. Mesti dia ingat aku perli dia padahal aku cakap benda yang benar :') Bila kena dekat diri sendiri baru rasa padan muka. Memula ingat jerawat ni dia attack macam biasa ja, time nak period. Tetiba tetiap masa dia datang. Kalau ada jerawat, maka parut pun mestilah ada. Maka, muka pun jadi macam permukaan bulan.

Image result for jerawat

Setiap orang lain-lain sebab dia ada jerawat. Di sini dengan sukacitanya serta dukanya aku nak listkan sebab aku ada jerawat. Selalunya aku akan usha youtubers2 buat video pasal skincare. Dari situ baru nak sedar nak jaga muka dengan lebih baik. Kalau tak, mana nak dapat sagu kalau ruyung tak pecah(hentam saja peribahasa) hahaha

1. Hormon
Haa aku baru sedar hormon aku tak stabil. Execise sudahlah malas, minum air pun tak banyak. Sikit-sikit nak barai. Jadi, kenalah stabil hormon kita. Kalau hormon dalaman stabil, maka dengan indahnya hasil luaran iaitu kulit akan segak sepanjang zaman. Tanda-tanda kita ada jerawat hormon ialah jerawat kita bengkak, takda mata dan merah. Jerawat hormon selalu attack dekat area tepi rahang, pipi atau atas bibir.

2. Stress
Image result for stress gif

Stress juga punca aku naik jerawat. Aku sedar yang stress ni punca jerawat aku keluar secara banyaknya bila nak exam Chemistry. Aku paling tak ngam subjek ni. Dia macam ada satu aura yang membuak-buak untuk aku tak study subjek ni. Masa nak SPM, akulah manusia paling busy study dari first chapter sampai last chapter. Akhirnya, aku tak paham. Maka lagi stress la aku. Apa benda nak jawab exam nanti. Stress punya stress maka keluar beberapa butir jerawat yang ada mata yang tecik tecik tapi nampak dari jauh kalau kawan tegur. cis.

3. Kurang tidur, kurang minum air.
Setelah berapa lamanya aku bergelemut dengan masalah jerawat ni, aku dapati yang salah satu sebab aku ada jerawat ialah disebabkan oleh tidur yang kurang. Pernah aku tidur pukul 3 pagi, bila bangun pagi dah ada jerawat tumbuh :') Orang kata muka kita nak react dengan skincare kita selalunya dari pukul 10 malam-2 pagi. Time tu kulit kita sedang buat proses pembaikan. Maka, kita haruslah tidur waktu tu. Make sense tak? Lagi satu tradisi minum air 8 gelas sehari juga tidak diamalkan oleh aku. Muka akan kering dan kusam sepanjang hari. Aku pernah try minum air 8 gelas sehari, tapi disebabkan kemalasan nak pegi tandas setiap masa, aku minum ja bila rasa dahaga. :')

4. Skincare yang tak sesuai
Aku pernah try berbagai-bagai produk di pasaran macam Garnier, Safi, Eversoft, Aiken(i love this one!) tak lupa juga local produk macam sabun madu kelulut (beli dekat kilang madu) dan sabun kunyit (bukan yang thailand punya). Muka aku breakout semula lepas terpedaya dengan testimoni2 yang disajikan dekat aku selepas menggunakan sabun madu dan kunyit. Hampa semua tau kan yang madu dan kunyit tersangatlah bagus untuk jerawat dan parut. Maka apa yang perlu disangkal lagi? Dengan yakinnya aku guna kedua-dua sabun tersebut sebelum dapat tau aku alergik madu dan kunyit :') What a life bila muka aku ditumbuhi jerawat pasir di dagu serta pipi tambahan lagi di dahi. Maka, berhati-hatilah memilih produk kecantikan wajah.

5. Pemakanan 
Image result for stress gif

Hampa semua tau dak yang coklat, air bergas, makanan berminyak, seafood, maggie, gula, spicy food dan fastfood (mcdonald, kfc dll) adalah sangat-sangat tidak bagus untuk diamalkan oleh sesorang yang mukanya berjerawat teruk. Kadang-kadang aku pun pelik, skincare ok ja orang lain pakai. Jadi apa salah aku? Kenapa jerawat still ada? Setelah diperiksa semula, pemakanan yang melampau-lampau adalah puncanya. Misalnya malam tu aku perlahap Kfc sebab craving gila, kemudian bila bangun pagi akan ada jerawat di mukaku. Begitu juga maggi. Sangat tidak bagus untuk jerawat dan kesihatan. Tapi perlahap juga bila mood pemalas datang sergah secara tiba-tiba.

6. Kebersihan
Ada orang kata, orang yang berjerawat adalah orang yang paling pembersih sekali sebab dia taknak ada sikit pun kekotoran yang terlekat dekat kulit dia. Sebagai contoh, sarung bantal sentiasa basuh dan tuala tak boleh kongsi dengan orang. Begitu juga dengan berus makeup. Aku pernah tidur kampung, kemudian yang ada hanyalah bantal yang entah berapa lama tak basuh. Dengan relanya aku pun tidur dengan berhati-hatinya agar muka tak kena permukaan bantal. Malangnya, tidur siapalah sedar. Bila bangun pagi, macam biasa ada jerawat. Haih.

Itulah serba sedikit sebab aku tumbuh jerawat dekat muka aku. Mula-mula aku tak sedar pasal benda ni. Namun setelah rajin melayan youtuber yang arif pasal skincare, baru aku sedar kesilapan aku. Aku try avoid mana yang boleh aku avoid. Tapi takkanlah aku nak avoid kepci gais? :') Oleh itu, bersyukur kepada mereka yang kulit muka normal dan flawless bak padang golf.

2 comments:

Mellya Musa said...

heheh samalah sy ni sampai umur 24 pun masih ada jerawat.. time period je mula laa

Fa Tin said...

@Mellya Musa

itulah. teringin nak flawless kejap tetiba ada jerawat pula :(