Thursday, May 25, 2017

Kenangan curi makan masa bulan puasa.

Assalamualaikum

Ya Tuhan tajuk entry macam mengajak para pembaca melakukan kejahatan bersama-sama. Oh tidak, ini hanyalah throwback masa aku kecik-kecik cili padi. Takdalah nakal sangat tapi dalam diam buat kerja jahat kah kah *gelak besar* Dulu aku masa kecik selalu merengek sebab taknak puasa. Kononnya penat sebab kena pergi sekolah lagi kelas kafa lagi. Time tu dalam darjah 2 atau 3 kot. Rasa macam perut dikhianati sebab tak boleh makan.

Bila balik sekolah mesti pergi dekat peti ais, nak bagi rasa sejuk habis muka dengan badan. Kalau duduk dengan mak mesti tanya mak,

"Mak, bulan puasa boleh kumur tak?"

Mak kata boleh. Maka bergegas la aku bangun pergi ke tandas. Tapi hampa tau la kan bukan kumur pun hahaha. Time tu air paip pun boleh rasa macam sirap limau ais :') Kenapa aku noob sangat masa kecik :')

Itu baru curi minum. Belum lagi curi makan. Macam penjenayah pula banyak curi-curi. Mak aku ni pandai masak. Serba-serbi dia boleh kecuali makanan barat macam kureng sikit. Suatu hari tu, mak aku ada buat kerabu buah belimbing yang kecik tu. Buah belimbing tu dia masam tapi bila dijadikan kerabu sedap tak ingat apa dah. Sumpah sedap. Jadi, mak aku adala buat lebih sikit lalu diberikan kepada jiran depan rumah aku. Time tu aku duduk taman so kena la jalan sikit nak pergi rumah dia. Ini lah kejadian kecurian yang berlaku time tu. Masa jalan on the way nak hantar kerabu dekat jiran, aku ada calas beberapa cubit kerabu tersebut :') Kemudian pergi rumah jiran acah-acah kerabu tu belum dinodai oleh sesiapa dek kerana bulan puasa yang mulia. Padahal aku dah perlahap berapa banyak entah. Dah nak berbuka dah time tu, ada baki berapa minit saja lagi. Yes guys, boleh judge kebangangan aku time tu :')

Image result for shame on me gif

Tapi masa darjah 4 dah faham dah kena puasa, kalau tak puasa Allah marah dan berdosa. Nak sentuh hidung pun berhati-hati weh sebab takut tercocok dalam lobang hidung. Sia-sia ja la puasa aku haha. Asal nak bulan puasa ja mesti tanya mak,

"Kalau kentut batal tak?"

Soalan ni selalu berulang setiap tahun bila nak puasa sampai lah masuk asrama. Dah tahu tak batal tapi nak kepastian ja. Lagi satu soalan ni,

"Kalau kentut dalam ayaq batal tak?"

Image result for confused gif black guy

:')  Shame on me guysssssssssssss.



No comments: