Wednesday, May 17, 2017

"Bencinya tengok dia!"

Assalamualaikum

Related image

Pernah kah kita mempunyai masalah seperti masalah hati? Misalnya dengki, cemburu, berdendam dan lain-lain? Pantang nampak orang up sikit dari diri sendiri, terus nak benci dan meluat macam dia dah bunuh keluarga kita padahal kenal pun tidak. Banyak situasi yang boleh dikaitkan dengan masalah ni, misalnya masalah Gayah ni :

Nampak orang pakai tudung singkat, baju lengan pendek, seluar legging.
Gayah : Eee, bencinya tengok dia tu. Baik tak payah pakai tudung. Buat malu agama saja.
Perkara yang Gayah tak tahu : Dia baru nak berubah. Haritu baru first day dia pakai tudung. Orang kata baru nak cuba. Tapi Gayah ni pulun tak nampak benda macam ni.

Nampak orang muka berparut macam kena toreh pisau.
Gayah : Eee, bencinya tengok dia tu. Muka berparut macam tu mesti gangster ni. Takut Yah (Yah ialah nama manja)
Perkara yang Gayah tak tahu : Muka dia terkena pisau masa nak selamatkan mak dia dari perompak. Dia selamatkan mak dia, yang Gayah ni tak tahu mende terus judge macam kenal sejak dari fetus.

Nampak orang menang award dekat anugerah bintang popular.
Gayah : Eee, bencinya tengok dia ni. Berlakon pun macam kayu. Macam mana boleh dapat anugerah bintang popular.
Perkara yang Gayah tak tahu : Dah rezeki dia Gayah oi, nak buat macam mana. Setiap orang rezeki lain-lain. Dia menang pun Gayah punya periuk nasi sikit pun tak terjejas ye dak?

Nampak orang yang tak study tapi bila result keluar dia lah pelajar cemerlang sekali.
Gayah : Eee, bencinya tengok dia. Aku ni belajar bagai nak rak sampai rak patah pun tak dapat tittle pelajar cemerlang. Dia yang asyik lena ni boleh pula dapat tittle pelajar cemerlang. Mesti meniru ni.
Perkara yang Gayah tak tahu : Dia selalu lena dalam kelas sebab selalu study tengah malam. Gayah malam-malam asyik layan gosip. Gayah mana tahu apa yang dia buat pun.

Nampak orang kurus macam lidi.
Gayah : Eee, bencinya tengok dia yang kurus tu. Mesti makan ubat kurus nak bagi badan acah-acah model victoria secret. Padahal badan macam papan sterika.
Perkara yang Gayah tak tahu : Dia ada kanser. Maka badan dia melidi secara drastik. Gayah tak tahu sebab tak friends dengan dia dalam facebook. Gayah sombong. Nak kawan dengan budak hot saja.

Nampak perempuan lain pakai makeup tebal-tebal.
Gayah : Eee, bencinya tengok dia. Pakai makeup tebal gila  macam semua orang pandang dia ja.
Perkara yang Gayah tak tahu : Dia kena jumpa klien dan banyak orang, maka penampilan diri haruslah kena jaga. Penampilan diri yang baik melambangkan penampilan imej syarikat yang baik. Namun, Gayah tidak tahu hal ini.

Masalah Gayah ialah dia mempunyai hati yang busuk serta tidak boleh menerima ketidaksempurnan orang lain. Walaupun begitu, kalau Gayah tidak sempurna no hal punyalah. Gayah juga ada masalah dengki atau tidak puas hati dengan orang yang tidak dikenali ataupun strangers. Misalnya, masa sedang asyik scroll instagram, Gayah ternampak satu gambar budak perempuan. Dalam hati kutuk, namun dengan rela dan pantas like gambar berkenaan dan meninggalkan komen " Cantiknya awak!". Cis, Gayah sudah lah mempunyai masalah hati yang serius, kemudian talam dua muka lagi.

Related image

Apa-apapun, Gayah ni hanyalah watak bayangan saja. Aku pun tidaklah sempurna mana tapi dengan kemajuan teknik yang melampau-lampau, masalah viral, bash secara beramai-ramai serta cyber bully semakin berleluasa. Dulu aku pun layan kisah-kisah viral ni, tapi bila dah lama tu, rasa macam berdosa pula like an share benda viral macam tu. Kasi dosa free sahaja huhuhu. Kadang-kadang kita tak kenal pun orang tu, tapi kita yang lebih-lebih bencikan dia macam kita dah sebati dengan dia. Yang penting jangan jadi macam Gayah atau nama sebenarnya Rogayah hahaha.

p/s : sesapa yang ada nama Gayah kat sini, aku sorry awal2. Takda kena mengena dengan hidup atau mati =)



9 comments:

sofea said...

thank you for sharing :) betul tu, bila tengok benda yang viral mesti retweet la,share la.. tapi better abaikan je sebab tak tahu betul ke tak..hehe

Vanilla Maple said...

follow here. btw good sharing :)

mamapp said...

Bagus post ni. Sebagai manusia biasa kdg2 hati kita mmg berfikir2 bukan2 kan

amira syukrina said...

dia punya contoh tu, memang ayat-ayat manusia sekarang haha. Memang kene setepek

Fa Tin said...

@sofea

betul tu, kalau benda baik boleh la kita sebarkan :)

Fa Tin said...

@Vanilla Maple

hi,thank you =)

Fa Tin said...

@mamapp

ya betul tu, kadang-kadang tak perasan pun kita pun ada silap juga.

Fa Tin said...

@amira syukrina

ayat-ayat makcik kepoh hahaha

izzati haruno said...

kebanyakkannya memang macam ni kak! suka buruk sangka! BTW singgahlah blog saya! ^^