Sunday, May 28, 2017

Aku dan STPM

Assalamualaikum.

Apa itu STPM? STPM ialah Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. STPM ni hampa cuma belajar selama setahun setengah sahaja untuk ke degree. Namun begitu, ramai yang taknak ambil STPM sebab kena belajar di sekolah dengan budak sekolah yang lain. Dah la kena ikut peraturan sekolah. Nasib baik syarat dilonggarkan iaitu ada kebenaran berpakaian formal bila ke sekolah. Huhuhu ada sekolah yang boleh pakai instant shawl lopa la apa la. Sekolah aku kasi pakai bawal saja. Tu pun bawal plain :')

Related image
Image result for STPM
Dulu masa aku form 3 aku ingat lagi aku pernah sembang dengan kawan aku. Time tu class Matematik. Teacher Ong Saw Bee yang ajar (selalu aku panggil Ong Nampak Lebah, gila kurang hajar :')  ) Dia ni jenis soft-spoken, baik sangat. Kalau rasa lapar tanpa diduga, boleh la pergi bilik guru dan menjamah biskut kering dia. Nasib Matematik dapat A walaupun panggil dia Ong Nampak Lebah haih bila fikir balik jahat betul. Sambung cerita, time tu class Matematik. Aku dengan beberapa sahabat handal yang lain tengah berbincang pasal hala tuju selepas SPM walaupun time tu belum lagi PMR. Ceh, semua konon nak gempak-gempak saja. Asasi la, matrik la. Tetiba kawan aku sebut STPM. Maka, aku pun berilah pendapat sebegini rupa,

"STPM tu untuk orang bodoh saja. Buat apa nak masuk."

Tetiba teacher Ong Saw Bee terdengar pula. Mampus aku dekat situ guys. Dia cakap "Saya pun bekas pelajar STPM. Boleh saja jadi cikgu." Aku rasa macam mustahil gila sebab time tu pemikiran tak berapa nak matang maka andaian dan spekulasi yang dibuat hanyalah secara membuta tuli sahaja. Bagi aku time tu, STPM ni tempat orang yang fail SPM lepastu nak sambung belajar juga. Maka perbualan pun terhenti dan aku pun dah tak ingat apa yang terjadi selepas itu.

Bila dah habis SPM, maka result pun keluar. Dapat 3A ja tapi tetap bersyukur. Tapi at the same time sedih tapi taktau lah sebab dah buat kan. Jadi, selepas SPM macam-macam tawaran yang datang. Politeknik dan UniKL memang idaman aku. Hampa boleh baca kisah aku macam mana aku boleh pilih STPM instead of Politeknik dan UniKL dekat sini =)

Haa ambik hang last sekali masuk STPM juga :') Masa STPM macam-macam benda jadi. Pressure nak study, dengan kawan, dengan masa yang asyik tak cukup dan macam-macam lagi. Masa STPM aku naik van saja dan aku saja la budak form 6 yang naik van sebab takda lesen (sebenarnya ada ja, tapi Indian dekat situ macam takleh buat kawan, sedih ai tau nak kawan tapi takleh) Kalau tak ada la geng juga, tapi depa cepat-cepat ambik lesen. Tinggal la aku sorang-sorang naik van pukul 3.30 petang setiap hari walaupun habis kelas pukul 2.35 :') Ada makcik ni sorang pernah tanya aku, "Fatin pi sekolah naik apa?" Jawablah saya "Naik van ja" Nak tahu apa reaksi dia? Dia gelak weh dekat aku. Al-maklumlah anak dia pergi sekolah naik kereta kan. Takpa makcik, ingat naik van tak boleh berjaya ke? Cis.

Selalu orang tanya, "Study mana?" Sambung STPM saja. Itu adalah soalan dan jawapan yang klise. Bila cakap macam tu mesti ada yang kata, "STPM susah weh, masa aku STPM, dalam kelas aku sorang ja yang boleh sambung belajaq" Pastu mak aku tenangkan aku dengan berkata "Tu STPM style dulu memang susah sikit, sekarang depa ada semester." Mak menyebelahi aku sebab tau aku akan tertekan dengan orang yang selalu rendahkan semangat aku huhu. Begitu juga la dengan uncle van aku. Dia tanya, "kenapa masuk STPM? SPM teruk ka?" Cis punya uncle, ingat saya ni teruk sangat ke SPM. Jadi aku jawab la, "Jimat duit masuk STPM." Selalunya aku la yang duk sembang dengan uncle van tu masa nak balik sebab nak tunggu budak-budak form 1-5 habis kelas sampai 3.30. Dah la dia pernah kentut depan aku :')

Masa STPM ni macam-macam benda baru aku buat misalnya turun naik Pejabat Tanah sebab nak dapatkan maklumat pasal asignment Sejarah. Lepas tu kena present depan kelas. Selalunya presentation atau viva ni takda masalah sebab aku takdalah nervous sangat sebab moto hidup aku masa viva ialah #bukannakjumpapundepabalik huhu. Kadang-kadang viva depan budak kelas ja. Ada kawan aku kalau kena cakap depan kelas ja mesti tangan dia sejuk gila. Kesian dekat dia. Setiap semester ada exam. Semester pertama aku dapat 3.08. Semester kedua pun aku dapat 3.08. Tapi semester pertama dan kedua aku ulang dua subjek maka semuanya adalah 4 subjek. Sebab apa ulang? Sebab taknak mana-mana subjek pun dapat C+ ke bawah. Nanti boleh rosakkan pointer keseluruhan. Semester ketiga tak boleh ulang, jadi usahanya harus lebih kuat. Namun disebabkan syndrome last paper, aku study biasa-biasa saja. Tapi nasib menyebelahi aku, semester ketiga aku dapat 3.75. Alhamdulillah, mungkin berkat kerja kursus yang dibuat dengan gigihnya siang malam tanpa mengeluh hahaha.

Selepas habis STPM, maka bercutilah aku selama 8/9 bulan macam tu. Ada yang bekerja, ada yang menganggur. Ada yang buat business. Bagus betul. Result STPM yang sebenar keluar hujung bulan dua kot. Huhuhu time result nak keluar ni aku lah manusia yang paling nervous sekali sebab risau taknak kecewakan mak ayah lagi. Sebelum pergi sekolah petang tu, aku dah check dekat rumah result. Result alhamdulillah okay dan aku bagitau la mak ayah aku. Nak nangis aku time tu tapi kena pergi sekolah pula. Bila pi sekolah, aku pula lewat sebab kena duduk dekat depan. Kawan-kawan aku banyak juga yang dapat dekan. Seronok tengok semua berjaya sama-sama naik pentas ambil result STPM.


Inilah result aku. Alhamdulillah sangat. Aku pun tak sangka boleh dapat macam ni. Tapi ada yang lagi hebat dari aku. Masa trial dia selalu mengadu dekat aku sebab dapat result teruk. Bila dah keluar result boleh pula dia dapat 3.92 :') Mungkin berkat kata-kata motivasi aku masa dia tengah kuciwa kot #Eh hahaha

Apa yang aku nak sampaikan dekat sini ialah janganlah membenci sesuatu sebab benda tu mungkin kita akan suka nanti. Macam aku, dulu anti gila dengan STPM sebab anggap untuk budak fail SPM saja, lastly aku pula yang masuk STPM. Huhuhu kenapalah aku bersikap sedemikian dulu? Tapi setiap orang ada pilihan masing-masing. Diploma ka asasi ka matrik ka semua ada kebaikan dia sendiri. Semuanya bergantung dengan individu yang belajar tu. Kalau malas, tapi nak harapkan result gempak tak boleh juga. Kena ada usaha juga. Kadang-kadang lawak juga bila fikir balik pasal aku yang dulunya menolak sekeras-kerasnya pasal STPM, namun akhirnya terjatuh jua dalamnya :')

Image result for boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal itu amat baik bagimu

p/s : Entry ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk ceritakan kejahilan aku ketika form 3 yang membenci STPM tapi tanpa sengaja menyukainya ketika meningkat dewasa uhuks! =)

6 comments:

I am LZ said...

Jarang orang ambil STPM, hanya org berjiwa kental spt Fatin sahaja mampu lakukan..

Congrats Fatin 😄

aswaleyla said...

tahniahhh. mana2 pun okay. semua ada pro cont masing masing. yg penting usaha kita untuk berjaya. itu yg lagi penting

faten.banana said...

Tahniah! Mana-mana belajar pun memang ada pros and cons nya tapi tetap hasilnya datang juga pada usaha en :D

Fa Tin said...

@I am LZ

ya betul tu. batch saya masa form 5, saya sorang ja ambik stpm huhuhu

Fa Tin said...

@aswaleyla

betul tu, takda usaha takda guna juga. terima kasih =)

Fa Tin said...

@faten.banana

terima kasih =) betul, semua tempat sama saja belajar. ada pro dan cont masing masing