Monday, April 17, 2017

Review : (Lazada) Sinma Professional 15 Colour Make Up Concealer Palette +10 Make Up Brushes + Sponge Beauty Cosmetics Value Pack

Assalamualaikum

Hai hari ni rasa nak buat review pasal satu set berus kabuki, sponge beauty dan 15 colour concealer palette gais! Harga baru RM 26 ringgit sahaja. Murah kan?

Papepun minta maaf sangat-sangat sebab brush dan sponge kotor sikit sebab gigih nak buh dalam blog juga tanpa membersihkannya dulu. cis la.

Semua benda ni hampa boleh dapatkan dekat Lazada je. Lazada ada semuanya kecuali hati cinta saya. Chiaa sangat. Klik sini kalau nak beli. 

 Brush ni sumpah macam online punya. Tapi harga online RM 40 ! without postage. Tapi Lazada, 26 ringgit je kau bayar tapi concealer kau dapat, brush dapat, sponge lagi dengan beg brush. Yang penting brush ni dia balut dengan plastik dengan kemasnya. So nice!

 Ala sponge ni nyomel sangat. Kecik je. Angle dia pun best. Tapi masa sampai haritu ada bau minyak sikit. So bila basuh hilang la bau dia. Jangan nanti hakak posmen tu mai kau terus tempek benda ni dekat muka :'))

Concealer so nice tak nice. Sebab warna cerah macam terlalucerah. Tapi kalau yang warna gelap tu sumpah best buat contouring! Tak bohong bakhang. Warna best gila. Senang blend lagi.

Jadi tunggu apa lagi? Kalau rasa diri tu starter pack macam aku,boleh la beli benda ni. Sebab kalau beli memahal tapi masihbelum mampu jadi macam mua di youtube, janganlah engkau memasang niat yang tinggi. Simpan saja cita-cita tu. Ahaks! *gedik

Saya bagi 4.5/5 untuk set ini! Best best best! 

Saturday, April 15, 2017

Dapatkan sample susu Anlene segera!

Assalamualaikum

3 minggu yang lepas aku ada apply sample susu anlene. Cis sangat kan. Nak barang free je. Tapi takpa kita try saja kan. So, hari ni aku dapat my sample! 3 minggu juga tunggu. Tapi takpa.

 You will get this!

 Ada surat kasih sayang pastu dapat 3 sachet susu anlene heart-plus!


Dapat 3 so satu aku punya, mak aku punya dan ayah! Nampak tak kasih sayang boleh tercipta kalau hampa request sample ni? hahaha. Jom cepat-cepat request sementara stok masih ada!

Laman web Anlene : https://www.anlene.com

Sunday, April 9, 2017

Bukan penganggur tetapi babysitter!

Assalamualaikum

Bila sebut pasal penanggur mesti orang kaitkan dengan tanam anggur di rumah. Apatah. Adakah ia make a sense? Nak makan anggur pun jarang inikan pula nak menanam anggur. Selalunya bila tanya kerja apa, mesti ada yang jawab "ala aku duk tanam anggur dekat rumah." Cis! Cakap ja la tak bekerja.

Amboi baru pendahuluan sudah marah tak tentu hala hahaha. Garang sangat padahal amat penakut lebah. Disebabkan STPM habis dan aku akan bercuti selama 9 bulan macam tu, so aku duduk rumah. Sebenarnya aku kerja Kamdar kejap. Kejap gila. 2 hari ja. Ish, tak boleh la kamdar sebab kena berdiri dengan lamanya dan tempat sembahyang kotor, susah ambik wuduk pula tu. Nampak mengada kan tapi sebenarnya nak menahan perit tulang belakang tu Tuhan ja la tahu. So, lepas berhenti aku bagi tahu la sahabat handal aku yang sorang ni bahawasanya aku telah berhenti kerja. Guess what? Sampai sekarang dia tak cakap dengan aku. Hm, kenapa hidup kita kena dikongkong dengan kengkawan gais? Padahal kita yang menentukan arah hidup kita kan. I'm so sad.

Setelah berhenti dari Kamdar yang mundar itu, aku terus mencorak langkah aku dengan bekerja di rumah aku sahaja. Menjadi seorang babysitter yang berjaya. Sebenarnya mak aku yang jaga budak ni. Tapi disebabkan mak aku nak pergi mengaji pada waktu pagi, maka secara automatiknya budak itu akan diserahkan di bawah jagaan aku. Sweet kan? (tahpape)

Ayesha dan saya. Hampa tau dak bertapa gigihnya aku mengambil dslr pastu buat self timer semata-mata untuk berpura-pura candid sebegitu rupa? :')) Ayesha kepala lebam sebab jatuh dekat rumah dia. Banyak orang kata muka dia macam Lara Alana. Yeke?

Jadi setiap pagi mak aku akan sapu rumah dulu disebabkan aku alergi kepada habuk so tugas tersebut diserahkan bulat-bulat dekat mak aku. Kemudian anak mengasuh akan datang. Nama Ayesha. Haaa lepas dah datang aku akan tidurkan budak ni dulu. Kenapa bebaby kena berjaga di awal pagi? Mereka harusnya tidur dengan cukup. Time dia tidur nilah aku akan basuh pinggan, sidai baju, kutip baju serta mandi jika sempat. hehehe. Time ni mak aku ada dekat surau mengaji. Lepas tu Ayesha bangun, akan mandikan dia pula. Lepas dah mandi, aku akan bagi dia biskut favourite dia iaitu biskut Tiger. Sambil menjamah biskut tersebut, dia akan menonton Baby TV dengan aku. Dengan serta mertanya aku boleh menghafal setiap dialog yang diucapkan dek kerana Astro sering menayangkan cerita yang sama. Astro, please. Cerita lain please.

Macam tulah rutin aku setiap hari. Lepas mak aku balik ngaji, mak aku akan masak pula. Dah habis masak, aku akan bagi makan Ayesha pula. Lepas peut Ayesha dah mengembung dek kerana kekenyangan aku akan bagi tidur semula sampai la pukul 5 dia bangun balik. Dia bangun ja, dengan pantas aku akan mengambil tuala dia untuk bagi mandi pula. Kemudian tamat la kisah babysitter ni sehingga mak Ayesha datang ambik dia. Nampak dak semua benda aku kena buat dekat Ayesha kecuali basuk uuk uuk dia. Hal ini kerana aku belum terdaya nak buat benda tu :') Selalunya hal-hal macam ni, aku akan serahkan dekat mak aku. Pernah dia muntah dekat tangan aku. Dah la muntah macam buka paip di pili air. Had laju keluarnya muntah dia sudah tidak boleh dikira lagi,

Banyak kawan aku tanya, kerja babysitter dengan mak hang ni dapat gaji ka? Awat pula tak dapat, dapat la. Tapi sikit saja tidaklah mencecah beratus-ratus. Cukuplah untuk aku memborong sakan di Lazada setiap hujung bulan hahaha. Why Lazada why? Kira okeylah sebab aku kerja dekat rumah ja kan. Makanan pun mak aku masak. Nak apa lagi haaa? Jangan mengada-ngada nanti kena backflip dengan mak.

Sudah jelas lagi terpancar penerangan ini bagi mereka mereka yang gemarkan kata aku sebagai seorang penganggur yang tersohor lagi berjaya. Kalau penganggur kan, aku bisa aja dong bangun tidurnya pukul 10 lalu ditamparin bertubi-tubi sama ibu gue. Mahu disebat belakang gue dengan hanger di bilik gue dek kerana terlalu malas. Mak aku pantang orang malas-malas ni. Sama la dengan aku, pantang dengan orang malas-malas. Nampak tak mak mewarisi sifat yang sama dekat aku? Hihihi. Untuk pengetahuan hampa semua, aku duduk dekat rumah dengan ayah, mak, abang dan diri sendiri. Abang aku kerja cikgu KV so balik pukul 5 petang. Jadi sepanjang waktu siang saya ialah anak tunggal. Seronok bukan?

Thursday, April 6, 2017

Nestlé Wellness Together-Gather on Lazada Malaysia ( Diskaun sehingga 40%!)


Image result for lazada together gather nestle



Assalamualaikum,

Bagi mereka-mereka yang meminati produk-produk Nestle, ada berita terbaik untuk anda semua. Lazada Malaysia telah berkerjasama ataupun together-gather dengan Nestle untuk memberikan diskaun sehingga 40% kepada anda semua! Antara produk Nestle yang sering berada di dapur kesayangan kita ialah seperti Milo, Maggi, Nescafe (my favorite!) dan banyak lagi. Apa yang menariknya tentang berita ini ialah ia akan berlangsung selama sebulan guyssss! 1 April 2017-30 April 2017 adalah masa untuk anda membeli belah produk keluaran Nestle secara berhemah di Lazada. Kalau nak jimat boleh beli banyak-banyak dan simpan stok untuk 2 bulan yang akan datang.


Yaaaa ! Memang sangat murah potongan harga yang diberikan oleh Lazada. Jimat berganda-ganda. Sudah la tak kena pakai tudung lilit, start enjin kereta, hadap trafik jam, kena cari parking, kena pula berebut troli dengan warga asing semata-mata untuk topup milo dalam bekas tupperware mak anda. Kenapa perlu bersikap sedemikian kalau Lazada ada untuk membantu anda dengan hanya membeli secara online. Senang kan? Pembayaran pula ada banyak kaedah seperti bank in atau paling senang cash on delivery sahaja!

Free shipping jikalau membuat pembelian RM50 keatas!

Jom shopping ramai-ramai dekat Lazada Malaysia. Jangan tunggu lama-lama sebab tawaran ini akan berakhir pada 30 April 2017. Jejage sebab sekarang ni masa cepat gila berlalu. Pejam celik pejam celik dah kahwin. #Eh #Ehhh # Ehhhhh

*Hm rasa nak rembat susu omega la sebab lately ni sakit tulang belakang. Baru 20 tahun dah sakit tulang belakang sob sob sob.