Wednesday, March 22, 2017

Produk Review : Simple Skincare (KIND TO SKIN 3-STEP TRIAL KIT)

Assalamualaikum

Aku ni dah lama bergelut dengan masalah kulit. Skin type aku oily. Oily tak sangka-sangka. Jadi mencuba pelbagai produk untuk mengurangkan sikit masalah aku ni adalah kemestian. selain berminyak, aku juga ada masalah jerawat yang tak pernah selesai. Mak aku kata hormon. Sebab kakak aku pun macam ni dulu. Lagi teruk. Sekarang dah hilang. Parut pun takda. Aku ada masalah jerawat ni masa nak dekat SPM, time tu nak exam Chemistry. Aku stress gila sebab apa yang aku baca semua aku tak faham. So naik la jerawat. Sampai sekarang pula tu. haih.

Suatu hari tu dekat twitter ada orang bagi review pasal Simple Skincare. Macam best ja review ni. Macam nak try ja. Hahahahaha. Jangan jadi macam aku, semua benda nak try. Padahal kulit lain-lain kan. Takpa, jom ke review. Masa aku beli ni guardian buat promosi. So, harga promosi time tu RM19.90 sahaja.

Kind to Skin 3-Step Trial Kit
Ada toner, moisturizer dan cleanser. Kalau beli 1 set trial ni dapat satu beg kecik. Comel !

1. Cleanser
Simple Kind to Skin Refreshing Facial Wash Gel
Hehehe ni gambar dari google ja sebab cleanser ni abang aku ambik bawa pergi lumut. Cleanser ni dalam bentuk gel. Pastu, dia kurang menghasilkan buih yang banyak. Kekadang rasa tak bersih bila cuci muka. Kena letak banyak sikit baru berbuih.

Ingredients:
Aqua, Cocamidopropyl Betaine, Propylene Glycol, Hydroxypropyl Methylcellulose, Sodium Chloride, Panthenol, Disodium EDTA, Sodium Hydroxymethylglycinate, Sodium Hydroxide


2. Moisturizer
 Moisturizer ni light gilaaa. Rasa ringan ja dekat muka. Walau bagaimanapun, setelah aku cuba produk ni selama 2 minggu, jerawat pasir mai dekat muka aku. So sad. Selalunya jerawat besar-besar ja. Bila ada jerawat pasir rasa macam muka mengerutu gila haih.

Ingredients:
Aqua, Glycerin, Paraffinum Liquidum, Polyglyceryl-3 Methylglucose Distearate, Cetyl Palmitate, Dimethicone, Cetyl Alcohol, Panthenol, Borago Officinalis Seed Oil, Carbomer,Potassium Hydroxide, Bisabolol, Methylparaben, Pentylene Glycol, Tocopheryl Acetate,Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Disodium EDTA, Propylparaben, Lactic Acid,Sodium Lactate, Mica, 2-Bromo-2-Nitropropane-1,3-Diol, Serine, Sorbitol, Urea, Titanium Dioxide, Sodium Chloride, Allantoin


3. Toner
 Toner dia pun okay sebenarnya. Tapi macam aku cakap tadi, bila aku pakai 1 set ni keluar jerawat pasir hm.

Ingredients:
Aqua, Sorbitol, Sodium PCA, Allantoin, Disodium LaurethSulfosuccinate, Methylparaben,Propylene Glycol, Panthenol, HamamelisVirginiana Distillate, 2-Bromo-2-Nitropropane-1,3-Diol, ChamomillaRecutita Extract, Pantolactone, Phenoxyethanol, Potassium Sorbate, Citric Acid, Butylparaben, Ethylparaben, Propylparaben, Isobutylparaben
Kesimpulannya, bila aku pakai this simple trial skincare, muka aku naik jerawat pasir. Maybe sebab muka aku tak sesuai kot. Sebab ada orang kata kalau oily, guna set yang warna biru bukannya hijau. 
credit here
So dekat situ dah nampak silap pilih skincare. Bila naik jerawat bising satu dunia hahaha. Tapi kenapa yang oily version tak keluar yang trial punya? :( Apa-apa pun setiap orang ada masalah kulit yang lain-lain. Setiap produk yang dicuba mesti berbeza hasil dia. Kenapa nak expect result yang sama kan? Yang penting jangan pakai produk yang ada bahan yang terlarang. Sayangi kulit muka anda. Gittew,

Much love, Fatinun.


No comments: