Friday, March 24, 2017

Cepatnya collect points di BFF !

Assalamualaikum

Hai semuaorang. Hampa ingat tak pasal satu post ni pasal BFF-Asia Beauty Community? Kalau belum jom baca serba sikit apa yang aku kongsikan pasal BFF ni. (click sini untuk baca) Sebenarnya baru semalam aku buat akaun BFF ni. Malam tu pula aku ada review pasal produk Nivea Extra White Firming Body Serum SPF 33. Hampa boleh baca dekat sini. Tapi lepas hampa buat review, review hampa akan dipending dulu sebelum dapat pengesahan dari pihak BFF. Bila dah sah, pihak BFF akan email hampa berserta dengan points yang hampa dapat hasil dari review yang dibuat. Senang kan?

Tadaaa! Baru review satu produk dah dapat 100 points. Kalau 20 produk ? Hampa boleh redeem point hampa untuk dapat sebarang freegift yang ditawarkan. Best sangat.

Lepas dapat point tu,semangat aku terus berkobar-kobar nak review macam -macam produk yang aku selalu try dan error. Hahahaha. Malam ni saja aku review 3 produk. Tapi belum diapprove lagi. Haih, rasa syok bila share experience kita dekat orang. Harap-harap la bermanfaat dekat orang lain sama.

Hampa nak try ka? Meh la try. Mari perhangatkan kembali semangat blogging yang semakin pudar ni. Perjuangkan balik semangat blogging ketika di era 2012, 2013 hehehehe.

Kalau nak try, click SINI untuk daftar. 

Boleh daftar guna facebook juga. Kalau lupa password jangan risau sebab selepas pendaftaran BFF akan hantar email password hampa. So, orang yang pelupa macam aku ni boleh la join hahaha. Do inform me kalau hampa join. Nak tengok juga review hampa. Yang penting review yang jujur yaaa.

No comments: