Tuesday, March 28, 2017

Anak kucing baru!!

Assalamualaikum.

Apa-apa pun aku nak gitau yang aku typing ni guna phone. Halamak nak update blog tapi laptop abang tinggal dekat tempat kerja dia. Saja tau. Tapi takpa, kita try ja update blog guna phone hehehe. Pada hari Jumaat 2 minggu lepas, kucing aku nama Kiki telah melahirkan sepasang anak kucing yang sangat nyomel. nyomel nyomel nyomel sangat. Dah la dedua muka sama.

Malam sebelum dia nak beranak tu, gila bising Kiki ni duk meow meow sebab nak cari tempat beranak kan. Hampa tau dia attack dekat mana? Bawah katil aku gais. Dah la bawa katil aku dari keturunan mana punya harta ada dekat bawah tu. Cemas aku kot kot la ada diari aku dedulu tu hahaha. Nak angkat tilam satu hal, dah la berat nak mampus. Nak tercabut lengan angkat tilam tu. Pukul 3 pagi, abang aku gerak suruh bangun nak tengok Kiki bawah katil. Maigod tengah tidur kot time tu. Dia hingaq gila laaaaa kata Kiki ada bawah katil. Lepastu tidur balik la gais sebab nak tunggu beranak buat apa. Kiki bukan suka pun mak kata. So tidur la sampai subuh bangun, yeahhhhhhhhh lahirla kembar anak Kiki. Yeahhh i'm so happy la. Excited dia tu sssuuuppp naik ke atas.



Hihi comel kan. Time ni dia dah 2 minggu. Yang dah buka mata full tu nama Borara. Yang baru buka separuh tu nama Ciciko. Sesapa yang tengok Boboiboy mesti tau nama-nama ni hahaha. Terpengaruh dengan syabas gila. Pasal pemilihan nama ni abang aku nak letak nama Boy dan Bob. Haih nama klise sangat untuk seekor kucing. Bagi la nama rare sikit. Yang paling lawak mak aku nak letak nama Shinchan dan Hagemaru. Lagi la aku tegah sekeras-kerasnya. Nama kartun Jepun. Kenapa perlu support kartun Jepun kalau kartun Malaysia sudah bagus? *iloveMalaysia eh?


Haaa ni la Kiki. Segak kan? Muka putih. Pakai collagen ke kucing pun. Mata dia special sebab bila kena cahaya matahari ja anak mata dia jadi kecik macam dalam gambar. Kalau beshe-beshe ja anak mata jadi hitam full. Comel comel comel. Tapi bagaimana anaknya ada warna tompok hitam serta rambut berbelah tengah? Mari kita lihat bapaknya pula.


Ni la bapak Ciciko dan Borara. Tapi dah mati. Aku la manusia yang menangis bagai nak rak sampai rak jatuh sebab bapak dia mati. Dah 8 tahun kot dengan kami. Sobs sobs. Gambar ni masa dia nak mati dah sebabtu ada emoji sedih. Nama bapak dia Jojo. Kepala petak, ekor kembang beshe-beshe ja, dan rambut belah tengah tak pernah belah tepi. Sampai la anak dia keluar, rambut still belah tengah hahahaha.

Hm, hampa semua ada kucing tak? Ka ada haiwan lain hampa bela? Share share la sama. Fakta tentang Fatinun adalah alergik bulu kucing tapi suka kucing dan sanggup bersin hachumm hachummm setiap kali dekat sebab terlalu obses dengan kucing. Huwaaaaa.



No comments: