Tuesday, February 28, 2017

Hadiah Giveaway 5 years blogging by Faezah Mdnor

Assalamualaikum

Alhamdulillah, aku telah terpilih jadi first winner giveaway ni. Pemilihan pemenang berdasarkan story tentang 'Self Positive When I Sad' . So kalau sesiapa nak baca kisah sedih aku boleh click sini.

Hadiah dah sampai, iaitu totecase design sendiri dan bawal bidang 55. Bawal ni kalau labuh hampa boleh buat macam2 design macam gaya Debellani. Hampa nak tau gaya apa pi search sendiri hehehehe. So ini hadiahnya,

 So itulah tudungnya dan totecase yang aku sendiri design. Tudung ni jenama 'Alianna Bawal' Warna Emerald green tau. sesape yang nak boleh pergi ig @mustaphshoveri untuk tengok warna2 lain.

 Kalau hampa design totecase, totebag hampa sendiri hampa boleh ja pi dekat ig dia @artotes.co btw comel gila kad business dia. 

 Cantik kan? 16.12 maksudnya birthday aku. So kalau aku tetiap hari, orang akan ingat tarikh ni kah kah kah

 Selain kotak pensil, hampa boleh letak barang makeup hampa gak. Nampak lebih kemas dan berdisiplin macam tu.

Hampa tau tak kami gigih gila tangkap gambat flat macam ni :')) hahahahahaha

Berminat? Hampa semua boleh order dekat,
ig : @artotes.co

Berminat dengan tudung bawal Alianna jugak? Hampa boleh terjah dekat 
ig : @mustaphshoveri

Terima kasihhhhhh ;)

Saturday, February 18, 2017

Giveaway by FatinDiana

Assalamualaikum

(klik banner untuk join)

Tarikh tamat: 10th March 2017, 10pm


Thursday, February 9, 2017

Alhamdulillah

Assalamualaikum

Hai semua. Pernah tak hampa semua usaha sikit ja tapi tetiba result keluar gila ah. Macam kita ni usaha bagai nak rak padahal beshe-beshe je. Sebagai contoh, masa aku ambil exam muet, yang part writing tu aku out of topic. 100% out of topic! Tak masuk langsung apa yang aku tulis dengan apa yang soalan tu nak. Gila ah, habis exam semua orang happy ja. Aku ja barai sesorang sebab out of topic. So, aku memang dah prepare duit nak ulang muet sebab aku tau result aku akan jadi teruk. TAPI, bila keluar result dapat 182/300 (untuk semua part : Writing, Listening, Speaking, Reading) 182 maksudnya band 3. Higher band 3 sebab lagi lapan markah nak dapat band 4. Pelik kan? Masa exam buat tak betul pun, tapi bila keluar result dapat higher band 3? Alhamdulillah, simpan duit tu untuk berjoli hahahahaha.

Baru-baru ni keluar result semester 3 untuk STPM. Masa semester 3 akulah manusia yang paling malas sekali. Tak tahulah kenapa. Maybe sebab sindrom last semester. Perasaan membuak-buak untuk menamatkan pelajaran semakin menjadi-jadi. Tengok buku ja rasa macam haih. Rasa haih dan haih. Rasa penat tengok buku. Study tu study la, tapi bukanlah tahap studyhard macam tu. Masa trial malas gila nak usaha lebih2. Bagi peluang kat orang lain sama hahaha. So, exam pun berlalu. Result pun dah keluar. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dapat 3.75. Tak pernah aku dapat banyak macam ni hahahaha. Tapi macam biasa aku pelik juga, usaha tak seberapa tapi result pergh.

Senang ja konsep dia. Allah bagi kita ambil. Kalau Allah tak bagi lagi, mungkin lain hari :)

Jangan lupa senyum.