Thursday, January 12, 2017

Tukar Baju Blog dan saya menang Giveaway!

Assalamualaikum

Lamanya tak update blog sebab busy sikit. Malam ni free sikit sebab dah habis lipat baju hehehe. Oleh itu, aku ambil kesempatan ini untuk cecantikkan blog aku ni. Kasi upgrade sikit. Ingat orang je ke nak lawa? Blog juga mahu turut serta.


Jadi macam inilah rupanya. Acah kawai gais, padahal hati rocker. Kasi tunjuk juga walaupun masa engkorang baca entry ni pun engkorang masih boleh nampak :')

Saja ja tukar angin ambil background hijau gitu. Nampak lembut tapi masih mengamalkan konsep go green. Gittew. 

Ceritanya hari Isnin ke Ahad entah, aku buka la blog sebab dah lama gila tak buka kan. Tetiba dekat entry ni ada orang komen tahniah jadi pemenang semua. Aduh aku pelik gila kot, pastu aku check ah blog penganjur giveaway tu tetiba ada keputusan pemenang dah har har har. Aku lambat check sebab dia dah umumkan hari Jumaat haritu. 

 can you see thatttttt? Pemenang pertama.

Lepas dah nampak ni terus cemas aku whatsapp adik ni. Alhamdulillah dapat totebag dengan tudung bawal. My favorite. Dia mecam tetahu je aku bawal lover. Apa-apa pun serius aku tak expect langsung benda ni. Aku la manusia paling jarang sekali nak menang giveaway, cabutan bertuah ke apa. Memang jarang ah. Tapi aku ada sorang kawan ni. Nama dia Nisa. Dia kan tiap kali cabutan bertuah dekat sekolah mesti ada ja benda dia dapat. Dia pernah dapat Kasut Sport Nike, tracksuit Adidas dan beg kasut Adidas kot. Dah la semua ori :')) Asyik bertuah je :'))))

So, I need to go because my brother want to use this laptop right now. Dia memang. Gua sabar je dengan dia ni. Haih.

For those yang comment and saya tak balas tu, I'm so sorry. InsyaAllah lepas ni active balik :)