Sunday, August 13, 2017

Bakal Mahasiswa USM!

Assalamualaikum

Related image

Sibuknya Ya Allah sebab nak kena settle macam-macam benda sebab aku bakal belajar di USM. Alhamdulillah. Pilihan pertama dalam UPU Online iaitu kos ukur bangunan. Jarak perjalanan dari USM ke rumah aku hanyalah 20 minit. Maka, nikmat mana lagi yang kau dustakan? :') Tahniah for those yang berjaya masuk universiti. Untuk yang tak, ingat, perancangan Allah lebih baik daripada perancangan kita.

Syukur sangat sebab dapat sambung belajar. Mak aku selalu pesan yang perempuan kena educated kalau tak kena tipu dengan orang senang. Boleh berdikari sendiri. Bukannya harapkan duit suami saja lepas kahwin. Walaupun aku masih muda hehe (20 tahun still young okay), mak selalu nasihat benda2 begini. Suruh buat kerja rumah, belajar memasak. Mak kata nanti kahwin pi rumah mak mertua nanti nganga ja. Taktau nak berkemas, taktau nak aprroach orang macam mana. Mak ajar benda macam ni sebab nanti mesti orang cakap macam ni, "Mak tak ajar ka?" Nama mak juga buruk guys. Jadi, ikut la cakap mak hahaha.

Tapi kadang2 rasa sambung belajar ni takda function juga. Sebab ada ja yang sambung belajar tapi takda kerja, pastu yang tak sambung belajar boleh ja dapat kerja elok2. Sepatutnya aku kena buang mindset macam ni. Typical melayu sangat. Semua usaha, rezeki, kerja, mati, even jodoh dah ditetapkan. So, just follow the flow and do the best la kan. Contohnya, aku ni tah dari mana tetiba sesat masuk STPM. Tak pernah jangka pun benda ni. Dah la batch aku, aku sorang ja masuk STPM. But im still proud kot sebab orang kata form 6 ni susah but how can I handle it untill the end? See. Semua ni telah ditetapkan. Allah takkan uji hambanya melebihi dari kemampuan hambanya =)

Macam2 persiapan dah buat macam buka buku bank, sspn, apply PTPTN, isi borang ini, isi borang tu. Penat sikit tapi at last mesti jadi senang. Sebab aku percaya dengan konsep bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Hee, falsafah sangat. Sekarang cuma nak apply barang untuk asrama nanti. Tapi rilek dulu, kabut-kabut nak pergi mana :')

Punyalah busy sampai tak sempat nak update blog. Kata nak jadi blogger pedoman ? :') Nak join giveaway pun rasa macam tergantung sepi ja hahaha. Kalau ada masa yang betul-betul lapang aku join la mana yang sempat. Komen2 hampa pun aku baru baca. Ada yang minta review Pencuci Muka Safi Manggis tu la. Im so sorry, I'll update as soon as I can.

Bye semua sebab nak makan roti marjerin gula. benda paling senang and sedap!!!!!!!

Monday, July 31, 2017

Berdebar

Assalamualaikum,

Lamanya tak update blog sebab demam, malas dan sedikit busy. 3 Ogos 2017 nanti result Upu untuk pelajar STPM akan keluar. Ya Allah , berdebar sangat sebab nanti kalau dapat jauh2 macam mana?

Aku sebenarnya tak reti bawa motor ka kereta ka. Sebab tu mak ayah aku risau kalau dapat jauh. Tapi kena pergi juga la. Takkan taknak sambung belajaq sebab u jauh kot? Nak kena smackdown dengan mak aku :') Tapi teringin juga nak belajar jauh sebab nak timba pengalaman. Bila lagi nak berdikari kan.

Jadi, pilihan pertama aku mesti USM guys. Tapi dengar cerita USM susah dapat asrama. Dah la rumah belah pulau mahal. haih. Kalau UUM pula, mesti aku kena study business. Walaupun aku skor A business masa STPM, tapi sebenarnya aku bukannya minat pun hahaha. Next choice ialah UTHM dan UTM. Yang ni dedua dekat Johor. Walaupun Johor ni kampung halaman aku, tapi kalau boleh nak elakkan sebab jauhh 😭😭 Semua u ada pro dan contra. InsyaAllah perancangan Allah itu hebat. Just follow the flow ja la kan.

Disebabkan aku duduk rumah ja sepanjang 9 bulan ni, perasaan nak keluar jejauh dari rumah jadi tebal. Balik kampung kejap ja dah rindu rumah. Tengok wayang Spiderman pun rindu mak. Hohoho inilah akibatnya manja sangat. Tapi InsyaAllah boleh handle ;)

Semoga hari 3 Ogos 2017 nanti dipermudahkan.

Amin.

Tuesday, July 18, 2017

BEAUTILICIOUS GIVEAWAY

Assalamualaikum,

BEAUTILICIOUS GIVEAWAY 17-27 JULAI 2017



JOIN BEAUTILICIOUS GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk BEAUTILICIOUS GIVEAWAY
2. ikuti syarat lain seperti entry SINI.
3. Letakkan link entry korang di SINI.


mini stationery giveaway by mirzasyazwina

Assalamualaikum,

Klik banner kalau nak join sekali =)

Senarai hadiah :

 -tiga file comel lotee
-pemadam warna-warni
-tiga keping sticker
-wooden clip set
-tiga batang pen
-dua notebook
-stapler
-board


Eee comelnya hadiah dia. Aku ni suka kumpul alat-alat tulis comel dari dulu lagi. Kalau pegi Mr.Diy ja mesti beli benda pelik2 yang comel. Lepastu sedih duit habis.


Semua hadiah di atas untuk seorang pemenang yang bertuah sahaja. Kalau ada rezeki mungkin saya? awak? Awak di sana? Awak di situ? InysaAllah.

Tarikh tamat : 5 Ogos 2017

Mek Zumbie's July PREOWNED Giveaway!

Assalamualaikum,

 Klik banner kalau nak join sekali =)

Baiklah untuk hadiah yang aku berminat ialah

1) Shawl/Tudung


Sebenarnya aku sangat kurang ada shawl. Sebab aku lebih suka bertudung bawal. Banyak orang anti tudung bawal sebab tak jadi la lembik la. Tapi sekarang aku selalu pakai shawl especially colour maroon, blue black dan coklat sebab aku ada 3 shawl ja hahahhahaha. Pakai shawl sebab malas nak iron sebab warna shawl tu gelap maka kedutan apa lagi kau dustakan? Kalau ada rezeki boleh la tambah koleksi shawl seperti di atas. Aku tertarik dengan shawl blue black ada munge kecik tu. Comel sangat. Boleh la buat gaya Elfira Loy nanti :')

2) Tali skipping dan taktahu la apa benda


Benda yang aku boleh nampak ialah tali skipping, yang rakan2nya entahlah tak pasti apa benda haha. Sebab Mek Zumbie pun taktahu nak panggil hadiah ni apa benda. Alright, tali skipping ni sesuai lah dengan penyegan macam aku yang nak kurus macam papan sterika, kaki macam popero tapi nak keluar rumah malas. Dengan adanya tali skipping merah ni, aku boleh skipping dalam bilik pastu buka kipas kuat kuat. Mungkin selepas seminggu peha sudah tidak bergesel sesama sendiri. Seluar yang lama longgar kambali. *Pergh macam pantun!!

Jadi itu lah hadiah yang aku aim. Selain perkara di atas, aku juga aim kasut. Tapi bila zoom saiz kasut tu 42. Sedihlah macam ni. Kasut tu nice gila. Apa-apapun goodluck diri sendiri. Bye!

Monday, July 10, 2017

Unboxing SGShop parcel 2.0 !

Assalamualaikum,


Amboi mengadanya siap ada 2.0. Yala, kepada sesiapa yang belum tengok aku unboxing my very first parcel from SGShop, you can read at here. Tapi kali ni aku malas sikit nak bandingkan antara gambar sebenar dengan apa yang aku dapat. 17 items weh, mampoh aku nak taip pepanjang. This is my second parcel out of 4 parcels from SGShop. Another 2 parcels tengah di sending ke Malaysia. Tapi bukan barang aku pun zzzz. Barang kakak aku dan anak menakan aku zzzz. I'm a good sister and also a good 'acu' hehehe.



Cantik sangat. Macam tema warna blog aku iaitu pink dan baby blue. Rasa macam nak bercinta dengan laptop sendiri :')


Laptop Stand - RM 15.97

Sebenarnya aku nak beli yang lebih canggih lagi, tapi bajet tak cukup haih. Beli yang ni pun okey la. Dah la ringan, boleh lipat pula tu. Warna pink, hehehe sama dengan keyboard protective. Matching-matching gituw untuk menarik minat aku yang semakin malas update blog.


Planner Book - RM 6.18
Colourful Pen - RM 6.88

Aku juga borong alat2 tulis. Sebab nak masuk universiti kan nanti (Amin!). Yang buku tu macam planner la nanti. Nak catat kelas bila ka, nota ka, no telefon orang ka. Tebal buku tu. Cover dia pun tebal. 100 muka surat tak salah aku. Yang pen warna-warni shomel-shomel tu sebenarnya pen warna-warni. Ada 10 pen jadi ada 10 warnalah. Yang pen hitam tu aku beli 1 kotak terus hahaha ada 50 batang :') Pen tu macam tak sangka gila jumpa dalam SGShop sebab aku ingatkan available dekat Mr.Diy ja :') Pen favourite sebab tulisan jadi lawa. Rasa macam jumpa jodoh sebab happy sangat jumpa pen ni balik hahaha.


Cleansing Brush - RM6.88

Beauty product mestilah ada guys. Fitrah wanita nak cantik saja kerja. Okay, yang matte eyeshadow tu sebenarnya sebab nak eyeshadow MATTE warna coklat ja. Sebab lagi nampak natural kalau pakai. Ingatkan kecil ja, sekali mai atudia besaq sama dengan planner book di atas haha. Pigmented tak? Pigmented kalau pakai jari hehe. Yang eyelash curler tu pula sebab nak malas pakai mascara, so pakai yang ni jala zzzz. Cleansing brush tu acah ja beli, padahal selasa lagi cuci muka guna jari haha.


Tote bag - RM 10.97
Sling bag - RM 20.14
Makeup travel bag -  RM 6.88

Hampa nampak tak tote bag? Ya Allah warna hitam sama dengan prop( prop sangat padahal tudung crepe) Tote bag ni untuk pergilah kelas la nanti bila masuk u nanti. Sebab rasa style pakai totebag hahaha. Sling bag tu pula terpengaruh dengan Nisa Kay punya tapi dia punya gambar kucing. Aku punya gambar rusa ke kancil entah. Tapi cantik dan berkualiti. Yang makeup travel bag tu pula 50 50. Sebab zip dia nampak murah sangat tapi still cantik sebab dia punya ruang bapak besar. Aku tak banyak makeup sebenarnya, aku punya skincare hehehe so nak memuatkan skincare aku tu, this beg will be the best one!


Pink shirt - RM 6.84
White Legging - RM 6.81

Untuk anak menakan , Rania. Baju pink suit her very well but that white legging....  ASTAGFIRUALLAHALAZIM haih jarang yak amat. Dia pakai pampers pun boleh nampak corak pampers tu. Dalam gambaq nampak elok. Tapi tula adat istiadat bila beli online. Tapi Rania gumbira, jadi Acu pun gumbira :')


Shoes - RM 17.92

Disebabkan lighting, kasut ni nampak buruk. Tapi tak pun. Kasut ni lawa dan selesa sangat, tapi rasanya aku order material lain which is...
韩国厚底沙滩魔术贴平底罗马百搭凉鞋女新款2017平底夏季学生女鞋

dan apa yang aku dapat...

韩国厚底沙滩魔术贴平底罗马百搭凉鞋女新款2017平底夏季学生女鞋

Tapi takpa, nasib aku jenis tak kisah. Asal sedap pakai sudah. Kalau aku makcik kiah, haaa aku whatsapp group Joyah, aku viralkan semua, biar satu Malaysia tahu. Nasib aku Fatinunnnn.


Black sweater -  RM 18.75
Loose jeans - (link not available anymore)

Aku harap hampa nampak la sweater demikian haha. Sweater ni dah la murah tapi kualiti tiptop gila. Tebal kot. Selesa pula tu. Yang jeans ni agaknya aku disuruh jadi budak hipster kot. Jeans ni atas buku lali which is trend sekarang kan. Tapi tu la, aku dengan trend umpama air dengan minyak. Tapi try ja la, hipster muslimah :')


Wide lens - RM 20.48

Memang meletop ah wide lens. Macam budak-budak duit senang melayang macam aku ni, boleh la beli. Dia macam gopro, tapi bukan gopro. Memang cun habis. Seharian aku tangkap gambaq guna wide lens ni. Jakun.


Hasilnya. Cantik kan sebab view dia lagi luas. Highly recommend untuk mereka yang suka bergambar macam aku!

Selesai unboxing 17 itemsssssss ya ALLAH mengantuknya. Ada lagi 2 parcel bakan diunboxing kan hehehe. Tunggu jangan tak tunggu. Haih ngantuk dah ni besok kena bangun awal. (Padahal tetiap hari kena bangun awal zzzzzz) Bye !

Sunday, July 9, 2017

Review : Syahirah Korean Secrets white Glow Night Cream

Assalamualaikum


Hari ni nak review pasal produk Syahirah. Produk Syahirah ni available dekat drugstore, Guardian, Watsons dan pasaraya yang terpilih. Dulu, kakak aku muka jerawat teruk sebab hormon. Dia pakai krim jerawat Syahirah yang warna oren kecik tu. Sekarang taktahu la Syahirah bawa keluar tak lagi produk tu. Tapi sekarang Syahirah bawa keluar produk baru. Syahirah Korean Secrets. Sesiapa teringin nak jadi macam Bok Joo, ya dipersilakan guna hehe. Sebenarnya, aku terpengaruh beli night cream Syahirah ni sebab mak aku kata kalau pakai night cream atau serum, hilanglah parut dekat muka tu. Jadi setelah survey, ternyata Syahirah juga jadi pilihan eden. ( jangan guna krim malam jenis kilo, nanti muka jerawat habisla sebab kandungan bahan kimia banyak sangat )

Syahirah
 Ada dua range ; White Glow Range dan Hydra Soft Range

  Beli dekat Guardian masa tengah promosi. Harga sebenar RM 24.50

Apa yang best pasal night cream ni?
  • Teksture light gila. Memang sesuai untuk orang yang ada oily skin dan combination skin. Highly recommended!
  • Tak melekit. Ada setengah krim malam jenis melekit buat kita tak selesa nak guna bila tidur.
  • Rasa sejuk ja bila pakai. Rasa muka dingin gila bila pakai. 
  • Besar gila! InsyaAllah tahan lama.
  • Boleh guna untuk teknik layering. Maksudnya layer pertama aku pakai moisturizer Aiken. Layer kedua aku pakai Night Cream Syahirah. Tak berminyak dan tak melekit sebab both of them light gila. Muka pun tak breakout. Tapi kena ikut teknik layering yang betul la hehe.
  • Kotak dan bekas dia cantikkkkkkk
  • Bau dia wangi gila sebab ada extract bunga Cherry Blossom, Lotus dan Camelia. Nak apa lagi? 3 bunga dia letak. Tapi, kalau sesiapa yang alergik dengan any frangrance/extract tak digalakkan guna ya.
  • Parut pudar. Jadi fungsi utama dia ialah mencerahkan muka. Jadi, disebabkan muka aku banyak parut, boleh nampak yang parut pudar sikit2. 
  • Bila bangun pagi, MASYAALLAH muka aku macam glowing sikit la hehehe Mungkin sebab night cream ni kot.
Apa yang tak best?
  • Kesan macam lambat,tapi takpa sebab laju-laju nak pi mana hahaha.
Entahlah, keburukan produk ni macam takda ja. Memang best krim malam ni.

Krim malam ni warna putih. Letak dekat tangan pun dah boleh rasa sejuk dia. Bila sapu rata, dia akan hasilkan macam air (rujuk gambar) Kemudian dap saja dekat muka. Tepuk2 dekat muka bagi dia serap. Memang mudah serap sebab krim tu dia bertukar macam air. Muka kita akan rasa sangat ringan.


Okay, hampa kena try krim malam ni sebab serius best. Tapi tak recommend untuk mereka yang berjerawat parah sebab better hampa rawat jerawat dulu dari hampa duk pulun bagi hilang parut. Sebab nanti jerawat susah nak sembuh pula sebab hampa duk fokus kot tempat lain.

Image result for SYAHIRAH KOREAN SECRETS WHITE GLOW ANTI-ACNE CLEANSING GEL 100G
 I'm gonna try this one like really soon. 

p/s : Aku kena tukar semua perkataan 'Syahirah' sebab aku tertulis 'Shahirah'. Haih.

Ini adalah review jujur aku. Tak ditaja serta menaja kehkeh. Lain orang lain muka. Maka, lain lah kesannya =)

Wednesday, June 28, 2017

Aidilfitri 2017

Assalamualaikum,

Dah raya ke 4, adil tak nak wish "Selamat Hari Raya" kat hampa semua? Ya Allah sibuknya time raya sebab beraya dekat rumah baru, jadi tetamu datang tak henti-henti. Sebagai anak perempuan, takkan la aku hanya menjamu mata melihat mak bersilat di dapur? Jadi, kena tolonglah sampai terlupa dekat blog ni huhu.

Raya Pertama


Ootd Raya hahaha. Ingatkan nak pakai bawal chiffon tapi tak sempat nak beli. Jadi pakai je la apa yang ada. Yang kereta tu sebenarnya kereta abang. Alkisahnya, dah tempah baju ni lama dah sebelum abang aku bawa keluar kereta ni. Tengok2 sama dengan tema tahun ni. Alahai, kereta pun nak sama tema.


Ini pula geng sepupu sepapat. Cari saya!


Sebenarnya gambar ni kena ambik dengan DSLR tapi terlupa bawa sdcard T.T Guna camera phone, gambaq jadi gelap gelita. Lighting tak elok T.T


Rumah aku dekat tengah tengah sawah padi. Jadi takda jiran tetangga. Maka perangai gila2 adalah perlu sebab takda mata yang memerhati hahaha. Belakang rumah aku ada sawah padi terbentang luas. Jadi kami semua turun la bendang duk buat syok tangkap gambar hahaha.

Raya Kedua


Pakai baju kurung lama sebab baju raya untuk raya kedua tak siap ya ampunnnn dugaan raya betul. Nasib bawa spare baju kurung cotton dekat rumah baru. Pakai yang tu ja la. Raya kedua mak aku masak soto. Tak sempat nak tangkap gambar sebab terlalu sibuk.  Ni pun sempat tangkap gambar sebab kawan aku datang. huhuhu.


Suraya teruja jumpa sawah padi hahaha.

Raya ketiga takda gambar sebab cuma family ja datang makan nasi jadi tak sibuk sangat. Tetamu pun tak datang sangat raya ketiga. Malam hari raya ketiga kami dah balik ke Penang. Sayonara Kedah. Ceh, padahal setengah jam ja dah boleh sampai Penang. Dekat sangat hahaha.

Kesimpulannya, raya tahun ni agak berlainan sebab raya rumah baru. Tak sabar nak pindah. Sebab dah bosan duduk Penang. Dan raya ni agak penat sikit sebab tetamu macam banyak sikit tapi takpa sebab raya kan. Bila lagi orang nak datang. 

Dekat sini aku nak ambik kesempatan nak minta maaf dekat sesiapa saja yang mungkin ada tersilap kata terguris hati. Aku minta maaf. Dan Selamat Hari Raya semuaaaaaaaa.

Wednesday, June 21, 2017

Baru nak layan kdrama Weightlifting Fairy Kim Bok Joo

Assalamualaikum,

Image result for bok joo weightlifting fairy

Orang lain yang peminat krama semua dah tengok drama ni. Tinggal aku sorang saja yang masih tergapai-gapai pulun nak tengok. Ka ada yang dok tergapai-gapai lagi? Takpa guys, tengok kdrama bukan satu keperluan. Boleh tengok time free, tapi jangan sampai abaikan tanggungjawab.

Memula aku malas nak layan kdrama ni sebab bagi aku kdrama sekarang tak menarik langsung. Masa STPM lagi la aku tak layan. Rasa macam malas nak layan sebab penat, nak tidur saja. Time nak STPM tengah dok hot cerita Goblin, W Two World pastu apa benda lagi tak tau hahaha lupa dah. Semuanya disebabkan aku tengok Goblin lepastu tak paham hahaha. Tapi aku rasa nak tengok balik la sebab banyak gila yang recommend drama ni. Sampaikan ada orang Indonesia tiru cerita ni. Tapiiii, aku rasa tertarik nak tengok Weightlifting Fairy Kim Bok Joo ni sebab aku tengok kakak aku tengok sambil tergelak-gelak. Dia macam mencabar suruh tengok sekali. Takkan tak tercabar guys tengok orang bergembira tengok kdrama? Mesti la kena tengok untuk gembirakan hati hak hak hak.

Jadi aku pun layan dari episod 1 la kan. Dalam masa 2 hari ja boleh habis, fuhh! Tapi nak tengok Al-Quran lama2 macam tu taknak pula :') Mak aku selalu berletiaq pasal benda ni. Deep juga makan dia. Bila usha balik pelakon utama lelaki tu, rupa2 nya dia pernah berlakon dalam School 2015! Rasa teruja terus sebab macam dah pernah kenal hahaha. Psycho gila. Tapi aku suka Bok Joo. Dia walaupun badan besar tetap yakin dengan diri dia sendiri. Dia tetap jadi diri sendiri. Cuma masa depan doktor yang dia suka tu, dia berpure-pure jadi perempuan terakhir korea haha.

**************************************************
Sinopsis Weightlifting Fairy Kim Bok Joo

Drama Korea ini terinspirasi dari kehidupan Jang Mi Ran, seorang atlet angkat besi Korea Selatan yang pernah meraih medali emas di Olimpiade dan tentang akademi para atlet yang berjuang untuk mimpi mereka dan menemukan cinta.
Kim Bok Joo (Lee Sung Kyung) adalah seorang mahasiswi di Hanwool College of Physical Education. Sejak kecil ia telah menunjukkan bakatnya sebagai seorang atlet angkat berat, hal itu mungkin dipengaruhi oleh sang ayah yang juga seorang atlet angkat berat.
Jung Joon Hyung (Nam Joo Hyuk) adalah sahabat Kim Bok Joo. Dia adalah seorang perenang tapi sejak dia didiskualifikasi dari acara internasional pertamanya, ia mengalami trauma. Bersama dengan Kim Bok Joo, dia mengatasi masalahnya dan menemukan mimpi dan cintanya.
Song Shi Ho (Kyung Soo Jin) adalah seorang pesenam yang juga kuliah di Hanwool College. Dia mulai belajar senam sejak usia 5 tahun dan pernah menjadi juara dalam ajang Asian Games pada usia 18 tahun. Sejak saat itu dia selalu menjadi yang terbaik namun tekanan mental menyebabkan dia putus dengan Jung Joon Hyung dan membuatnya menyesal.
**************************************************
Rasa macam nak belanja gambaq dari google. Saja buat entry ni jadi tak bosan macam Amir Raja Lawak.
Image result for bok joo weightlifting fairy
Yang ni lawak. Aku rasa laki tu memang ketaq teruk naik roller coster ka apa taktau. Yang perempuan tu rilek ja hahahah,
Image result for bok joo weightlifting fairy
Bagaimana JongSuk boleh terlepas kat sini? Dah la hensem :') Tapi sekejap ja muncul.
Image result for bok joo weightlifting fairy
Image result for bok joo weightlifting fairy
Related image
Kdrama ni antara yang thorbaek aku pernah tengok. Tapi serius aku jarang gila nak layan kdrama sebab malas download dan suka tidur. Suka tidur bukan sebab pemalas, tapi penat buat kerja rumah haha. Mak aku cukup pantang kalau duduk rumah tapi tidur siang malam tak tolong dia kemas rumah ka, masak ka. At least kena sibukkan diri masa siang. Kalau malam nak lena, pi la hang lena. Bagi dia, siang adalah masa untuk bekerja dan malam pula masa untuk berehat. Maka, beruntunglah mak mertua aku sebab aku sudah ditrain jadi rajin sejak kecil hak hak hak hak. 
Bagaimana boleh terlepas ke arah perbincangan mak dan anak?
Haih, nak raya dah ni. Hampa dah beli baju raya belum?

Monday, June 19, 2017

THE CARTIECA GIVEAWAY #2

Assalamualaikum,


klik banner kalau nak join =)

InsyaAllah , kalau ada rezeki tak ke mana pun. Jom join ramai2 =)

UPDATE!!

Saturday, June 17, 2017

Unboxing SGShop parcel! (Antara realiti dan fantasi)

Assalamualaikum,



Antara realiti dan fantasi? Maksudnya aku akan bandingkan apa yang aku beli dengan gambar yang ditunjukkan dalam laman web SGShop Malaysia. Adakah ia sama dengan apa yang ditunjukkan? Adakah kualitinya setanding dengan harga? Aku juga akan bagi rating, sebagai contoh, 3.5/5. Jadi, rating paling tinggi ialah 5. Dah macam juri. By the way, aku beli barang dari SGShop ni guna shopping credit sebanyak RM 200 yang aku dapat hasil join giveaway Kak Ayue Idris dan SGShop. Thank you so much! (i kennot la terharunya beli macam-macam tapi tak keluar duit kita pun T.T )

 Besar juga parcel ni =) Mari unboxing!

RM 39.58

Gambar dalam laman web SGShop


Apa yang aku dapat

Kasut ni ringan gila, sumpah cakap. Warna lawa dan takdalah nampak murah sangat. InsyaAllah tahan lama. Dapat free stokin lagi. Tapi stokin ni jenis yang pendek bawah buku lali. Maka aku bagi abang aku la :') Aku bagi 5/5 sebab best sangat.

RM 13.82

Gambar dalam laman web SGShop


Apa yang aku dapat

Weh kasut ni nice gila. Tapi tak boleh lawan dengan converse la kan. Tapi cutting dia, tapak dia semua nice. Tapak tebal jadi kalau pijak air insyaAllh tak masuk punya dalam kasut. Cantik sangat kalau pakai dengan seluar jean hehe. Aku bagi 4.8/5 sebab takda freegift hahahaha.

RM 13.75

Gambar dalam laman web SGShop

袜子男短袜夏季短筒低帮薄男船袜全棉男士纯棉袜春秋中筒运动棉袜

Apa yang aku dapat

Banyaknya stokin hahaha ni semua starter pack nak masuk universiti nanti guys. Beli siap2 tak kalut la sangat nanti. Dah la murah. Selesa pula tu. Ada 10 pasang dan setiap warna ada 2 pasang. Stokin ni macam aku dok pakai masa form 5 dulu. Memang best dan selesa sebab tak tebal sangat tak nipis sangat. Just nice. Panjang pun boleh tahan atas buku lali. Yang ni aku bagi 5/5 !

RM 20.76

Gambar dalam laman web SGShop

泊泉雅彩妆套装专业淡妆全套初学者持久防水化妆品学生新手正品女

Apa yang aku dapat

Mascara ja berjaya menarik perhatian aku. Yang lain biase-biase saja. Eyeliner warna tak mengacam ah. Celak kening warna tak berapa nak lekat. Contouring stick just okay la. BB cushion warna cerah gila hahahaha. Sebenarnya aku bukan nak beli pun makeup. aku cuma nak casing bb cushion tu ja sebab nak diy bb cushion sendiri. Barula sesuai dengan kulit muka. Tapi terbeli satu set ni pula haih. Nasib murah so takda sangat erti penyesalan di situ :'). Aku bagi 2.5/5 sebab mascara ja menarik dan kotak dia shomel sangat.

RM 10.97

Gambar dalam laman web SGShop

2016春新款韩版莫代尔开衫女外套针织衫长袖薄款防晒衣外套包邮

Apa yang aku dapat

Aku ingatkan cotton rupanya lycra jenis nipis tu. Tapi takdalah lekat badan. Tapi selesa gila walaupun kecewa dengan material dia. Serius selesa sebab kain dia sejuk. Yang ni muat2 ja dengan aku hahaha tak ketat tak besar sangat. Suka tapi benci sikit hahaha so aku bagi 3.9/5 je. Tapi sedap pakai walaupun nipis sikit.

RM 13.82

Gambar dalam laman web SGShop

春装纯色韩版开衫连帽卫衣宽松大码女士薄款学生简约棒球服外套潮

Apa yang aku dapat

Yang ni sebenarnya nak bagi dekat kakak aku tapi rasanya tak muat kot haha. Cutting semua okay cuma material kain ja macam keras sikit walaupun dia cotton. Maybe kena basuh dulu baru dia lembut sikit kot huhuhu. Aku bagi 4/5 untuk hoodie ni.

RM 19.44

Gambar dalam laman web SGShop

钱包女短款女士钱包日韩版可爱卡通猫咪三只拉链学生潮钱夹零钱包

Apa yang aku dapat

COMEL GILA HAIH KENAPALAH ADA KUCING 3 EKOR DEKAT SITU DAH LA WARNA PINK KAIN TEBAL ELOK HAIHHHHHHHHHHH YANG NI COMFIRM LA AKU BAGI 5/5 HAHAHAH HAMPA PI BELI LA YANG NI SEBAB COMEL DAN KUALITI TIPTOP GILA!!

btw, dia ada bagi card holder free. Boleh la letak sekeping kad hehehe. 

Short Chiffon Skirt in Black Colour (tak jumpa link la T.T)
RM 15.21

Gambar dalam laman web SGShop

短裙女2017夏季新款百搭A字裙防走光雪纺短裙大码高腰百褶半身裙

Apa yang aku dapat

Ehh kenapa beli skirt pendek? Sabar kalian. Yang ni ialah alternatif kalau pakai baju singkat pastu boleh pakai skirt ni dengan seluar jean ka apa ka. Nampak comel gitu hahaha. Ambik jenis chiffon sebab taknak material yang jenis lekat dekat badan so inilah pilihan. Tapi kain dia kasar sikit la. Tapi ok la. Nampak besar kan? Sebab aku ambik saiz XL huhuhu longgar la pulaaaaakkk ! Yang ni aku bagi 3.8/5

Ok yang tu ja la aku shopping. Semua total RM 147.35. Kira ok la sebab shipping kena RM 49.57. Nak dekat RM 200 tu. Hampa ada shopping tak lagi dari SGShop? Meh la kongsi sama-sama. Parcel ni nak sampai ke rumah aku ambik masa 23 hari saja. Kira sebulan ah. Itulah kena sabar sikit kalau guna sea shipping. 

Oh ya harga mungkin berbeza bila hampa dah submit order. Ala beza berapa sen saja. Tak jejas pun duit hampa. Kadang2 berat pun tak sama bila submit order dan bila arrived dekat china warehouse. Tapi takpa, small matter ja benda ni hahaha. By the way tengah tunggu lagi 2 parcel nak sampai ^_^ Tapi macam biasa ah sebulan juga nak kena tunggu pun. Tak sabarnya. Tapi kena sabar juga. Sabar ja la. Bye!

p/s : Hampa nak Perlashine percuma? Klik sini untuk join =)