Saturday, December 3, 2016

Bebel Sat

Assalamualaikum

Salam 3-1, hahaha Chelsea menang weh, apa2 pun, bola semakin rancak sekarang. Lamanya tak update blog sebab busy exam. Sekarang exam dah habis. Cuti 9 bulan weh! Sebenarnya exam habis selasa hari tu. Biasalah berjoli dengan kawan-kawan sebelum masuk kerja nanti. Nanti aku kerja dekat kamdar. Betul la payah gila nak cari kerja sekarang. Pergi kedai sana takda kosong. Kedai sini takda kosong. Semua full. Dah la aku takda experience kerja. Last choice aku dekat Kamdar je la. Tapi taknak sebab ada banyak wargaasing. Tapi hari tu aku pi takda pula warga asing indon bangla semua tu. Kebanyakkannya Malaysian ja semua. Mak aku cakap Malaysia takda duit sebab tu kena guna orang Malaysia jadi pekerja.

6 hb ni baru nak masuk kerja. Aku taktau ah macam mana keadaan dia nanti. Sebab aku first time kerja. Tak pernah aku kerja sebab mak aku kata aku tak matang. Aku kan anak bongsu :P Bukan apa kakadang aku fikir juga time ni la nak kena manja-manja dengan parents, nak kena gedik-gedik dengan parents, sebab dorang semakin tua bukannya semakin muda. So kena la hargai masa dengan dorang kan. Haih, rasa tak sanggup pula nak sambung belajar jauh jauh nanti :(

Satu lagi, lately ni aku banyak fikir pasal ex crush aku har har har. Siapa ja takda crush? Biar ja la benda dah berlalu biarkan berlalu. Haih macam mana boleh teringat ni. Move on fatin move on. Banyak benda lagi nak ingat. Tapi tu la kan mana boleh lupa crush 4 tahun punya crush last last disambar orang lain har har har har *gelak hambar*

Image result for stress girl tumblr

Pasal kerja tu pula basic dia RM1000. Pastu ada komisen lagi. Aku kan belum kerja lagi dah fikir macam2 apa nak beli. Melampau gila hahahah. Time ni la nak cantikkan diri har har har lagi. Time ni la nak beli makeup, skincare yang bagus punya, baju semuaaaaa laaa. Ish, tapi kena ambil lesen dulu sebab saya hanya pandai naik basikal sahaja. So sad gitchew.

Dah pukul 1.30 pagi. Inilah masanya untuk aku menghabiskan masa dekat youtube tengok tutorial makeup hahahahahah. Bye semua.


2 comments:

Shahida Dzulkafli said...

Bagus bila Fatin berusaha cari pengalaman dengan berkerja.. akak dulu pun macam Fatin gak... Baru dapat kerja da berangan nak buat apa dengan duit gaji.. hehehe..
Tapi elok kalau Fatin dulukan untuk ambil lesen.. Lesen tu penting.. satu lagi kalau ada duit lebih, elok Fatin amik kelas komputer.. Basic with sijil.. berguna bila nak kerja in future.. cuma cadangan dari akak.. hehehe

Unni Anje said...

selamat melangkah ke alam pekerjaan.. moga dipermudahkan