Thursday, December 22, 2016

Giveaway 5 years Blogging by Faezah Mdnor



Assalamualaikum. 

Giveaway ni kena cerita sikit. Jadi, kisahnya begini. 

Self-Positive When I Sad

Dulu masa aku form 4 aku dapat sekolah teknik. Dapat kos Mechanical Engineering. Time PMR aku dapat 3A 5B je. Tak cemerlang pun tapi taklah bodoh sangat hahaha. 2 minggu je aku sekolah dekat sekolah harian biasa. Dapatlah belajar Biology 2 minggu. Lepas tu aku pun masuk la sekolah teknik tersebut dan belajar Mechanical Engineering sampailah habis sekolah. Lepas result SPM keluar, aku pun apply la kos-kos yang layak dengan aku. Macam biasa la kos aku mestilah semua yang berkaitan dengan engineering. Aku apply politeknik dalam kos Mechanical Engineering in Manufacturing (Pembuatan). Result UPU pun keluar and aku dapat Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor. Jauh gila dari Penang sebab aku tinggal dekat Penang. At the same time aku ada apply UniKL. Kos Mechanical Engineering juga dan aku dapat juga dekat UnikL MFI, Bangi, Selangor. Sekali lagi, jauh dari Penang. Sebab apa aku persoalkan jauh semua ni? Sebab nanti parents aku nak kena tanggung tambang lagi, yuran, dan macam-macam lagi. Dah la aku tak pandai naik moto or kereta. Anak bongsu la katakan. And aku manja dan mengada-ngada sikit. Disebabkan semua tempat belajar aku dapat jauh, so aku tolak semua tawaran belajar. Sebab aku belum bersedia nak jauh dari family. 

Sedih sangat bila aku tengok semua kawan-kawan aku masuk Poli, UiTM, matrikulasi teknikal dan lain-lain. Semua belajar pasal Engineering. Lagi satu aku tolak semua tawaran tu sebab aku taknak bebankan parents aku sebab tahun tu kakak aku pun masuk U juga sambung degree. So kalau aku masuk mana-mana IPTA/IPTS, parents aku kena tanggung dua orang sekali. Susahla kan. Dah la time tu ada money problem. Tapi yang ni dorang tak tahu pun pasal ni. Malas cakap. Cakap pasal kawan-kawan tadi, sedih dan malu sangat. Sedih bila dorang upload gambar dalam ig semua tu. Hashtag tak payah cakap lah semua hashtag #futureengineer #engineertobe arghhhh stress aku time tu. Malu bila dorang tanya sambung belajar dekat mana, and aku jawab FORM 6. Rasa diri terasing sangat time tu. 

Macam mana boleh tergerak hati nak masuk Form 6? Lepas check tawaran dekat mana entah.


Ni haa tawarannya. Sorry kena padam nama penuh sebab takut kawan-kawan tau. I tell you I got no confident :(

Lepas dah check semua kebaikan, manfaat Form 6 ni dekat google, aku pun daftar la Form 6. Macam biasa la kan kena belajar dekat sekolah, kena ikut peraturan sekolah, kena pergi perhimpunan. Banyak yang merungut tapi aku okey ja sebab aku nak masuk Form 6 ni nak belajar betul-betul and nak cecepat sambung degree. Biasanya yang dapat matrikulasi takkan dapat tawaran form 6 ni dan macam tulah sebaliknya. For your information, batch aku dekat sekolah teknik tu takda sorang pun yang masuk form 6. Paling teruk, aku pergi balik sekolah tu ala konon-konon nak melawat la. Sebenarnya aku taknak pun sebab nanti mesti ada cikgu-cikgu yang tanya sorang-sorang  sambung belajar mana. Bila turn aku, aku jawab form 6. Ada yang 'oooo' , ada yang cakap 'belajar dekat mana-mana pun sama'. Yang paling teruk cikgu kaunseling aku cakap, 'Kenapa masuk Form 6? Kenapa tak tunggu rayuan ja? Form 6 susah. Minta la tempat lain.' Erghh time tu dah la depan kawan-kawan, dia boleh cakap macam tu. Macam form 6 ni takda masa depan yang cerah. Rasa malu, rasa sedih, rasa marah time tu tuhan ja yang tahu.

Sepanjang setahun setengah aku belajar dekat form 6 semua berjalan dengan baik. Dapat kawan baru, dapat sekolah baru, kena belajar benda baru. Dekat form 6 aku sambung kos business. Haaaa lari terus dari kos sebenar aku iaitu Mechanical Engineering. Sebenarnya, aku nak ambil sains tapi abang aku kata hang mampu ka bawa? Sebab masa SPM Chemistry aku hancur dan lebur. Dan aku tak suka subjek tu tapi malangnya subjek tu subjek wajib dekat semua aliran sains. So terpaksa la ambik kos business. Kena belajar Sejarah lagi gais. Subjek yang tak suka semua kena belajar balik. Tapi business ni benda baru la. Best la juga.  Aku masuk form 6 ni sebab kos belajar murah, dekat dengan rumah, dan jimat perbelanjaan. So, takyah la parents aku keluarkan duit banyak2 nak tanggung aku belajar.

Semenjak masuk form 6, aku asyik belajar je sebab nak skor setiap sem. Sem 1 aku dapat 3.08. Sem 2 pun aku dapat 3.08. Maintain. Tapi aku tak puas hati dengan result aku even ada orang cakap kalau STPM dapat result 3 pointer ke atas kira bagus la kononnya. Padahal sekarang banyak gila saingan. Semua orang pandai dan bijak. Masa belajar dulu (sem 1) , selalu sangat terfikir nak berhenti form 6 sebab susah nak carry. Kena struggle. Pernah masa tu  sebelum exam sem 1, ada tawaran Politeknik panggilan kedua. Aku dapat Politeknik Kulim, Kedah. Kos yang sama iaitu Mechanical Engineering in Manufacturing. Time tu aku tanya mak aku patut ke aku pegi. Mak aku cakap terserah la dekat aku. Ayah aku cakap takyah la sebab aku dah sambung form 6 kan so nak tukar pergi sana pula. Banyak kerja nak kena buat. Tapi time tu aku serupa orang gila dah. Barai gila fikir pasal future aku. At last, aku tak sambung juga Engineering. Sekali lagi sedih mengundang dalam diri. 

Tapi bila difikirkan balik, sebab aku tolak semua tawaran tu la aku boleh belajar tentang kehidupan. Kadang-kadang apa yang kita kejar, tak semestinya dapat. Apa yang kita belajar tak semestinya kita jadi apa yang dibelajar. Kan? Masuk form 6 ni macam-macam dugaan dia. Kau kena hadap mulut-mulut makcik yang suka gegosip ni. Dorang kata form 6 tempat orang bodoh belajar. Kau kena hadap kawan-kawan kau sembang kencang bila dorang ada unilife/studentlife. 24 jam update pasal final, kuiz, rumah sewa takda api la, roommate and macam-macam lagi. Tapi aku? Masih bersekolah. 

Jadi apa bendanya yang positivenya dari cerita sedih aku ni? (konon ja hahahaha) Positive dia ialah
  • Aku kena buat keputusan yang tepat setiap kali nak buat sesuatu.
  • Aku mula belajar sungguh-sungguh sebab taknak result STPM teruk lepastu tak dapat sambung degree lepastu kena ulang balik diploma. No. Aku taknak bazirkan masa dan wang cenggitu ja. kesian parents aku.
  • Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Aku masuk form 6, aku kena duduk dekat rumah so aku boleh la tengokkan mak dan ayah aku and tolong apa2 yang patut. Kan?
  • Jangan berangan, tapi kena berusaha. Kenapa? Jangan berangan kalau kau dah sambung belajar mechanical engineering since form 4 then bila besar kau comfirm akan jadi Engineer. Jangan ah berangan macam aku. Sedih tau.
  • Kawan ada, tapi sahabat jarang nak ada.
  • Persetankan semua orang yang cuba nak jatuhkan aku misalnya makcik2 yang suka gegosip tu. Dorang boleh cakap ja dari pagi sampai malam. Non-stop tapi tak boleh ubah apa2 keadaan pun kan? So kenapa nak ambik tahu?
  • Last, hidup kena diteruskan juga even kau rasa kau gagal dalam pelajaran or tentukan jalan kehidupan kau sebab InsyaAllah ada jalannyaaaaa *nyanyi

Itulah cerita sedih yang aku pernah alami selama ni. Maybe orang akan baca and cakap biasa la cerita macam ni sebab dorang tak lalui pun. Biasala, semakin meningkat umur ni, macam-macam yang kita kena uji. Dugaan hebat-hebat belaka. Tapi akan ada satu tahap, di mana kesedihan tu la yang angkat kita balik jadi orang yang sebenar. I mean orang yang sebenar ni macam apa yang sebenarnya matlamat hidup kita. Bayangkan kalau aku sedih sampau tak sudah. Tak sambung belajar la aku gamaknya. Menangis la sesorang dalam bilik sebab tak mampu nak sambung belajar. So, bila masuk form 6, dalam semester dua tu semuanya dahh terurus. Aku percaya ni semua jalan cerita yang Allah dah tentukan. So kita ni sebagai hamba teruskan je lah.  Aku cuba ambil positif setiap benda yang terjadi. 

Maaf sebab tulis panjang sangat sebab aku dah lama nak cerita pasal ni tapi tak ada kesempatan pula hehehehehe. Bye sumolang.

*update : 25 May 2017
----------- aku ada delete berapa part dalam story ni, tapi story aku masih boek untuk dibaca kahkahkah

Wednesday, December 14, 2016

Saturday, December 3, 2016

Bebel Sat

Assalamualaikum

Salam 3-1, hahaha Chelsea menang weh, apa2 pun, bola semakin rancak sekarang. Lamanya tak update blog sebab busy exam. Sekarang exam dah habis. Cuti 9 bulan weh! Sebenarnya exam habis selasa hari tu. Biasalah berjoli dengan kawan-kawan sebelum masuk kerja nanti. Nanti aku kerja dekat kamdar. Betul la payah gila nak cari kerja sekarang. Pergi kedai sana takda kosong. Kedai sini takda kosong. Semua full. Dah la aku takda experience kerja. Last choice aku dekat Kamdar je la. Tapi taknak sebab ada banyak wargaasing. Tapi hari tu aku pi takda pula warga asing indon bangla semua tu. Kebanyakkannya Malaysian ja semua. Mak aku cakap Malaysia takda duit sebab tu kena guna orang Malaysia jadi pekerja.

6 hb ni baru nak masuk kerja. Aku taktau ah macam mana keadaan dia nanti. Sebab aku first time kerja. Tak pernah aku kerja sebab mak aku kata aku tak matang. Aku kan anak bongsu :P Bukan apa kakadang aku fikir juga time ni la nak kena manja-manja dengan parents, nak kena gedik-gedik dengan parents, sebab dorang semakin tua bukannya semakin muda. So kena la hargai masa dengan dorang kan. Haih, rasa tak sanggup pula nak sambung belajar jauh jauh nanti :(

Satu lagi, lately ni aku banyak fikir pasal ex crush aku har har har. Siapa ja takda crush? Biar ja la benda dah berlalu biarkan berlalu. Haih macam mana boleh teringat ni. Move on fatin move on. Banyak benda lagi nak ingat. Tapi tu la kan mana boleh lupa crush 4 tahun punya crush last last disambar orang lain har har har har *gelak hambar*

Image result for stress girl tumblr

Pasal kerja tu pula basic dia RM1000. Pastu ada komisen lagi. Aku kan belum kerja lagi dah fikir macam2 apa nak beli. Melampau gila hahahah. Time ni la nak cantikkan diri har har har lagi. Time ni la nak beli makeup, skincare yang bagus punya, baju semuaaaaa laaa. Ish, tapi kena ambil lesen dulu sebab saya hanya pandai naik basikal sahaja. So sad gitchew.

Dah pukul 1.30 pagi. Inilah masanya untuk aku menghabiskan masa dekat youtube tengok tutorial makeup hahahahahah. Bye semua.