Thursday, November 10, 2016

Tips study last minute untuk pelajar STPM

Assalamualaikum,

Memandangkan aku ni bekas pelajar STPM, aku digalakkan untuk menyokong adik adik yang awal sem asyik tidur bila nak dekat final baru nak study. Takpa adik-adik, akak Fatin ada bagi tips yang berguna. Aku tau STPM ni susah dan complicated. Dia punya soalan tu macam tak pernah belajar walaupun dah belajar. Semua tips ni based on pengalaman aku la. Haih, nampak sangat aku ni pun jenis study last minute, tapi pointer maintain bro ahaks!

Tipsnya ialah :

1. Buat soalan past year
 Benda ni kan aku rasa semua orang buat kan. Selalunya bila nak final semua pakat belek past year. Ya, past year punya soalan ni memainkan peranan yang penting sebab kita boleh tau bentuk soalan dan jenis soalan yang akan ditanya. Kita juga boleh mengelakkan diri dari membaca topik yang sudah ditanya tahun sebelumnya ahhahahaha yang ni jangan duk buat la. Jangan pernah spot soalan. Soalan past year selalu berulang, lagi lagi soalan Pengajian Perniagaan dengan Bahasa Melayu.

2. Baca 2 kali
Tips ni sesuai untuk subjek yang perlu banyak baca macam Sejarah. Kalau yang ni kau buat latihan last minute mau patah jari engkorang. Beli la buku past year atau buku latih tubi yang ada soalan sekali dengan jawapan. So korang baca dulu untuk kali pertama. Tahap first ni korang akan dapat bayangan cerita atau konsep dia. Untuk yang kedua, prepare your highlight. Baca untuk kali kedua sambil highlight keywords yang penting. Contohnya,Pembesar berperanan mengutip cukai dan menjaga keamanan negeri. Nampak tak permainan dia? Sikap ingat secara tiba-tiba ketika exam mungkin akan timbul bila kita pakai tips ni.

3. Buat nota kecil
Aku tau kalau bab nota banyak orang mengeluh dan berputus asa. Bro dan sis STPM, engkorang cuma kena struggle setahun setengah sahaja walaupun hakikatnya engkorang struggle last minute sebenarnya. Buat nota dan buat nota. Untuk Sejarah, salin keywords yang korang highlight macam yang bagitau dalam tips kedua tadi. Yang subjek lain pun salin keywords ja. Buatkan nota satu kertas A4 satu bab. Kalau aku, nota yang aku selalu buat untuk 1 bab 1 A4 ni ialah Pengajian Perniagaan dan Bahasa Melayu. Nota ni nanti time korang berdebar-debar nak masuk dewan exam tu korang boleh baca cepat-cepat. Masuk otak ke tak masuk ke belakang cerita. Kalau boleh jadi orang yang terakhir masuk lewat dalam hall exam. Tapi sebelum exam start la kan. Nanti aku share macam mana aku buat nota, InysaAllah.

4. Jangan spot soalan
Jangan disebabkan masa kau semakin suntuk,kau mula spot soalan itu ini. Jangan jangan dan jangan. MPM dia ada banyak style nak keluarkan soalan. Kadang-kadang soalan tahun lepas pun dia ambil weh. Serius kot ! Cuba korang check soalan pengajian perniagaan. Soalan dia berulang. Soalan sejarah pun sama. Pengajian perniagaan pun sama. Kadang-kadang out of topik pula soalan dalam exam. Tak sama langsung dengan apa yang kita belajar sebelum ni. So jangan spot, study keseluruhan bab okay.

5. Cuba cari suasana yang sesuai untuk belajar
Suasana belajar penting sebab dia memainkan peranan terhadap kefokusan kita. Kalau kau boleh study dalam McD takpa teruskan. Hebat. Study sambil belajar dengan bising. Aku tak boleh ah. Aku kena juga study dalam bilik aku. Kalau kau boleh study sambil tengok tv, takpa teruskan juga. Cuba cari suasana yang sesuai. Suasana yang bila engkau belajar semua masuk berdesup-desup tanpa henti.

6. Jauhkan diri dari sosial media.
Tolong jauhkan. Tolang off kan. Tolong uninstall kan. Korang akan tau hasilnya bila engkau buat :) Masa akan jadi lebih panjang dan rasa hari korang akan rasa terbuang sangat sebab takda benda nak buat sebab korang asyik perabih masa dengan handphone, tab, laptop dan seangkatannya.

Alright, itulah tips yang selalu aku guna pakai sama ada real exam ataupun trial exam.Tapi aku taktau la berkesan ke tak kan dekat korang.Inilah anak muda zaman sekarang, awal sem taknak study, akhir sem baru nak struggle :'))Tapi yang penting pointer aku tetap 3.00 ke atas. Cuma sekarang taktau result keseluruhan lagi. Next year baru tau. TOLONGLA WISH GOODLUCK HAHAHAHAHA. Bye semua !

4 comments:

Nabila Syifa said...

Semoga tercapai hajat

Siti Syilah said...

Subjek yang kak Fatin ambil sama dengan saya :D

The Human said...

@Nabila Syifa thank you awak :)

The Human said...

@Siti Syilah
Goodluck STPM sem 1 ! Jangan berhenti ! :)