Monday, November 14, 2016

Dulu tak takut lipas, sekarang ....

Assalamualaikum

Haa lepaskan stress kejap dari study. Aku tengah study Pengajian Am sem 1 sebenarnya ni. Rabu ni exam. Goodluck siapa yang ulang macam aku ni. Engkorang yang ulang pun sebenarnya tak boleh nak go kan PA sem 1. Haahahha aku tak masuk langsung dalam otak. Tapi takpa, akan ku usahakan dengan sebaik mungkin.

Image result for lipas terbang

Nak cerita pasal lipas ni, apa masalah lipas ni. Dua tiga menjak ni banyak gila lipas dalam rumah aku. Nak kata bilik bersepah ke apa, takdalah bersepah mana sebab aku kan menantu pilihan mak-mak di Malaysia ni. Acewah. Korang bayangkan lah tengah study lipas terbang atas kepala. Mau tak jerit aku pukul 12 malam tu, keluar bilik ada satu lagi lipas dekat ruang tamu. Sumpah tak faham, lipas ni dia ada masalah hutang ke cemana ni?

Dulu aku tak takut pun lipas ni. Malahan lebih berani dari sekarang. Pegang lipas yang masih hidup merupakan perkara biasa bagi aku. Namun sekarang kenapa boleh takut macam lipas tu ular :')) Mungkin sifat keayuan dalam diri aku semakin membuak-buak. Mungkin sifat ketakutan yang utuh pada seseorang gadis terhadap lipas semakin menebal. Adakah ini petandanya aku akan jadi perempuan yang ayu? Maigod.

Semenjak kejadian lipas tu,  aku seram sungguh masa study. Mesti kena berjaga-jaga tengok keadaan sekeliling. Mana tahu lipas terbang dari bawah katil lalu menusup ke atas buku. Mana tahu time nak guna pemadam, terpegang lipas ke. Lipas ni puaka gila. Apalah masalah dia dengan aku. Kacau la time aku tak study ke apa ke. Dah la aku study Sejarah time tu, bila menjerit, habisla segala ilmu dijeritkan sekali lalu terkeluar sedikit.

Nampaknya cerita pasal lipas macam dah nak berakhir sebab aku rasa macam nak tidur. Mengantuk study tadi. Dah la, bye semua. jangan sampai lipas merosakkan exam anda.

2 comments:

roshidayahdayu said...

hahahaha mungkin sis lebih bergadis tu yang tibe tibe takut lipas =P

Fatin said...

@roshidayahdayu ahak ahak maybe kot :P