Thursday, November 10, 2016

Dah habis STPM 2016.

Assalamualaikum.

Yeah ! Dah habis juga STPM ni. Setelah setahun setengah struggle, finally hari yang dinanti sudah tiba. Tamat sudah semester terakhir. Aku la kan hm aku tak rasa sedih langsung sebab aku memang tak suka pergi sekolah. Dah la aku kena naik van sekolah. Van sekolah dah selalu lambat. Ambil pun lambat. Jadi bosan gila ah pergi sekolah. Korang jangan ikut perangai macam aku.

Masa STPM aku ambil 4 subjek. Pengajian Am, Pengajian Perniagaan, Sejarah(paling meluat) dengan Bahasa Melayu. Subjek yang aku tak boleh pi sekali Sejarah la. Sampai sekarang aku duk menyesal kenapa lah aku pilih Sejarah. Aku ni bukan yang jenis minat membaca. Nak hafal lagi la. Macam mana nak skor pun aku taktau. Kadang-kadang soalan yang aku baca pun tak keluar. Tapi tadi jawab Sejarah sem 3 so far so good. Takda la merana sangat macam sem 2. Sem 2 aku kurang fokus sebab busy dengan kerja kursus yang memeningkan. Sekali lagi, jangan tiru perangai macam aku.

Banyak orang kata STPM ni susah. Sabar kejap, aku pun dulu macam tu. Tapi kita kena struggle la kan. Mana boleh kau harapkan bulan jatuh ke riba kalau kau tak study, tak buat nota, tak buat pastyear, pastu kau membebel duit banyak habis sebab kena repeat paper. Orang repeat paper sebab nak perbaiki gred macam B+ ke A misalnya. Masuk form 6 mana boleh main-main bro. Kena serius. Kena ada semangat. Kena ada matlamat.

Ingat, form 6 ni jalan singkat untuk masuk universiti, bukannya jalan yang panjang untuk masuk univerisiti.

2 comments:

Siti Syilah said...

Wah senior rupanyaaaa. Good Luck kak Fatin :D

The Human said...

@Siti Syilah
thank youuu :) <3