Monday, November 21, 2016

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE | Day 5 - A Book Review.

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan, aku ni bukanlah peminat buku ke apa. Jarang gila aku nak baca buku. Tapi ada la suatu ketika dulu, masa dh habis SPM kan. Dah la tak kerja, so banyak masa yang diperhabiskan dengan melakukan perkara yang sia2 seperti stalk crush, stalk crush dan stalk crush. So, aku ingat nak baca la novel. Saja try kan. Terlekat pula novel cintan cintun ni. So aku nak review pasal novel ni.



Bila Dah Suka


Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?

Sebelum ini, sudah dua kali.  Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah...  Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.

‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.

----- Cerita ni best. serius best. Siapa yang rasa dia suka membaca tu, boleh la try baca novel ni. Sweet pun sweet. Takdala bosan sangat. Hewhewhew.


p/s tak paham la kenapa font aku ada yang kecik ada yang besar :(((