Sunday, November 20, 2016

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE | Day 4 - A Tutorial.

Assalamualaikum.
.
Nak ajar buat nasi goreng orang bujang la. Sebab ia sangat senang dan mudah dan cepat. Dak dak belasan tahun pun boleh buat gais.

Bahan2nya ialah :

  1. 1 mangkuk nasi
  2. 2 ulas bawang merah (kena tumbuk bagi lumat)
  3. 3 ulas bawang putih (tumbuk juga bagi lumat)
  4. 4 batang cili padi (tumbuk sekali)
  5. Sos tiram secukup rasa
  6. Kicap secukup rasa
  7. Sos cili secukup rasa
  8. Lada putih secukup rasa
  9. Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya ialah :

  1. Panaskan minyak. Minyak letak sedikit sahaja.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi.
  3. Bila dah keluar bau tu, tuang sos cili, kicap dan sos tiram secukup rasa.
  4. Lepas tu letak la nasi gais. Kacau sampai sebati.
  5. Taruk garam dan gula sikit bagi rasa-rasa ja.
  6. Letak lada kalau nak rasa macam ramen.


Gais, your nasi goreng bujang is ready to be eat ! Hahahahahahaahaha.

ni la gais nasi goreng bujang.

Ye la kan, aku tau la semua sebenarnya dah pandai masak kan. Tapi ada insan yang masih taktau masak. So aku bagi la resepi beshe-beshe dekat engkorang yang masih tidak tahu masak nasi dengan lancar.

See ya next challenge ! Bye.

No comments: