Wednesday, November 16, 2016

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE | Day 1 - 5 Facs About Yourself.

Assalamualaikum.

Hari ni merupakan hari pertama challenge. 5 Fakta Tentang Diri Sendiri. Aku siapa la engkorang semua nak tahu kan. Bukan Ayda Jebat jam di dinding terus berdetak ah. Tapi mari la tahu sikit-sikit tentang diri aku ni.

1. AKU TAK SUKA MEMBACA 

Ye ke?

 Terus terang la nak habaq, aku dengan buku, novel dan sejenisnya umpama air dengan minyak. Dia tak bersatu beb! Dia macam tak masuk. Aku memang tak suka membaca sejak kecil lagi. Bagi aku membaca merupakan perkara yang membosankan. Tapi aku kekadang suka mengambil langkah tak betul seperti mengambil subjek Sejarah dalam STPM sedangkan subjek tersebut memerlukan pembacaan yang banyak. Engkorang bayangkanlah buku tebal tebal kena baca, last last nak kena jawab 4 soalan ja :'))) Merana tahu.

2. AKU TAKDA KEYAKINAN DIRI
Di saat hampa semua baca post ni mesti hampa ingat aku ni sejenis yang berani melontarkan suara di depan orang ramai. No no no. Akulah makhluk yang paling payah nak cakap-cakap ni. Aku nak pergi ke kaunter nak bayar apa-apa pun aku suruh kawan aku cakap. Nak order pun suruh dia. Nak masuk kedai pun suruh dia dulu. Nampaknya beginilah seterusnya bila aku dah kahwin hahahaha semua suami aku kena buatkan. Kenapa keyakinan diri rendah? Sebab aku tak cantik hahahaha em ye la kan.

3. AKU SUKA PAKAI TUDUNG BAWAL DARI SHAWL

Kan lawa pakai bawal ahak ahak ahak

Ada fakta mengatakan banyak lelaki suka tengok perempuan pakai tudung bawal dari shawl? Beneren ke? Aku pun tak tahu kenapa aku boleh minat tudung bawal. Jenis kangaroo pula tu. Dalam sekolah aku semua pakai tudung bawal crepe, aku sorang ja berkangaroo. Tapi takpala, old fashion ahak! Depa kata tudung bawal kangaroo ni payah nak jadi la, lembik la. Kalau bawal crepe ni payah nak selimpang sebab dia keras sikit. Ya berbawal pula dah aku ni haih.

4. BERAT 45 KG TAPI BADAN BERISI
Yang ni kenapa entah. Berat aku 45 kg-47kg ja selalu. Tapi badan aku selalu nampak berisi. Peha pun besar. Betis pun besar. Sekarang asyik pakai palazzo ja nak cover ahaha. Aku pun tak faham sebenarnya. Kawan aku yang berat 50 kg tu badan dia kurus elok ja. Tapi aku? Haih haih aku duk pelik lagi sampai sekarang

5. AKU SUKA MENYANYI
tapi suara macam katak. Pernah suatu ketika aku rakam suara aku nyanyi. SubhanaAllah :') Takkan aku rakam lagi. Suara takda langsung nilai penyanyi. Aku memang suka menyanyi di mana-mana sahaja. Dalam tandas, masa study, masa makan, masa jalan depan crush. Allah, apa nak jadi ni. Hahahaha sekarang pun aku tengah nyanyi lagu Selamanya Cinta.

Baiklah itulah serba sedikit tentang aku. Aku yang hambar dan selalu berada di dalam kancah kebosanan. Baiklah, hamba yang bosang ni nak mengundur diri kejap, jumpa next challenge !

Bye.

6 comments:

sviors said...

1, 2 and 3 samalaa kita hahaha. *highfive*
Terima kasih sudi join challenge nih :)

Fatin said...

@sviors hahaha sama -sama. Eh sama pula fakta hahaha

Unni Anje said...

yeah jumpa geng !!! no 1 dan 3 sama :P

btw salam kenal :)

Shahida Dzulkafli said...

Unik..

Fatin said...

@Unni Anje
hahaha banyak juga yg tak suka membaca ni. Salam kenal juga :)

Fatin said...

@Shahida Dzulkafli
Biasa-biasa sahaja :)