7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE | Day 7 - A Blog Review

Assalamualaikum.

Ini adalah first time aku buat blog review. Kekadang naif gak aku ni. Dia macam blur tapi acah acah tahu semua benda. eh takdalah. Mengikut penganjur challenge, kena review blogger favourite. Em, blogger favourite aku mestilah Fatin Liyana gais. Siapa ja tak kenal dia ni? Kalau tak kenal boleh je sergah blog dia sekarang.



Blog dia simple je. Gaya penulisan dah la hebat. Sempoi je kan. Aku suka gila stalk dia ni har har har. Pathetic gila. Kalau aku bosan ke apa aku selalu je stalk blog dia. Boleh terhibur sesorang kot hehehehe.

Blog dia best sebab :
  • Gaya penulisan dia tak bosan
  • Ada gambar yang banyak dan best
  • Ada cerita pasal travel dia pergi ke korea la india la
  • Ada fashion tips!
  • Ada pasal study tips! 
  • Dia cantik gila.
  • Dia kelakar.


Aku rasa semorang kenal dengan Fatin Liyana ni. Nama Fatin ni memang kelakar ke? Eh? Hahahah. Tapi sekarang dia lamaaaaaa gila tak update blog. Maybe sebab busy kerja. Dia kan dah jadi doktor sekarang. Lagi2 dah kahwin sekarang. Ada anak. Nama Ajda. Shocute you know. Muka macam Fatin Liyana ni juga.


'Ya Allah ya tuhanku, permudahkanlah urusanku, murahkanlah rezekiku, kuatkanlah ingatanku & kurniakanlah aku kecerdikan akal fikiran. Sesungguhnya memudahkan perkara yang susah amatlah mudah bagimu Ya Allah..amin'

Aku paling suka doa ni. Kak Fatin yang share dalam blog dia. Boleh amalkan. Hehehehe.

---- Habis jua challenge ini. Engkorang macam mana? Habis ke belum?

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE | Day 6- Random Post

Assalamualaikum


Inikan random post kan. So, nak tanya ni....

MACAM MANA NAK BAGI HILANG PARUT JERAWAT DENGAN JERAWAT KECIK-KECIK DEKAT PIPI SAHAJA. KENAPA JERAWAT TUMBUH DEKAT PIPI SAHAJA :( 

---- Kenapalah jerawat naik dekat pipi ja. Ada parut pula tu. Dah tu atas parut tu ada jerawat pula tu. erghhh :(


7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE | Day 5 - A Book Review.

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan, aku ni bukanlah peminat buku ke apa. Jarang gila aku nak baca buku. Tapi ada la suatu ketika dulu, masa dh habis SPM kan. Dah la tak kerja, so banyak masa yang diperhabiskan dengan melakukan perkara yang sia2 seperti stalk crush, stalk crush dan stalk crush. So, aku ingat nak baca la novel. Saja try kan. Terlekat pula novel cintan cintun ni. So aku nak review pasal novel ni.



Bila Dah Suka


Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?

Sebelum ini, sudah dua kali.  Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah...  Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.

‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.

----- Cerita ni best. serius best. Siapa yang rasa dia suka membaca tu, boleh la try baca novel ni. Sweet pun sweet. Takdala bosan sangat. Hewhewhew.


p/s tak paham la kenapa font aku ada yang kecik ada yang besar :(((

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE | Day 4 - A Tutorial.

Assalamualaikum.
.
Nak ajar buat nasi goreng orang bujang la. Sebab ia sangat senang dan mudah dan cepat. Dak dak belasan tahun pun boleh buat gais.

Bahan2nya ialah :

  1. 1 mangkuk nasi
  2. 2 ulas bawang merah (kena tumbuk bagi lumat)
  3. 3 ulas bawang putih (tumbuk juga bagi lumat)
  4. 4 batang cili padi (tumbuk sekali)
  5. Sos tiram secukup rasa
  6. Kicap secukup rasa
  7. Sos cili secukup rasa
  8. Lada putih secukup rasa
  9. Garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya ialah :

  1. Panaskan minyak. Minyak letak sedikit sahaja.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi.
  3. Bila dah keluar bau tu, tuang sos cili, kicap dan sos tiram secukup rasa.
  4. Lepas tu letak la nasi gais. Kacau sampai sebati.
  5. Taruk garam dan gula sikit bagi rasa-rasa ja.
  6. Letak lada kalau nak rasa macam ramen.


Gais, your nasi goreng bujang is ready to be eat ! Hahahahahahaahaha.

ni la gais nasi goreng bujang.

Ye la kan, aku tau la semua sebenarnya dah pandai masak kan. Tapi ada insan yang masih taktau masak. So aku bagi la resepi beshe-beshe dekat engkorang yang masih tidak tahu masak nasi dengan lancar.

See ya next challenge ! Bye.

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE | Day 3 - Appreation Post (Artist)

Assalamualaikum

Siapa ja tak suka artis gais? Siapa ja? Seperti gadis-gadis lonely macam aku ni asyik sangat duk ada artis peberet. And my favourite artist belongs tooooooooooo abe Beto la boh. Aku sendiri tak pasti kenapa la aku suka sangat dia ni. Muka hitam manis tapi hensem. hahahaha melayu tulen ni. Lepas tu kalau dia berlakon dia suka guna kata panggilan 'saya' dan 'awak' Maigod! Cair gila. Aku suka suka suka suka suka suka gila lakonan dia ! 5 bintang aku bagi. Superb !

Image result for beto kusyairy

AKU ADORE GILA DIA NI 
HAIH

Tapi itu la kan, adore adore juga, jangan lupa bahawasanya dia dah kahwin. Haa jangan calas suami orang. Jangan jadi perampas. Jadi peminat boleh. Sejak bila ja aku minat Beto Khusyairi ni? Aku minat dia masa dia berlakon cerita Instanbul Aku Datang. Pergh ! Pergh ! Menusuk kalbu beb! Dia punya mata tu aduhhh aku tak boleh ah. Tolong ah sedarkan aku.

Image result for beto kusyairy

Sebab abe berbakat boh, bab tu abe layok meneng ! Abe kacok abeh ah pake baju melayo ni.

Image result for beto kusyairy

"Abe ni penembok ke? Patut ah hati adek dok raso macam keno tembakan cinto."

Maafkan aku kerana agak gedik.

Tapi sekarang macam Hisyam Hamid pun hensem tapi lakonan beshe-beshe ja ahak ahak.

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE | Day 2 - A Movie Review

Assalamualaikum.

Pasal movie ni bukan aku nak perlekehkan cerita-cerita melayu ni tapi kan aku lebih tertarik dekat hindustan. Why la Fatin? Baiklah review pasal cerita Om Shanti Om.


Aku rasa semua orang tambah tambah lagi hindustan lover mesti tau cerita ni. Dia macam cerita hantu tapi tak berapa nak seram. Siapa yang berlakon? Ahhh mestilah abang aku iaitu abang Shah Rukh Khan, Arjun Rampal, Deepika apatah dan pelakon ekstra yang lain. Character yang paling aku suka mestilah abang Shah Rukh. Dia memainkan dua peranan dalam cerita ni. Dia macam kelahiran semula la.

Image result for om shanti om

Aku paling suka lagu dia, yang bawah chandelier tu. Perghh ! Tengok banyak kali pun tak bosan. Rasa teruja dia tetap sama. Tapi Arjun Rampal dalam cerita ni jahat. Padahal dia hensem. Kenapa kena jadi jahat? Kenapa yang hensem ja kena jadi jahat? :( Nasib ada Shah Rukh Khan.

Aku ada banyak ja cerita yang aku suka macam Ada Apa Dengan Cinta 1 dan 2 (cerita legend dak dak 90 an), Instanbul Aku Datang, Love, Nora , dan banyak lagi. Tapi aku pilih Om Shanti Om sebab Om Fatin Om. hahahaha

Bye semua,

see ya next challenge !

*update*
---aku sebenarnya tak tahu review movie ni macam mana, aku tengok blogger lain siap bagi sinopsis bagai. aku macam ni je, takpa. akan diperbaiki pada masa akan datang hewhew.

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE | Day 1 - 5 Facs About Yourself.

Assalamualaikum.

Hari ni merupakan hari pertama challenge. 5 Fakta Tentang Diri Sendiri. Aku siapa la engkorang semua nak tahu kan. Bukan Ayda Jebat jam di dinding terus berdetak ah. Tapi mari la tahu sikit-sikit tentang diri aku ni.

1. AKU TAK SUKA MEMBACA 

Ye ke?

 Terus terang la nak habaq, aku dengan buku, novel dan sejenisnya umpama air dengan minyak. Dia tak bersatu beb! Dia macam tak masuk. Aku memang tak suka membaca sejak kecil lagi. Bagi aku membaca merupakan perkara yang membosankan. Tapi aku kekadang suka mengambil langkah tak betul seperti mengambil subjek Sejarah dalam STPM sedangkan subjek tersebut memerlukan pembacaan yang banyak. Engkorang bayangkanlah buku tebal tebal kena baca, last last nak kena jawab 4 soalan ja :'))) Merana tahu.

2. AKU TAKDA KEYAKINAN DIRI
Di saat hampa semua baca post ni mesti hampa ingat aku ni sejenis yang berani melontarkan suara di depan orang ramai. No no no. Akulah makhluk yang paling payah nak cakap-cakap ni. Aku nak pergi ke kaunter nak bayar apa-apa pun aku suruh kawan aku cakap. Nak order pun suruh dia. Nak masuk kedai pun suruh dia dulu. Nampaknya beginilah seterusnya bila aku dah kahwin hahahaha semua suami aku kena buatkan. Kenapa keyakinan diri rendah? Sebab aku tak cantik hahahaha em ye la kan.

3. AKU SUKA PAKAI TUDUNG BAWAL DARI SHAWL

Kan lawa pakai bawal ahak ahak ahak

Ada fakta mengatakan banyak lelaki suka tengok perempuan pakai tudung bawal dari shawl? Beneren ke? Aku pun tak tahu kenapa aku boleh minat tudung bawal. Jenis kangaroo pula tu. Dalam sekolah aku semua pakai tudung bawal crepe, aku sorang ja berkangaroo. Tapi takpala, old fashion ahak! Depa kata tudung bawal kangaroo ni payah nak jadi la, lembik la. Kalau bawal crepe ni payah nak selimpang sebab dia keras sikit. Ya berbawal pula dah aku ni haih.

4. BERAT 45 KG TAPI BADAN BERISI
Yang ni kenapa entah. Berat aku 45 kg-47kg ja selalu. Tapi badan aku selalu nampak berisi. Peha pun besar. Betis pun besar. Sekarang asyik pakai palazzo ja nak cover ahaha. Aku pun tak faham sebenarnya. Kawan aku yang berat 50 kg tu badan dia kurus elok ja. Tapi aku? Haih haih aku duk pelik lagi sampai sekarang

5. AKU SUKA MENYANYI
tapi suara macam katak. Pernah suatu ketika aku rakam suara aku nyanyi. SubhanaAllah :') Takkan aku rakam lagi. Suara takda langsung nilai penyanyi. Aku memang suka menyanyi di mana-mana sahaja. Dalam tandas, masa study, masa makan, masa jalan depan crush. Allah, apa nak jadi ni. Hahahaha sekarang pun aku tengah nyanyi lagu Selamanya Cinta.

Baiklah itulah serba sedikit tentang aku. Aku yang hambar dan selalu berada di dalam kancah kebosanan. Baiklah, hamba yang bosang ni nak mengundur diri kejap, jumpa next challenge !

Bye.

7 DAYS, 1 WEEK BLOG CHALLENGE


Assalamualaikum. 

Ya, budak budak bosan macam aku, jenis yang lonely 24/7 selalunya kekeringan idea nak tulis apa dalam blog ni. So, aku rasa nak try challenge dari SA-VIORS ni. Apa benda ni SA-VIORS ni? Macam unik pula nama blog dia. Kalau blog aku? Fatin. Ah nama pun dah bosan.

Macam ni la kengkawan semua.

Marilah join kalau korang jenis kepala kosong taktahu nak buat apa kan.

Baiklah saya join !




GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT

Assalamualaikum.

Jom join giveaway by Kak Mashitah Mamat . Hadiah utama ialah Vitamin C dari Shaklee. Jangan risau produk ni selamat 100%. Aku juga pernah try shaklee ni sebab ada masalah kulit. Tapi biasalah dak dak bawah umur dan naif macam aku ni mana nak ada duit nak beli selalu hahahaha haih. 



Apa yang menyebabkan aku membuat aku membuak-buak nak join giveaway ni? Sebab tarikh last dia 15 Disember. 17 Disember InysaAllah kak Mashitah bagitau pemenang giveaway ni. Masalahnya 16 Disember ni birthday aku hahahahahahaha. Kenod imagine ah dapat shaklee sebagai hadiah. 

Bye.

Semoga Fatin menang *eh*

Dulu tak takut lipas, sekarang ....

Assalamualaikum

Haa lepaskan stress kejap dari study. Aku tengah study Pengajian Am sem 1 sebenarnya ni. Rabu ni exam. Goodluck siapa yang ulang macam aku ni. Engkorang yang ulang pun sebenarnya tak boleh nak go kan PA sem 1. Haahahha aku tak masuk langsung dalam otak. Tapi takpa, akan ku usahakan dengan sebaik mungkin.

Image result for lipas terbang

Nak cerita pasal lipas ni, apa masalah lipas ni. Dua tiga menjak ni banyak gila lipas dalam rumah aku. Nak kata bilik bersepah ke apa, takdalah bersepah mana sebab aku kan menantu pilihan mak-mak di Malaysia ni. Acewah. Korang bayangkan lah tengah study lipas terbang atas kepala. Mau tak jerit aku pukul 12 malam tu, keluar bilik ada satu lagi lipas dekat ruang tamu. Sumpah tak faham, lipas ni dia ada masalah hutang ke cemana ni?

Dulu aku tak takut pun lipas ni. Malahan lebih berani dari sekarang. Pegang lipas yang masih hidup merupakan perkara biasa bagi aku. Namun sekarang kenapa boleh takut macam lipas tu ular :')) Mungkin sifat keayuan dalam diri aku semakin membuak-buak. Mungkin sifat ketakutan yang utuh pada seseorang gadis terhadap lipas semakin menebal. Adakah ini petandanya aku akan jadi perempuan yang ayu? Maigod.

Semenjak kejadian lipas tu,  aku seram sungguh masa study. Mesti kena berjaga-jaga tengok keadaan sekeliling. Mana tahu lipas terbang dari bawah katil lalu menusup ke atas buku. Mana tahu time nak guna pemadam, terpegang lipas ke. Lipas ni puaka gila. Apalah masalah dia dengan aku. Kacau la time aku tak study ke apa ke. Dah la aku study Sejarah time tu, bila menjerit, habisla segala ilmu dijeritkan sekali lalu terkeluar sedikit.

Nampaknya cerita pasal lipas macam dah nak berakhir sebab aku rasa macam nak tidur. Mengantuk study tadi. Dah la, bye semua. jangan sampai lipas merosakkan exam anda.

Tips study last minute untuk pelajar STPM

Assalamualaikum,

Memandangkan aku ni bekas pelajar STPM, aku digalakkan untuk menyokong adik adik yang awal sem asyik tidur bila nak dekat final baru nak study. Takpa adik-adik, akak Fatin ada bagi tips yang berguna. Aku tau STPM ni susah dan complicated. Dia punya soalan tu macam tak pernah belajar walaupun dah belajar. Semua tips ni based on pengalaman aku la. Haih, nampak sangat aku ni pun jenis study last minute, tapi pointer maintain bro ahaks!

Tipsnya ialah :

1. Buat soalan past year
 Benda ni kan aku rasa semua orang buat kan. Selalunya bila nak final semua pakat belek past year. Ya, past year punya soalan ni memainkan peranan yang penting sebab kita boleh tau bentuk soalan dan jenis soalan yang akan ditanya. Kita juga boleh mengelakkan diri dari membaca topik yang sudah ditanya tahun sebelumnya ahhahahaha yang ni jangan duk buat la. Jangan pernah spot soalan. Soalan past year selalu berulang, lagi lagi soalan Pengajian Perniagaan dengan Bahasa Melayu.

2. Baca 2 kali
Tips ni sesuai untuk subjek yang perlu banyak baca macam Sejarah. Kalau yang ni kau buat latihan last minute mau patah jari engkorang. Beli la buku past year atau buku latih tubi yang ada soalan sekali dengan jawapan. So korang baca dulu untuk kali pertama. Tahap first ni korang akan dapat bayangan cerita atau konsep dia. Untuk yang kedua, prepare your highlight. Baca untuk kali kedua sambil highlight keywords yang penting. Contohnya,Pembesar berperanan mengutip cukai dan menjaga keamanan negeri. Nampak tak permainan dia? Sikap ingat secara tiba-tiba ketika exam mungkin akan timbul bila kita pakai tips ni.

3. Buat nota kecil
Aku tau kalau bab nota banyak orang mengeluh dan berputus asa. Bro dan sis STPM, engkorang cuma kena struggle setahun setengah sahaja walaupun hakikatnya engkorang struggle last minute sebenarnya. Buat nota dan buat nota. Untuk Sejarah, salin keywords yang korang highlight macam yang bagitau dalam tips kedua tadi. Yang subjek lain pun salin keywords ja. Buatkan nota satu kertas A4 satu bab. Kalau aku, nota yang aku selalu buat untuk 1 bab 1 A4 ni ialah Pengajian Perniagaan dan Bahasa Melayu. Nota ni nanti time korang berdebar-debar nak masuk dewan exam tu korang boleh baca cepat-cepat. Masuk otak ke tak masuk ke belakang cerita. Kalau boleh jadi orang yang terakhir masuk lewat dalam hall exam. Tapi sebelum exam start la kan. Nanti aku share macam mana aku buat nota, InysaAllah.

4. Jangan spot soalan
Jangan disebabkan masa kau semakin suntuk,kau mula spot soalan itu ini. Jangan jangan dan jangan. MPM dia ada banyak style nak keluarkan soalan. Kadang-kadang soalan tahun lepas pun dia ambil weh. Serius kot ! Cuba korang check soalan pengajian perniagaan. Soalan dia berulang. Soalan sejarah pun sama. Pengajian perniagaan pun sama. Kadang-kadang out of topik pula soalan dalam exam. Tak sama langsung dengan apa yang kita belajar sebelum ni. So jangan spot, study keseluruhan bab okay.

5. Cuba cari suasana yang sesuai untuk belajar
Suasana belajar penting sebab dia memainkan peranan terhadap kefokusan kita. Kalau kau boleh study dalam McD takpa teruskan. Hebat. Study sambil belajar dengan bising. Aku tak boleh ah. Aku kena juga study dalam bilik aku. Kalau kau boleh study sambil tengok tv, takpa teruskan juga. Cuba cari suasana yang sesuai. Suasana yang bila engkau belajar semua masuk berdesup-desup tanpa henti.

6. Jauhkan diri dari sosial media.
Tolong jauhkan. Tolang off kan. Tolong uninstall kan. Korang akan tau hasilnya bila engkau buat :) Masa akan jadi lebih panjang dan rasa hari korang akan rasa terbuang sangat sebab takda benda nak buat sebab korang asyik perabih masa dengan handphone, tab, laptop dan seangkatannya.

Alright, itulah tips yang selalu aku guna pakai sama ada real exam ataupun trial exam.Tapi aku taktau la berkesan ke tak kan dekat korang.Inilah anak muda zaman sekarang, awal sem taknak study, akhir sem baru nak struggle :'))Tapi yang penting pointer aku tetap 3.00 ke atas. Cuma sekarang taktau result keseluruhan lagi. Next year baru tau. TOLONGLA WISH GOODLUCK HAHAHAHAHA. Bye semua !

Dah habis STPM 2016.

Assalamualaikum.

Yeah ! Dah habis juga STPM ni. Setelah setahun setengah struggle, finally hari yang dinanti sudah tiba. Tamat sudah semester terakhir. Aku la kan hm aku tak rasa sedih langsung sebab aku memang tak suka pergi sekolah. Dah la aku kena naik van sekolah. Van sekolah dah selalu lambat. Ambil pun lambat. Jadi bosan gila ah pergi sekolah. Korang jangan ikut perangai macam aku.

Masa STPM aku ambil 4 subjek. Pengajian Am, Pengajian Perniagaan, Sejarah(paling meluat) dengan Bahasa Melayu. Subjek yang aku tak boleh pi sekali Sejarah la. Sampai sekarang aku duk menyesal kenapa lah aku pilih Sejarah. Aku ni bukan yang jenis minat membaca. Nak hafal lagi la. Macam mana nak skor pun aku taktau. Kadang-kadang soalan yang aku baca pun tak keluar. Tapi tadi jawab Sejarah sem 3 so far so good. Takda la merana sangat macam sem 2. Sem 2 aku kurang fokus sebab busy dengan kerja kursus yang memeningkan. Sekali lagi, jangan tiru perangai macam aku.

Banyak orang kata STPM ni susah. Sabar kejap, aku pun dulu macam tu. Tapi kita kena struggle la kan. Mana boleh kau harapkan bulan jatuh ke riba kalau kau tak study, tak buat nota, tak buat pastyear, pastu kau membebel duit banyak habis sebab kena repeat paper. Orang repeat paper sebab nak perbaiki gred macam B+ ke A misalnya. Masuk form 6 mana boleh main-main bro. Kena serius. Kena ada semangat. Kena ada matlamat.

Ingat, form 6 ni jalan singkat untuk masuk universiti, bukannya jalan yang panjang untuk masuk univerisiti.