Monday, July 25, 2016

Masalah orang berjerawat

Assalamualaikum.

Hai hari ni saja nak share pasal dak dak berjerawat macam aku ni. Ye la muka bukanya licin macam adang golf pun. Muka pun macam jalan tar. I know that feeling bro. Tadi balik sekolah ada budak ni tengok kad matrik aku. Har har har selamba ja dia kata muka dalam kad matrik fake sebab YA ALLAH SUCI GILA NO PIMPLES MY FACE SO FLAWLESS but in reality muka aku macam kulit durian.
                                    
Gais, setengah orang muka takyah cuci pun takda jerawat. Muka orang lain-lain. Macam geng-geng bepop macam aku ni haa kulit sensitive. Macam-macam pantang kena jaga. Belum lagi pasal skincare product. Dah la sekarang BANYAK GILA PRODUK YANG BAGI HILANG JERAWAT TAPI SEBENARNYA KASI MUKA LAGI TERUK. Lagi sedih kalau muka dulu elok je takda jerawat, tetiba pakai produk salah sikit tumbuh jerawat. Haa macam aku ni. Nak dapat kulit asal balik bukan senang. Bukan macam kena koyak kulit kau pastu dapat kulit baru. Haa bukan. Kena sabar. Ini produk zaman sekarang KESAN DALAM 7 HARI. Bila kau stop atudia jerawat hang mula timbul macam cendawan tumbuh lepas hujan. Tak payah tunggu hujan haa mendung pun dah tumbuh jerawat. 

Lagi satu, jenis manusia yang suka suggest skincare product ni. Dak dak jerawat macam aku bukannya taknak try tapi kekadang kitaorang dah buat reseacrh pasal produk tu. Apa ingredients dia, apa kesan dia. Lagipun kami ni ada masalah acne. Ni suggest produk yang nak putihkan muka. Aim aku bukannya nak putih cuma nak clear dari jerawat. Tapi tak tahu engkorang macam mana. Nak jadi snow white ke apa ke ahak ahak.

So, cerita dia nak tegur orang tu boleh but make sure kata-kata tu kena jaga. Sebab lidah ni lebih tajam dari pedang. Sakit dohhhh. Tapi takpa, dah biasa. But sometimes, it kill me inside.

Btw please suggest any produk yang boleh hilangkan jerawat dan parut Bukan yang putihkan okay =)

1 comment:

Anonymous said...

i can feel you sis ! ='(((((