Friday, June 24, 2016

Sekali Lagi

Assalamualaikum. Haaa sekali lagi fresh start konon. So, tetiba semangat nak blogging menjelma balik. Dia macam datang tetiba. Masuk dalam hati. Cenggitu. Kita haruslah memperjuang semangat berblogging kita supaya tak dipandang rendah. Ceh.

Tapi kali ni nak jadi anonymous hahahahaha. Ini kalau budak kelas aku tahu, mau kena bash sehari semalam :') Tak supportive langsung. Apa apa pun sekarang bulan Ramadhan. Selamat berpuasa! Post kali ni bebiasa je sebab I got no idea what I should talk about! Nak cakap pasal makanan, nanti engkorang pula yang terliur. Tak pasal-pasal aku mendapat dosa kering sebab buat hampa lapar. Kenapa tetiba keluar loghat Kedah?! Ye la aku sebenarnya orang Kedah.

Aku ni umur 19 tahun this year. So, aku ambik STPM. Sebenarnya aku dapat je tawaran universiti and poli tapi entah ah kenapa aku pilih STPM. Kekadang rasa menyesal. Kekadang rasa bangga pulak. Bagaimana perasaan boleh berbelah bahagi hahaha. Tapi okay la STPM, kau kena pandai handle masa kau. Main jangan lebih sangat. Fokus je study. Kerja kursus kena buat sama. Kau nak ke ulang diploma balik? Rugi cenggitu je setahun 6 bulan. So struggle tu penting. Doa juga penting gaiss.




No comments: