Short Film Raya by Tarbiah Sentap - Gerhana

Assalamualaikum. 

Aku dah tengok dah story ni malam semalam dekat youtube. Sebab semalam depa baru ja release film ni dekat youtube.  Menitis air mata aku. Jejarang aku menangis tengok youtube, So, storyline dia macam pernah biasa dengar ja. Bila diingatkan balik aku pernah baca "Cerpen Sentap" tajuk dia mak ayah tak solat? Something macam tu la tajuk dia. Dia lakonkan semula cerpen tu ke film! Good improvement Team Tarbiah Sentap! Lagipun, ni cerita sebenaq baqhang.

Everyone should watch this video! Only 11.53 minute ! 

Suka sangat quote ni dari video ni :

"Kadang, pabila kita dihantui oleh masalah keluarga yang jauh dari agama, kita rasa seolah-olah tiada lagi harapan. Namun, ketahuilah, masalah yang berlaku itu hanyalah ibarat GERHANA,  bukan tenggelamnya matahari."


Enjoy watching!


Sekali Lagi

Assalamualaikum. Haaa sekali lagi fresh start konon. So, tetiba semangat nak blogging menjelma balik. Dia macam datang tetiba. Masuk dalam hati. Cenggitu. Kita haruslah memperjuang semangat berblogging kita supaya tak dipandang rendah. Ceh.

Tapi kali ni nak jadi anonymous hahahahaha. Ini kalau budak kelas aku tahu, mau kena bash sehari semalam :') Tak supportive langsung. Apa apa pun sekarang bulan Ramadhan. Selamat berpuasa! Post kali ni bebiasa je sebab I got no idea what I should talk about! Nak cakap pasal makanan, nanti engkorang pula yang terliur. Tak pasal-pasal aku mendapat dosa kering sebab buat hampa lapar. Kenapa tetiba keluar loghat Kedah?! Ye la aku sebenarnya orang Kedah.

Aku ni umur 19 tahun this year. So, aku ambik STPM. Sebenarnya aku dapat je tawaran universiti and poli tapi entah ah kenapa aku pilih STPM. Kekadang rasa menyesal. Kekadang rasa bangga pulak. Bagaimana perasaan boleh berbelah bahagi hahaha. Tapi okay la STPM, kau kena pandai handle masa kau. Main jangan lebih sangat. Fokus je study. Kerja kursus kena buat sama. Kau nak ke ulang diploma balik? Rugi cenggitu je setahun 6 bulan. So struggle tu penting. Doa juga penting gaiss.




Cara Mudah Nak Hilangkan Whitehead Dekat Hidung !

Assalamualaikum

Dah nak raya tapi muka Subhanallah ! Whitehead dekat hidung boleh kutip buang kot, boleh kikis dah kot. Whitehead ni problem juga kekadang. Dia macam bagi dugaan pun ada. Engko bayangkanlah kalau pakai bedak ke cream ke, muka engko akan nampak berbiji2 sebab whitehead tu. Especially dekat hidung. Aku ni kekadang stress gak tengok whitehead. Guna Mask vietnam pun dia duk ada lagi. Scrub guna St.Ives pun duk ada lagi. Dia macam taknak pergi. Dia macam sebati ja :')) Jangan sampai aku jamming lagu Chicken Tandoori Subway dekat whitehead ni. 


Jadi, suatu pagi ni aku try la satu cara ni dan ia berhasil ! What you need is : Tuala dan Air. Sure benda tu ada dekat rumah engkorang. Kalau takda, apakan daya, Aku turut bersimpati.

Soooooooo, first thing kena buat kau kena basahkan hidung guna air. Lepastu ambil kain lap sampai keluar whitehead tu. Whitehead kan selalu tertimbul lagi2 time hidung kita lembab. engko lap ja sampai whitehead tu hilang. Pemilihan kain juga penting. Kain yang terbaik ialah kain tshirt. Material tshirt la. Jangan ambil yang berbulu2 tu. Engko nak hidung kau berbulu macam chimpanzi? Hehehe.

Aku nak ingatkan yang whitehead ni salah satu punca jerawat. So, nak buang benda karut ni kenalah selalu buat. Engko nak muka engko berjerawat macam jalan tar? Jadi mari lah sesama kita idamkan muka licin macam padang golf. Aku juga perempuan gais :'))

Till we meet again,
Sang Mimpi.